13 Tempat Makan Malam Best di Rawang, Selangor | Rawang ialah sebuah bandar dan mukim yang terletak dalam daerah Gombak, Selangor. Bandar ini bukanlah sebuah bandar yang asing lagi kerana ia popular sebagai salah satu tempat percutian alam semula jadi yang best. Bukan setakat tu je, dekat sini pun ada tempat makan yang menarik untuk dikunjungi.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang cuba di Rawang, Selangor ini.

 

1. RESTORAN GH CORNER BUKIT BERUNTUNG – MAKAN MALAM

Korang  nak makan malam tapi tak tahu dekat mana?? Korang boleh cuba ke Restoran GH Corner Bukit Beruntung ini. Dekat sini, mereka menyediakan banyak jenis hidangan sehingga korang akan rambang mata punya. Korang boleh cuba Roti Balkan Cheezy, Grilled Chicken Chop, Spaghetti Bolognese, Cheese Wedges dan banyak lagi. Tempat ini sangatlah luas dan sesuai untuk korang yang ingin makan bersama keluarga. Memang terbaik.

Lokasi GH ini di Ground Floor, 1, Jalan Adenium 2g/6, Bandar Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor dan dibuka setiap hari pada 8 pagi hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 03-60212751.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/GHCBBZY/

 

2. RESTORAN AZ-ZUHDI (NASI ARAB AL YEMENI) – MAKAN MALAM

Craving masakan Arab? Korang boleh ke Restoran Az-Zuhdi ini. Restoran ini adalah salah satu port yang popular dalam menghidangkan masakan Nasi Arab. Korang pasti akan terpegun punya kerana kualiti makanan disini sangatlah terjaga, portion yang dihidangkan juga sangatlah banyak sehingga kekenyangan. Harga disini juga sangatlah berbaloi. Terdapat jenis hidangan yang korang boleh cuba seperti Mendy Chicken Plate, Salsa, Magdhut Ayam, Kunafa, Mendy Chicken Plate, Shawarna Plate dan banyak lagi. Jadi, selamat mencuba!

Lokasi ini di 5, Jln Bunga Kertas 1B/2, Bukit Sentosa, 48300 Rawang, Selangor dan dibuka setiap hari pada 11 pagi hingga 10 malam.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/RestoranAzZuhdi

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/restoran_azzuhdi/

 

3. MAISARA NASI ARAB – MAKAN MALAM

Kalau korang ada dekat Rawang ini, korang wajib singgah disini. Maisara Nasi Arab adalah sebuah restoran masakan Arab yang paling popular di Rawang ini. Restoran ini mendapat 5 bintang di Google. Rata-rata pelanggan disini sangat berpuas hati dengan hidangan mereka, harga yang ditawarkan, suasana dan juga perkhidmatan. Memang tiptop. Korang pasti menjilat jari punya kerana nasi disini sangatlah lembut dan panas. Tak percaya? Cubalah rasai sendiri pengalamannya.

Lokasi Maisara Nasi Arab ini di 2, M Residence, 37, Jalan MR2/22, 48000 Rawang, Selangor dan dibuka setiap hari kecuali Selasa pada 10:30 pagi hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 013-2429813.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/maisaranasiarab/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/maisaranasiarab/

 

4. PIT STOP WESTERN & MASAKAN PANAS RAWANG – MAKAN MALAM

Korang craving masakan Local dan Western pada masa yang sama? Korang boleh ke Pit Stop Western & Masakan Panas Rawang ini. Dekat sini, mereka menyediakan pelbagai jenis hidangan yang korang boleh pilih seperti Char Kuey Teow, Nasi Goreng, Nasi Goreng Chicken Popcorn, Chicken Chop, Lamb Chop dan banyak lagi. Tempat ini amatlah sesuai bagi korang yang ingin makan bersama keluarga atau rakan-rakan kerana harga, portion, suasana dan perkhidmatan disini cukuplah baik. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba.

Lokasi restoran ini di B13A-G, Jln Reef 1/2, Pusat Perniagaan Reef, 48000 Rawang, Selangor dan dibuka setiap hari pada  1 petang hingga 11:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 016-9805378.

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa empat tempat makan malam terbaik di daerah Gombak ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Gombak, Selangor. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply