Tiada Keperluan Lantik TPM, Istiadat Angkat Sumpah Esok. | Menerusi persidangan media yang berlangsung hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mencipta sejarah baharu apabila tiada jawatan untuk Timbalan Perdana Menteri.

Susulan daripada itu, Perdana Menteri ke-8 telah mewujudkan kabinet kerajaan mempunyai empat menteri kanan. Tugas Menteri Kanan adalah termasuklah mempengerusikan mesyuarat Kabinet di waktu ketiadaan Perdana Menteri.

“Saya juga akan memastikan kabinet saya adalah sebuah kabinet yang berfungsi (functional cabinet) serta dapat menyampaikan perkhidmatan yang lebih berfokus. Untuk itu, saya akan melantik empat (4) orang Menteri Kanan (Senior Ministers) yang akan membantu saya menyelaras hal ehwal kabinet yang berkaitan dengan bidang-bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.”

Antara senarai 4 Menteri Kanan tersebut adalah;

Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)

Menteri Kanan – Menteri Pertahanan

YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ikhmal Hisham Bin Abdul Aziz

Menteri Kerja Raya – Datuk Sri Fadillah Yusof

Menteri Pendidikan – Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Istiadat angkat sumpah di depan Seri Paduka Baginda Yang Di-Peruan Agong dijadualkan pada hari Selasa, 10 Mac 2020, jam 3 petang

Sumber : SiakapKeli

Share.

Leave A Reply