Surat rasmi tidak hadir ke sekolah biasanya adalah surat yang ditulis oleh orang tua atau penjaga kepada pihak sekolah untuk menyampaikan maklumat tertentu. Ia mungkin berkaitan dengan pelbagai perkara, seperti meminta cuti tambahan untuk anak, memberi notis awal jika anak akan ‘absent’, memberi info lebih lanjut berkaitan dengan kesihatan atau keperluan khas anak. Ianya juga adalah saluran formal untuk berkomunikasi dengan pentadbiran sekolah. Biasanya, surat rasmi ini digunakan untuk menyampaikan permohonan, aduan, cadangan, atau info penting kepada pihak sekolah. Berikut adalah contoh format surat rasmi tidak hadir ke sekolah.
Contoh Format Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah
Jamal Abdullah Bin Ahmad Marzuki
1209, Taman Suka,
43100 Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan
Guru Kelas Tahun 1 Amanah,
SK Taman Suka,
43100 Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan
Puan,
PEMAKLUMAN ANAK JAGAAN TIDAK HADIR KE SEKOLAH 14 Disember 2023
Dengan segala hormat nya, saya Ahmad Marzuki penjaga kepada Jamal Abdullah ingin menjelaskan sebab anak jagaan saya (PENAMA) tidak dapat hadir ke sekolah pada 14 Disember 2023.
2. Hal ini adalah kerana anak saya mengalami demam tinggi bermula pada petang 14 Disember 2023.
3. Saya ingin meminta maaf atas kejadian dan berharap agar pihak puan sudir mempertimbangkan surat ini.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Ahmad Marzuki Bin Sudirman
Lain lain artikel menarik dari kami :