13 Tempat Makan Malam Best di Papar, Sabah | Khalifah Media Networks – Papar adalah sebuah daerah di negeri Sabah. Daerah ini amatlah popular dengan kepelbagaian budaya dan warisan kuliner yang kaya.
Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang boleh kunjung di Papar, Sabah ini.
1. AL HAMRA RESTAURANT & BISTRO – MAKAN MALAM
Korang suka makan makanan Arab tapi tak tahu dekat mana yang best dekat Papar ni? Jangan risau, korang boleh kunjung ke Al Hamra Restaurant Bistro ini. Bagi korang yang craving makanan Arab, pasti korang akan puas hati makan disini. Dikatakan Nasi Arab ini terasa keasliannya berbanding restoran lain di Sabah ini. Bermacam macam jenis hidangan yang korang boleh dapati disini seperi Mandy, Kabsah, Haneeth dan banyak lagi. Pasti korang akan menjilat jari punya kerana saiz portion disini cukup mengenyangkan dan harga pun berpatutan. Memang terbaik. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!
Lokasi Al Hamra ini di The Palm Condominium, Papar, Pekan Baru, 88600 Kinarut, Sabah dan dibuka setiap hari pada 11 pagi hingga 9:30 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 012-8238807.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/alhamrakk/
2. WARUNG SATAY LEMBAH BRUNEI BENONI PAPAR – MAKAN MALAM
Kelaparan satay? Korang boleh ke Warung Satay Lembah Brunei Benoni Papar ini. Walaupun nama kelihatan biasa tapi siapa sangka, tempat makan ini mendapat sambutan dalam kalangan peduduk setempat. Rata-rata pelanggan disini sangat menyukai kelazatan Sataynya. Dikatakan Satay disini sangatlah lembut, juicy dan paling penting besar. Memang menambah nambah punya lah. Bukan itu sahaja, kawasan disini sangat lah luas, besar dan juga bersih. Perkhidmatan disini pun tak kurang hebatnya. Rugi lah kalau tak cuba!
Lokasi ini di 89600 Papar, Sabah dan beroperasi setiap hari pada 10 pagi hingga 10 malam kecuali Isnin pada 9 pagi hingga 5 petang. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 012-8693079.
FAEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Warung-Satay-Lembah-Brunei-Benoni-Papar-100063762453414/
3. RESTORAN SRIKANDI – MAKAN MALAM
Korang tercari cari makanan Local yang sedap? Masalah itu boleh diselesaikan di Restoran Srikandi ini. Restoran Srikandi ini adalah sebuah restoran Melayu yang cukup popular disini. Rata-rata pengunjung disini memberikan feedback yang positif terhadap hidangan, harga dan suasana. Nasi Goreng Kampung, Kuey Teow Seafood Noodle Soup, Ayam Bakar Penyet, Nasi Ayam Penyet dan Tom Yam Ikan Putih adalah antara menu yang ada disini. Korang pasti akan suka punya kerana portion disini sangatlah sesuai untuk seorang big eater dan harga pun cukup berbaloi. Jadi, selamat mencuba!
Lokasi ini di Lot 13A, Papar Plaza Jalan Papar Spur Papar, 89600 Kota Kinabalu, Sabah dan dibuka setiap hari pada 8 pagi hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 088-911761.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Restoran-Srikandi-100057436428458/
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Papar ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Papar ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!