13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Arau, Perlis | Khalifah Media Networks – Arau adalah sebuah Bandar DiRaja dan juga mukim di negeri Perlis. Walaupun bandar ini kecil tidak seperti bandar yang lain tapi siapa sangka Arau ini kaya dengan pelbagai kafe yang menarik.
Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan-kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Arau, Perlis ini.
1. ARAU KOPI PERLIS – KAFE
Anda lapar pagi tapi tak tahu nak makan dekat mana? Jangan risau, anda boleh kunjung ke Arau Kopi Perlis ini. Kafe ini adalah salah satu tempat yang wajib anda kunjungi sekiranya anda berada di Perlis ini. Dikatakan makanan disini sangat lah mampu milik, portion dan rasanya pun cukup bagus. Memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Apa yang menarik disini adalah kafe ini mempunyai pemandangan sawah padi dan sungai yang memukau. Jadi, sambil makan tu boleh lah menikmati pemandangan yang ada disini. Betul-betul syahdu…
Lokasi Arau Kopi Perlis ini di 136, Jalan Chin Ali, KUBANG GAJAH, 02600 Arau, Perlis dan dibuka pada hari Sabtu hingga Khamis pada 7:30 pagi hingga 12 tengah hari.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/ARAU-KOPI-100083038636948/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/araukopiperlis/
2. CAFFE OD BY DAPOQPINJAM – KAFE
Bagi anda yang ingin bersantai santai bersama kawan dengan secawan kopi, Caffe Od by Dapoqpinjam ini sememangnya tempat yang sesuai untuk anda. Caffe Od by Dapoqpinjam adalah sebuah port melepak terbaik di Arau, Perlis ini. Walaupun kafe ini kelihatan sederhana tetapi siapa sangka, ia mampu memberikan kepuasan sama seperti kafe 5 bintang. Anda pasti akan suka punya lebih lebih suasana pada waktu malam. Dihiasi dengan lampu malam yang sedap mata memandang. Sambil korang berhealing tu, bolehlah cuba menu yang ada disini. Antaranya seperti Creamy Latte, Salted Caramel Latte, Hazelnut Latte, Double Chocolate Chip Muffin dan banyak lagi. Nampak menarik kan? Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!
Lokasi ini di Taman Guar Gajah, 02600 Arau, Perlis dan dibuka setiap hari kecuali Selasa pada8 pagi hingga 11:30 pagi dan dibuka semula pada 5 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 018-3991059.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/caffeeod/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/caffeod/
3. SALVO CAFE – KAFE
Masih ragu ragu dengan kafe diatas? Jangan risau, anda boleh kunjungi ke Salvo Cafe ini. Kalau anda nak tahu, Salvo Cafe ini adalah sebuah hidden gem yang menghidangkan makanan Mexican di Arau ini. Kesemua menu yang disini sangat lah sedap untuk dinikmati. Memang terbaik! Bagi anda yang tak suka terlalu ramai orang, kafe ini sememang untuk anda kunjungi. Suasana pun cukup menenangkan. Anda boleh duduk di luar sambil menikmati angin malam yang sejuk. Jadi sambil menikmati pemandangan disini, boleh lah cuba Nachos with Cheese dan Birria Quesadila. Selamat mencuba!
Lokasi ini di No 813 Jalan tambung tulang, Kg Belat Batu, 02600 Arau, Perlis dan dibuka setiap hari kecuali Khamis pada 3 petang hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 016-4298276.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Salvo-Cafe-100077739950358/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/salvo_cafe/
4. CHANGKIR COFFE – KAFE
Kalau anda masih buntu nak ke kafe mana, anda boleh lah singgah di Changkir Coffe. Changkir Coffe juga tidak kurang hebatnya. Rata-rata pengunjung yang pernah kunjung disini memberikan reaksi positif. Dekat sini, anda boleh dapat pelbagai jenis hidangan yang mengiurkan. Antaranya seperti Caramel Machiato, Chocolate Roll, Croissant Plain, Curly Fries, French Fries, Caramel Latte dan banyak lagi. Pasti anda akan menyukainya kerana harga yang ditawarkan pun cukup murah. Tak percaya? Anda boleh cuba sendiri pengalamannya.
Lokasi kafe ini di No 41, Kampung Ulu Pauh, 02600 Arau, Perlis dan dibuka pada hari Selasa hingga Ahad pada 12 tengah hari hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-11834162.
Sekarang ni, kami hanya jumpa empat kafe menarik di daerah Kangar ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Kangar ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!