13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Seri Iskandar, Perak | Khalifah Media Networks – Seri Iskandar adalah sebuah bandar yang pesat membangun di daerah Perak Tengah, Perak. Bandar ini memiliki kafe menarik yang ramai masih yang tak tahu lagi.

Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana?  Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Seri Iskandar, Perak ini.

 

1. WARUNGچ – KAFE

Anda mencari port ngopi tapi tak tahu dekat mana yang best? Jangan risau, anda boleh ke Warungچ ini. Kalau nak tahu, Warungچ adalah salah satu kafe terbaik dalam menghidangkan kopi di Seri Iskandar. Rata rata pengunjung disini sangat lah berpuas hati dengan makanan, suasana dan perkhidmatan disini. Pasti anda suka kerana harga yang ditawarkan pun cukup berbaloi. Memang terbaik. Jadi, kalau anda ada dekat sini boleh lah cuba Seafood Salted Egg Pasta, Nacho Cheese, Bolognese Cheese Dip dan Pesto Pasta. Pasti anda gembira punya.

Lokasi kafe ini di 39, Jalan Satu-BU 3A, 31750 Seri Iskandar, Perak dan dibuka setiap hari kecuali Sabtu pada 7:30 pagi hingga 9 malam.

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/warungcha/

 

2. FELIZZ CAFE, FLORIST & EVENT SPACE – KAFE

Anda suka cafe yang estetik? Kalau jawapan anda “Ya”, maka Felizz Cafe, Florist & Event Space adalah tempat untuk anda. Felizz Cafe, Florist & Event Space adalah salah satu hidden cafe yang masih ramai tak tahu. Kafe yang berkonsepkan Florist & Event Space ini adalah kafe pertama di Seri Iskandar ini. Tempat ini amat lah sesuai untuk anda yang suka bunga, estetik dan menyambut hari istimewa. Dekat sini, anda boleh dapatkan bermacam macam jenis hidangan seperti Dessert, Western dan juga Local. Pasti anda suka lebih lebih lagi harga yang ditawarkan pun cukup mampu milik. Jadi tunggu apa lagi?  Selamat mencuba!

Lokasi ini di 39, Persiaran SIBC 4, Business Centre, 32610 Seri Iskandar, Perak dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 9 pagi hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 018-9520459.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/felizzflorist/

 

3. HAYYI COFFEE EATERY – KAFE

Buntu nak pergi kafe mana? Anda boleh cuba singgah di Hayyi Coffee Eatery ini. Untuk pengetahuan anda, Hayyi Coffee Eatery adalah sebuah kafe Muslim yang best untuk anda melepak santai sambil menikmati kopi dan suasana yang ada disini. Pasti anda jatuh cinta punya kerana rata rata hidangan disini cukup mengiurkan. Bukan setakat itu sahaja, portion yang ditawarkan pun cukup besar. Memang sesuai lah untuk seorang big eater. Nampak menarik, bukan? Haa, jadi tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi kafe ini di 507, Persiaran SIBC 22, 32600 Bota, Perak dan dibuka setiap hari pada 4 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 016-5106050.

 

4. KOPI LALA – KAFE

Anda seorang coffee lover? Anda boleh lah cuba singgah di Kopi Lala ini. Walaupun Kopi Lala ini tidak sebesar seperti kafe yang lain tetapi siapa sangka, ia mampu memberikan keenakan kopi yang luar biasa! Rata rata pengunjung yang pernah datang kesini, mereka mengesyorkan kepada orang ramai untuk mencuba kopi disini. Dikatakan aroma kopinya cukup memikat dan ditambah pula dengan rasa yang seimbang.  Memang terbaik! Bukan itu sahaja, harga yang ditawarkan pun cukup murah berbanding yang lain. Jadi kalau anda ada lalu dikawasan ini, jangan segan silu untuk mencubanya. Pasti anda akan repeat punya.

Lokasi ini di 49, Jln LakeVille 2, 31750 Seri Iskandar, Perak dan dibuka setiap hari kecuali Ahad pada 12:30 tengah hari hingga 6:30 petang. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 016-5644257.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/KopiLalaStation

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kopi_lala/

TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@kopi_lala

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa empat kafe menarik di daerah Perak Tengah ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Seri Iskandar ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply