13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Pasir Mas, Kelantan | Khalifah Media Networks – Pasir Mas adalah sebuah bandar di kawasan utara negeri Kelantan dan bersempadan dengan daerah Kota Bharu, Tumpat dan Tanah Merah. Bandar ini amatlah bergantung kepada sektor pertanian dan perniagaan. Bandar ini juga mempunyai tempat tempat yang menarik untuk dikunjungi terutamanya bagi penggemar kafe.
Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Pasir Mas, Kelantan ini.
1. TITIK JANJI COFFEE – KAFE
Anda buntu nak pergi kafe yang mana satu? Jangan risau, anda boleh cuba singgah di Titik Janji Coffee ini. Kalau nak tahu, Titik Janji Coffee ini adalah hidden kafe yang masih ramai tak tahu akan kewujudannya. Apa yang menarik dekat sini adalah terdapat pelbagai menu yang anda boleh dapatkan. Semestinya akan rambang mata punya. Antaranya ialah Nasi Pad Krapow Ayam, Caramel Machiato, Nasi Ayam Buttermilk, Set Ramen dan banyak lagi. Pasti anda akan suka punya lebih lebih lagi harga yang ditawarkan cukup berbaloi dengan kelazatan dan saiz portion yang dihidangkan. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!
Lokasi ini di PT 8649, Bandar Baru Pasir Mas, 17200 Pasir Mas, Kelantan dan dibuka setiap hari pada 11 pagi hingga 10 malam. Manakala hari Jumaat pada 3 petang hingga 11 malam dan Sabtu dibuka pada 1 petang. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-37427760.
2. NUKAQ CAFE – KAFE
Mencari kafe yang sesuai untuk melepak bersama kawan kawan ataupun tersayang? Kalau jawapan anda “Ya”, maka Nukaq Cafe adalah jawapannya. Nukaq Cafe adalah sebuah hidden gem yang wajib anda cuba. Suasana disini cukup menenangkan ditambahkan pula dengan kelipan lampu malam dan tiupan angin sepoi sepoi bahasa. Memang best. Dekat sini, mereka ada menyediakan banyak jenis masakan yang anda boleh cuba. Antaranya Spicy Chicken, Lamb Platter, Ramen Platter dan banyak lagi. Anda pasti akan terkecur liur punya. Selamat mencuba!
Lokasi ini di Kampung Gertak Serong, Tendong, 17030 Pasir Mas, Kelantan dan dibuka setiap hari kecuali Sabtu pada 5 petang hingga 11:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 014-5005634.
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/nukaqcafe/
3. KAFE MAK LIMAH – KAFE
Masih ragu ragu dengan kafe diatas? Jangan risau, anda juga boleh cuba singgah di Kafe Mak Limah ini. Di Kafe Mak Limah, mereka memastikan kualiti itu terjamin sebelum sampai ke meja pelanggan. Lebih lebih lagi kalau anda seorang peminat tegar kopi. Pasti anda akan suka punya kerana kopi disini antara kopi terbaik di dalam Pasir Mas ini. Terdapat banyak pilihan yang anda boleh cuba disamping harga yang ditawarkan pun cukup mampu milik. Sambil menghirup secawan kopi, bolehlah menikmati suasana kafe yang cukup estetik ini. Anda tak percaya? Cuba rasai sendiri pengalamannya.
Lokasi Kafe Mak Limah ini di Kampung Chabang Tiga Pendek, 16010 Pasir Mas, Kelantan dan dibuka setiap hari pada 5 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menmpah, boleh hubungi di no tel: 012-7956465.
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kafe_mak_limah/
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga kafe menarik di daerah Pasir Mas ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Kota Bharu ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!