13 Makanan Tradisional Menarik Dari Negeri Selangor| Khalifah Media & Networks – Selangor adalah sebuah negeri yang kaya dengan budaya. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Bukan itu saja, makanan di negeri ini juga banyak dan pelbagai.
Dahulu, golongan Jawa datang dan menetap di negeri itu. Kini, banyak budaya dan makanan tradisional selangor daripada kaum Jawa ini.
1. Nasi Ambeng – makanan
Asal sebenar nasi ambeng dari Jawa, tapi makanan ini telah menjadi hidangan tradisi di sini sejak zaman dahulu. Nasi ambeng adalah nasi putih yang di makan bersama mee goreng, tempeh, sambal, ayam dan banyak lagi lauk lain.
Di Selangor, nasi ambeng menjadi juadah yang paling popular bila tiba majlis keramaian seperti majlis kahwin, majlis khatan, dan sebagainya. Selalunya hidangan tradisi ini amat popular bila tiba bulan ramadan dan syawal. Waktu bulan ramadan, menu ini paling banyak di jumpai di bazaar ramadan.

2. Pecal – makanan
Hidangan tradisi yang satu ini juga datang dari Jawa. Selain pecal ia juga dikenali dengan nama lain iaitu ‘salad tempatan’. Hidangan ini amat di gemari ramai sampai orang luar dari negeri Selangor juga menjadikan pecal sebagai makanan kegemaran mereka.
Pecal menjadi pembuka selera yang mudah untuk didapatkan di sekitar Selangor. Banyak kedai makan mahupun gerai tepi jalan pun ada jual makanan ini.
Lagi sedap jika di makan bersama kuah kacang dan di hidang dengan lontong atau ketupat.

3. Kuih Bakar – kuih
Hidangan tradisi ini amat sesuai di makan untuk waktu minum petang. Bahan utama untuk kuih ini adalah air pati pandan dari daun pandan sebenar. Air pandan ini menjadikan kuih bakar lebih wangi dan aroma yang boleh memikat banyak hati.
Bahan lain yang di gunakan dalam kuih bakar adalah tepung beras, tepung gandum, santan, telur, bijan, gula dan garam. Kuih bakar ada kandungan gula yang tinggi, jangan ambil berlebihan pula.
Bentuk kuih bakar selalunya tidak sama ikut acuan sendiri, ada yang buat dalam bentuk bunga kemboja, petak, bulat dan banyak lagi. Namun rasanya tetap sama.

4. Sambal Taun – masakan
Hidangan yang unik ini di bawa oleh orang Jawa pada satu masa dulu. Kini ia menjadi hidangan tradisi bagi rakyat Selangor dan sering di masak oleh masyarakat tempatan. Sambal taun menggunakan cili yang agak banyak menjadikan hidangan ini sedikit pedas.
Hidangan ini ada protein yang lengkap seperti kerang, paru lembu atau ikan bilis ikut cita rasa sendiri. Di tambah pula dengan bahan lain seperti bawang putih, bawang merah, santan, minyak, air asam jawa, gula dan garam penting untuk lengkapkan menu ini.

5. Wadai Kipeng – makanan
Selain cucur atau kuih yang boleh di buat minum petang, bubur wadai kipeng juga amat sesuai untuk di buat juadah minum petang. Hidangan ini datang daripada kaum Banjar. Istimewanya wadai kipeng adalah kuih yang kenyal dalam bubur yang pekat dengan gula merah dan santan.
Wadai kipeng adalah hidangan wajib yang akan ada ketika majlis kesyukuran.

6. Nasi Ayam Ingkung – makanan
Sama seperti nasi ayam biasa, tapi hidangan ini menggunakan ayam kampung. Nasi ini sangat popular satu masa dulu dalam kalangan masyarakat Jawa yang tinggal di Selangor. Yang menariknya, nasi ayam ingkung di masak bersama daun salam dan kelapa. Ini telah menaikkan aroma hidangan tradisi dari Selangor ini.
Nasi ayam ingkung sekarang agak susah untuk di cari. Kerana kurang permintaan dari generasi muda. Tapi bagi ada kedai makan yang menyaji menu ini serta kekal kan resepi asal nasi ini untuk generasi masa depan.

Sekarang ni, kami hanya jumpa 6 makanan tradisional menarik di negeri Selangor. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan makanan best di Selangor ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!