Boleh Ke Ahli KWSP Tak Buat Pindahan Amaun Permulaan? | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan. Penstrukturan semula akaun ahli untuk meningkatkan keselamatan pendapatan selepas persaraan dan bagi menangani keperluan jangka pendek ahli. Ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dan pertanyaan daripada orang awam.

Fleksibel

Bagi membantu anda memahami perubahan ini dengan lebih berkesan, kami telah menyediakan panduan ringkas.

KWSP kini memperkenalkan tiga akaun baharu:

Persaraan: Sebelum ini dikenali sebagai Akaun 1, adalah untuk simpanan hari persaraan.
Sejahtera: Sebelum ini dikenali sebagai Akaun 2, adalah untuk keperluan kitaran hayat semasa persaraan.
Fleksibel: Memberikan anda fleksibiliti untuk membuat pengeluaran pada bila-bila masa untuk keperluan kewangan jangka pendek.

Mulai 12 Mei 2024 hingga 31 Ogos 2024, ahli diberi peluang sekali sahaja untuk membuat pilihan memindahkan sebahagian daripada baki simpanan Akaun Sejahtera mereka ke Akaun Fleksibel sebagai amaun permulaan. Bagaimanapun, pilihan ini tidak boleh dibatalkan setelah permohonan diproses.

Penentuan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel pula adalah tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera anda sama ada kurang daripada atau melebihi RM3,000 pada tarikh permohonan diproses.

Akaun Fleksibel

Akaun fleksibel atau akaun 3 akan memberikan fleksibiliti untuk membuat pengeluaran pada bila-bila masa untuk keperluan kewangan jangka pendek.

Maklum KWSP, pengenalan akaun ini adalah bertujuan untuk menambah baik keselamatan pendapatan persaraan, dan pada masa yang sama memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.

Bagaimanapun, ia menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada orang ramai khususnya kepada ahlinya berhubung pindahan amaun permulaan pada hari pelaksanaan.

Timbul persoalan daripada ahli kWSP, Adakah ahli KWSP boleh memilih untuk tidak membuat pilihan pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel?

Ya, boleh. Jika anda memilih untuk tidak berbuat demikian, baki simpanan sedia ada akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera. Selepas tarikh pelaksanaan, semua caruman baharu akan dikreditkan ke dalam ketiga-tiga akaun iaitu Akaun Persaraan (75%), Akaun Sejahtera (15%), dan Akaun Fleksibel (10%).

Perlu diingat bahawa permohonan pilihan amaun permulaan hanya boleh dibuat sekali sahaja melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau melalui Self-Service Terminal (SST) dalam tempoh yang ditetapkan (12 Mei hingga 31 Ogos 2024). Selepas permohonan diproses, ia tidak boleh dibatalkan. Bagi yang memilih untuk membuat pindahan ini, permohonan anda dijangka akan diluluskan dalam tempoh 3-5 hari bekerja.

 

Sumber : KWSP

Share.

Leave A Reply