Lepas Makan Terus Nak Pinang Tauke Kedai- Influencer Aisya. [Khalifah Media Networks]
Tular baru-baru ini di media sosial apabila seorang influencer terkenal, Aisya Pak Karim, berkongsi pengalaman uniknya sewaktu menjamu selera di sebuah restoran ikan bakar viral di utara tanah air. Dikenali sebagai peminat tegar makanan laut, Aisya mengaku bahawa itulah kali pertama beliau merasa ikan bakar dengan rasa yang betul-betul luar biasa. Menurutnya, perapan ikan di Asputra sangat unik, tekstur isi kekal juicy walaupun dibakar, dan sambalnya pula “naik bulu roma” sedapnya! “Saya dah pernah makan seafood banyak tempat, tapi yang ni lain macam. Lepas makan terus rasa nak pinang tauke kedai!”-Influencer Aisya. Selorohnya sambil ketawa dalam video review yang kini telah meraih lebih 30,000 tontonan di TikTok. Jika anda sedang mencari tempat makan yang best, sini salah satu tempatnya.
Aisya juga turut meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui harga set makanan yang dipesannya jauh lebih murah berbanding restoran lain yang pernah dikunjungi. Bagi penduduk tempatan, nama Asputra Ikan Bakar bukanlah sesuatu yang asing. Namun sejak tularnya review dari influencer seperti Aisya dan beberapa personaliti TikTok lain, nama restoran ini kini makin mencanak naik dan menjadi pilihan utama pelancong.
Terletak di Batu 6 ¾, Jalan Kuala Perlis, lokasi restoran ini sangat strategik menjadi persinggahan ramai yang dalam perjalanan ke Langkawi, selain sering menjadi pilihan makan malam warga tempatan dan pengunjung dari negeri jiran. Asputra ni dibuka setiap hari kecuali hari Selasa dari jam 5 petang hingga 11 malam.
BANYAK LAGI PILIHAN MENU SET LAIN!
Menu paling digemari di Asputra Ikan Bakar semestinya ikan bakar yang diperap dengan resepi rahsia dan dibakar atas bara arang sehingga rasanya meresap ke dalam isi yang lembut dan manis, cukup masak dan just nice. Lebih sedap apabila dicicah bersama air asam atau sambal kicap istimewa. Selain itu, pelbagai seafood segar seperti udang, sotong, ketam, kerang, lala dan tiram turut tersedia, dimasak panas-panas mengikut citarasa pelanggan. Antara menu paling laris termasuk sotong goreng tepung yang rangup di luar dan juicy di dalam, serta udang masak buttermilk yang berkrim tetapi tidak muak, ditambah dengan kari ikan dan telur masin gabungan lauk yang membuatkan pelanggan sentiasa kembali.
PORT MAKAN MALAM YANG SEMPOI SELESA & MURAH
Bukan sekadar restoran makan malam biasa, Asputra Ikan Bakar Kuala Perlis turut menjadi pilihan utama untuk pelbagai majlis. Antaranya ialah majlis persaraan, jamuan makan persatuan, reunion sekolah atau universiti, family gathering, group dinner staf pejabat dan birthday celebration. Dengan ruang makan yang luas dan selesa mampu memuatkan 15 hingga 100 orang. Selain itu, terdapat juga kemudahan yang lengkap seperti tandas dan surau yang bersih dan selesa memang sesuai untuk acara berkumpulan. Lokasinya pula strategik kalau guna Waze, taip saja “Asputra Ikan Bakar” confirm terus sampai! Ramai sanggup datang dari jauh, termasuk pelancong yang nak ke Langkawi pun akan singgah sini dulu sementara tunggu feri. Influencer terkenal pun ramai yang dah repeat makan dan buat content kat sini sebab rasa ikan bakar dan seafood dia memang tak jemu dan tak jumpa di tempat lain!.
HARGA MESRA POKET, SERVIS PANTAS!
Asputra Ikan Bakar menjadi pilihan ramai kerana harganya yang berpatutan, portion besar, dan layanan pantas walaupun peak hour. Makanan sentiasa dihidang panas, staf mesra, dan suasana restoran yang selesa menjadikan pengalaman makan di sini berbaloi. Dengan rating tinggi di Google serta komen positif daripada pelanggan, tak hairan ramai yang sanggup datang dari jauh. Parking luas, kawasan tidak sesak dan selesa untuk makan malam santai. Untuk tempahan atau pertanyaan, hubungi 014-3422201.
Facebook Page: Asputra Ikan Bakar Kuala Perlis