Resepi Kuih Semperit | Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Walaupun dah seminggu raya berlalu tapi kita semua mesti dalam mood raya lagikan? Raya kan sebulan. Kalau dulu, tiap-tiap tahun beli kuih raya, alasannya tak sempat nak buat. Ha, sempena PKP yang tak habis-habis lagi ni, apakata kita pakat buat kuih Semperit. Ni ada resepi kita bagi. Nanti boleh makan sambil tengok tv.

 

Bahan2 :

250 gm butter/Majerin

1 ½  cawan tepung jagung

1 ½  cawan tepung kastard

1 ½  cawan tepung gandum

1 biji telur

1 cawan gula aising

1 sudu teh esen vanilla

Ceri Merah



Cara-cara:

  1. Pukul butter/Majerin dengan gula aising sehingga kembang.
  2. Kemudian, masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi.
  3. Masukkan tepung jagung, tepung kastard dan tepung gandum sedikit demi sedikit.
  4. Pukul/Gaul sehingga menjadi doh.
  5. Tekapkan doh menggunakan acuan semperit dan hias dengan ceri merah diatasnya.
  6. Akhir sekali, bakar pada suhu 180’c selama 15 -20minit.

 

Tidaklah susah seperti yang kita selalu fikirkan. Kalau rasa bosan nak buat sorang-sorang bolehlah ajak anak-anak yang ada dekat rumah tu tolong temankan.

Share.

Leave A Reply