Resepi Biskut Choc Chip Viral, Bagai Famous Amos

| June 1, 2020 | 0 Comments

Resepi Biskut Choc Chip Viral, Bagai Famous Amos| Sepanjang musim Pemerintahan Kawalan Pergerakan (PKP), ada sahaja masakan yang hendak dicuba. Ada juga resepi biskut Choc chip ini menjadi ikutan ramai dan menjadi viral di media sosial. Nah, cakap sahaja biskut Choc Chip pastinya mereka tergila-gilakan biskut tersebut kerana biskut Choc Chip sememangnya rangup dan sedap dimakan. Lebih lagi di bulan Syawal ini eloklah untuk cuba membuat biskut Choc Chip. Kerangupan dan di tambah lagi dengan coklat cip tersebut memberikan Resepi biskut Choc Chip ini pastinya digemari oleh kanak-kanak.  Tanpa membuang masa, jom cuba!

 

Nota Penting

  • Sejukkan 1 jam tu cuma minimum, kalau peti sejuk yg slow mmg tak cukup 1 jam..
  • Kena lama, Pastikan sejuk keras dulu baru dibakar.
  • Jangan terlebih pukul adunan nanti biskut kembang atau boleh jadi keras.
  • Guna baking soda BUKAN baking powder
  • Kalau nak buat kuih raya, buatkan kecil2 lebih sesuai.
  • Sejukkan sampai doh menjadi sedikit keras sebelum dibakar.
  • Jangan sesekali tambah tepung yg bnyk!
  • Bakar api atas bawah
  • Kena laraskan ikut kepanasan oven masing-masing. Ada sesetengah oven jenis yg cepat panas dan biskut mudah hangus atau pembakaran tak sekata, kena adjust.
Bahan-bahan Buat Biskut Choc Chip
  • 1 cawan/227g mentega
  • 1 cawan/225g gula castor
  • 1 cawan/200g brown sugar
  • 2 biji telur 2 sudu teh esen vanila
  • 3 cawan/384g tepung gandum
  • 1 1/4 sudu teh/8g baking soda
  • 1/2 sudu teh/2.5g garam (jika guna unsalted butter)
  • 2 cawan/350g semi sweet chocolate chips
  • 1 cawan/140g badam cincang, bakar seketika

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven ke suhu 170C.
  2. Pukul mentega, gula kastor dan gula perang sehingga sedikit kembang dan sebati. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila.
  3. Masukkan tepung, baking soda dan garam (3 bahan tersebut diayak bersama terlebih dahulu), diikuti badam cincang dan chocolate chips. Kacau sebati.
  4. Gunakan ais krim scoop (ataupun sudu), kaupkan dan susun di atas baking tray yang dilapik dengan kertas parchment (baking paper) dalam jarak yg sesuai kerana biskut akan mengembang semasa dibakar.
  5. Bakar selama 10-15 minit atau sehingga biskut menjadi keperangan.

Tips:

  • Untuk mendapatkan biskut yang tebal dan rangup, masukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam sebelum dibakar.
Tadaaa. Dah siap. Betul tak resepi biskut Choc Chip ini pastinya digemari oleh kanak-kanak kerana angat menyelerakan bila kita sebut jer nama resepi ni? Resepi ni min pasti siapa yang baru  mencuba biskut Choc Chip ni mesti nak makan lagi. Resepi ini pastinya digemari oleh kanak-kanak kerana ni bukan sahaja sedap tapi senang nak buat. Jadi, kepada anda yang berminat nak cuba resepi ni, anda boleh tengok video masakan daripada Che Nom di bawah. Selamat mencuba ya!

kreadit : Che Nom

Tags: , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *