Resepi Roti Puri Kembung Bulat

| June 1, 2020 | 0 Comments

Resepi Roti Puri Kembung Bulat| Baru-baru ni min pergi kedai mamak. First time nak makan roti puri ni kenapa kembung macam ikan kembung. Tapi bila pertama kali dapat rasa roti puri ni memang best. Roti Puri ini rasanya sangat lah sedap. Roti Puri ini bila nampak dari luaran sangat kembung dan crispy. Tapi bila tengok didalam, rotinya lembut dan enak dimakan. Disebabkan itu min cuba untuk berkongsi resepi Roti Puri ini. Kalau korang peminat roti, pastinya korang juga suka makan roti puri. Kalau sekali makan, rasa nak tambah lagi. Sedap dia tak terkata kalau dapat cuba resepi yang betul betul sedap. Jika ingin makan Roti Puri lagi enak jika di makan dengan kuah Sardin. Rasanya padu dan mantap! Baiklah min nak berkongsi resepi Roti Puri dan kuahnya sekali.

Bahan roti

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 tbsp yis kering
  • 1 tbsp susu pekat
  • Garam 1 tbsp
  • margerin 1 tbsp
  • minyak jagung 1/2
  • air suam (tambah jika perlu)

Bahan sambal

  • sardin 1/2 biji bawang holland
  • 2 tbsp cili giling
  • 1 tin kecil sardin
  • 2 tbsp sos cili
  • Sedikit air

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan roti kecuali air.
  2. Ramaskan sehingga menjadi ‘bread crumb’
  3. Masukkan air dan uli seketika.
  4. Perapkan adunan 30 minit Sambil itu, kita boleh masak sambal sardin.
  5. Tumiskan bawang holland yang dipotong dadu.
  6. Kemudian masukkan cili giling, masukkan sedikit air apabila sudah pecah minyak.
  7. Masukkan pula sardin dan juga sos cili.
  8. Masak sehingga pekat.
  9. Ketepikan Ambil doh roti tadi, uli sekejap.
  10. Bulat-bulat kan doh, dan leperkan menggunakan 2 helai plastik. (Rujuk video) Ulang sehingga selesai.
  11. Dalam kuali, isikan minyak banyak.
  12. Supaya roti boleh tenggelam.
  13. Goreng roti tadi sambil curahkan minyak ke atas roti.
  14. Pastikan suhu minyak tidak terlalu panas. (rujuk video)
  15. Roti puri sedia dihidang bersama sambal sardin

Video Cara Buat Roti Puri dan Sambal Sardin

Kredit: Seminit Resepi

Senang bukan? Cubalah rasa. Kalau lepas kerja dapat minum petang dan ditambah lagi dengan Roti Puri ni bahagia rasanya.

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *