Resepi Kuih Almond London| Kuih Almond London ni memang wajib la ada di setiap rumah kalau kita pi beraya kan? Maklumlah kuih ini semua orang suka tidak kira peringkat umur. Coklat yang bersalut diatas ditutupi oleh taburan badam, tidak ada siapa yang berani menolak untuk memakannya. Tapi setiap tahun asyik membeli saja, takkan tak teringin nak buat sendiri kot? Dah nama pun kuih kegemaran, Kalau buat sendiri mesti lagi puas makan kan? Mungkin sebab ramai yang ingat kuih ni susah nak buat. Sementara musim PKP tak habis lagi ni, raya pun sebulan kan? Boleh la isi masa lapang dekat rumah tu. Jom kita tengok resepi dia.
Bahan-bahan:
250 gram buttercup
80 gram gula kastor
50 gram serbuk badam
160 gram tepung jagung
350 gram tepung gandum
1 tspn tepung beras
1 biji telur
250 gram kacang almond
250 gram coklat
50 gram almond cincang
Cara Membuatnya:
Langkah 1:
Pukul butter dan gula hingga sebati, lalu masukkan telur
Langkah 2:
Masukkan kesemua tepung dan uli hingga doh lembut.
Langkah 3:
Balutkan almond yang sudah dibakar dengan doh tadi.
Langkah 4:
Bakar suhu 150 selama 30 minit.
Langkah 5:
Cairkan coklat bersama sedikit butter. Kemudian celupkan dengan kuih yang kita sudah bakar tadi
Langkah 6:
Taburkan badam cincang. Sedia dihidang.
Kredit: Seminit Resepi
Ha, kan dah siap kuih kita tu. Semua mesti ingat kuih almond london ni susah nak buat, padahal senang saja. Hanya perlukan bahan yang secukupnya sahaja. Jadi, tunggu apa lagi, duduk saja dekat rumah tu boleh la pi beli bahan-bahan cuba buat tengok. Comfirm menjadi.