Resepi Ayam Sos Tiram Pedas Pasti Mudah dan Sedap

| June 1, 2020 | 0 Comments

Resepi Ayam Sos Tiram Pedas Mudah dan Sedap| Assalamualaikum dan hai. Harini nak share resepi yang mudah-mudah je. Masakan ini pastinya cepat dan sedap. Resepi ini juga menaikkan selera makan kita. Disebabkan min nak pergi kerja pagi-pagi ni, resepi ini adalah salah satu resepi pantas untuk disediakan. Resepi Ayam Sos Tiram pedas ini min selalu masak sebab rasa dan aroma membuatkan min berselera untuk makan. Resepi ini juga boleh dicuba oleh sesiapa sahaja lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak yang menggemari hidangan ini. Jadi kalau ada anak-anak yang kurang menggemari makan makanan berlauk, Nah cubalah resepi ini. Mana tahu mereka gemar dan menjadi makanan pilihan mereka. Resepi cara buat Ayam Sos Tiram Pedas yang sedap ni anda boleh tengok cara masakan daripada Che Nom ni. Jom cuba!

Bahan-Bahan:

  • 400g ayam
  • 1 1/2 sudu kecil tepung jagung (boleh ganti tepung gandum)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang holland
  • 6-10 biji cili padi
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 1/2 sudu besar sos tiram
  • sedikit lada sulah
  • 1/2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar tepung jagung + 3 sudu besar air
  • air tambahan, untuk kuah

Cara Penyediaan:

  1. Potong bawang putih (cincang kasar), bawang holand, cili padi dan daun bawang.
  2. Perap ayam dengan tepung jagung, sos tiram dan kicap cair.
  3. Perap dalam 10 mini.
  4. Panaskan miyak kemudian tumis bawang holand kemudian bawang putih.
  5. Bila bawang putih dah perang dan bawang holand lembut, angkat dan ketepikan.
  6. Gorengkan pulak ayam.
  7. Bila ayam sedikit garing, masukkan pulak sos tiram, lada sulah dan air.
  8. Bila ayam dah hampir masak, masukkan cili padi, kicap manis dan daun bawang.
  9. Tambah air bancuhan tepung jagung.
  10. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  11. Masukkan balik bawang goreng tadi.

Tips:

    • Bawang perlulah diangkat selepas ditumis supaya ayam lebih garing bila digoreng.

Kredit: Resepi Che Nom

Nah, mudahkan? marilah cuba resepi sedap lagi mudah. Anda pasti rasa nak lagi.

Tags: , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *