(Ada Video) Asal Usul Illuminati Yang Ramai Tak Tahu | Khalifah Media Network – Illuminati  kerap kali dikaitkan sebagai satu organisasi rahsia, atau sering juga dikaitkan dengan sebuah kuasa besar yang mampu mengawal dunia menggunakan ‘tangan-tangan’ ghaib mereka.

(Ada Video) Asal Usul Illuminati Yang Ramai Tak Tahu

lluminati berasal dari bahasa Latin illuminatus yang bermaksud tercerahkan, adalah nama yang diberikan kepada organisasi persaudaraan rahsia kuno yang pernah ada dan dipercayai masih ada hingga kini, walaupun tidak ada bukti nyata tentang keberadaan organisasi persaudaraan ini.

Namun, adakah mereka sebenarnya berperanan dalam mengawal hal ehwal dunia seperti yang dicanang-canang ramai? atau ia sekadar tuduhan konspirasi semata-mata?

Ikuti video berkaitan illuminati yang bakal dikupaskan oleh Ustaz Mohamad Auni dalam isu berkaitan iluminati melalui video di bawah.

 

Penampilan ‘Transgender’ Jika Ingin Memasuki Masjid. Ini Komen Mufti Pulau Pinang | Khalifah Media Network – Penampilan golongan ‘mukhannath’ atau transgender sering menjadi perbualan hangat warganet lebih-lebih jika ia berkaitan dengan mereka ini yang ingin memasuki masjid atau surau untuk beribadah.

Penampilan 'Transgender' Jika Ingin Memasuki Masjid. Ini Komen Mufti Pulau Pinang

Menurut Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dalam satu kenyataan. Golongan ‘transgender’ ini perlu mengubah penampilan diri mereka. Jika mahu berada di masjid atau surau supaya mereka tidak kelihatan ganjil atau berbeza. Malah mengelak rasa tidak senang yang ada dalam kalangan majoriti jemaah lain.

Kenyataan Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor

Tambahnya lagi, ia bagi menyelesaikan permasalahan jika mereka yang ingin memasuki tempat ibadah. Berliau juga turut menzahirkan rasa simpati kepada golongan ini dan berharap mereka diterima masyakarat. Namun jelasnya lagi, golongan ini perlulah menyesuaikan diri dalam norma masyarakat biasa.

beliau mengulas lanjut mengenai hal ini selepas mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Datuk Ahmad Marzuk Shaary berhubung langkah kerajaan yang sedang meneliti kemungkinan mengenakan larangan memasuki masjid terhadap golongan ini. Di Wilayah Persekutuan, seperti yang dilaksanakan di Perlis lalu.

Baca Seterusnya Di Sini

Share.

Leave A Reply