(Ada Video) Bagaimana Nak Tau Adakah Allah Dekat Dengan Kita ? | Khalifah Media Network – Islam merupakan agama yang indah kerana diciptakan oleh kuasa yang tiada tolok bandingnya. Allah SWT dekat dengan hambaNya. Diciptakan setiap manusia, dalam keadaan Allah lebih mengetahui, lebih faham dan lebih berkuasa dalam menentukan apa yang terbaik bagi setiap ciptaanNya.

Allah dekat dengan

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad) jikalau engkau semua mencintai Allah, maka ikutilah aku, tentu engkau semua dicintai oleh Allah, serta Allah mengampuni dosamu semua dan Allah itu adalah Maha Pengampun lagi Penyayang”, Surah Aali-Imran, ayat 31.

Oleh itu, apa lagi yang lebih berharga dan lebih penting dari mendapat CINTA dari Allah S.w.t, Sang Pencipta sekalian makhluk.  Jika sudah mendapat cinta Allah, maka insyaAllah akan berbahagialah hidup di dunia dan juga di akhirat.

Jadi persoalan yang perlu dirungkaikan lagi adalah bagaimana sebagai hambaNya kita mengetahui tanda-tanda bahawa Allah sentiasa dekat dengan kita? Ikuti perkongsian dari video di bawah bagi mendapatkan jawapan tersebut.

 

 

Kena Kahwin Dulu Baru Rezeki Masuk Menderu | Khalifah Media Network – Perkahwinan menutup pintu-pintu kemaksiatan dan dengan itu, pintu keberkatan dan limpahan rahmat akan terbuka dengan luasnya. Hal ini kerana, bernikah itu adalah di kalangan mereka yang telah melaksanakan satu sunnah Nabi s.a.w. sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,

“Nikah itu sunnahku, barang siapa yang tidak suka dengan sunnahku, maka dia bukan golonganku!” – HR. Ibnu Majah dan Aisyah r.ha.

Realitinya hari ini, yang muda takut nak berkahwin, khuatir tidak mampu menyara anak dara orang. Bahkan bakal isteri bimbang tidak mampu hidup susah dengan suami kelak.

Baca selanjutnya Di Sini

Share.

Leave A Reply