(Ada video) Berani! Lelaki Ini Guna Tong Sampah Untuk Tangkap Buaya | Telah tular satu video di media sosial yang menunjukkan keberanian seorang lelaki ini yang dilihat berhadapan dengan seekor buaya kecil selepas ia dikatakan telah ‘melawat’ kawasan rumahnya di Florida.

(Ada video) Berani! Lelaki Ini Guna Tong Sampah Untuk Tangkap Buaya

Lelaki tersebut telah dikenali sebagai  Eugene Bozzi, selepas dia telah membuat satu cubaan bagi memerangkap buaya tersebut menggunakan tong sampah yang berada berdekatan dengan rumahnya.

Meskipun tindakan tersebut dilihat ‘melucukan’ dan tidak masuk akal, namun taktiknya itu berjaya memerangkap reptilia tersebut selepas buaya itu dilihat berundur kerana mungkin merasakan bahawa tong sampah itu telah dilihat sebagai satu ancaman kepada dirinya.

Berikutan itu, selepas melihat reaksi buaya tersebut, Bozzi terus bertindak melakukan ‘provokasi’ dan berjaya memasukkan buaya itu ke dalam tong sampah.

Menurutnya, mereka perlukan prosedur yang betul bagi menangkap reptilia tersebut namun dia dikatakan tidak mempunyai sebarang pengetahuan berkenaanya dan terpaksa menggunakan ‘taktinya’ sendiri bagi menangkap buaya terbabit.

Menurutnya, sejak video itu tular, dia telah mendapat banyak kiriman mesej daripada warganet yang memuji tindakannya.

Sementara itu, dalam satu video lain yang juga dimuatnaik oleh pengguna Twitter, Bozzi dilihat telah melepaskan buaya tersebut di kawasan tasik.

Sumber: NBC News

Share.

Leave A Reply