Seolah-olah Ada Akal, Apa Yang Anjing Ni Buat Untuk Tuannya Buat Ramai Kagum. Ada VIDEO

| October 2, 2021 | 0 Comments

Seolah-olah Ada Akal, Apa Yang Anjing Ni Buat Untuk Tuannya Buat Ramai Kagum. Ada VIDEO | Anjing adalah sejenis haiwan peliharaan yang sangat terkenal dengan sifat kesetiaan serta keterujaannya.

Seolah-olah Ada Akal, Apa Yang Anjing Ni Buat Untuk Tuannya Buat Ramai Kagum. Ada VIDEO

Tak hanya itu, anjing juga dikatakan antara haiwan yang pintar dan patuh kepada arahan sekiranya dilatih.

Seperti yang ditunjukkan dalam satu video tular di Twitter ini. Video tersebut dikongsikan menerusi akaun Twitter bernama @se_lancelot.

Dalam video itu tampak bahawa seorang lelaki sedang menolak kereta sorong sambil ditemani anjingnya yang sedang bersantai di sebelahnya.

Pada satu ketika, kereta sorong yang ditolak lelaki tersebut tidak dapat bergerak mungkin kerana muatannya terlalu berat atau jalan tersebut disekat oleh sesuatu.

Melihat kesukaran yang dihadapi lelaki itu, anjing tersebut terus pergi ke sebuah bilik yang terletak di arah bertentangan.

Ketika anjing itu kembali, lelaki tersebut seakan terkejut dan kagum apabila anjing berkenaan membawa seutas ikan tali di mulutnya.

Anjing tersebut kemudian merenung lelaki itu seakan memberi isyarat bahawa tali tersebut dibawa bagi menolongnya.

Lelaki itu kemudiannya mengambil tali tersebut dan mengikatnya di bahagian hadapan kereta sorong berkenaan sebelum memberikan anjing itu hujungnya untuk digigit bagi menarik kereta sorong terbabit.

Setelah semua bersedia, lelaki tersebut pun menolak kereta itu sambil dibantu oleh anjing berkenaan.

Ternyata, hasil daripada kebijaksanaan anjing tersebut dan kerjasama diantara mereka, kereta sorong itu berjaya digerakkan.

Tidak dapat dipastikan dimana lokasi video berkenaan, tetapi ianya telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 50 ribu kali.

Sumber : SK, @se_lancelot

Tags: , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *