Dituduh Jadi Pengasas & Pemilik Telegram Channel Dalam Penyebaran Video Lucah, Firdaus Wong Buat Laporan Polis | Menerusi satu hantaran di laman Facebook, pendakwah bebas iaitu Ustaz Firdaus Wong Wai Hung tampil memberitahu bahawa beliau sudah membuat laporan polis berikutan dia didakwa dalam memiliki satu Telegram channel dan menyebarkan video serta gambar lucah.
“Saya menafikan fitnah tersebut…“
Alhamdulilah selesai membuat laporan polis tentang fitnah yang disebarkan kononnya sayalah pengasas & pemilik Telegram channel yang menyebarkan video serta gambar lucah. Saya MENAFIKAN FITNAH TERSEBUT!
Saya hanya memiliki satu Telegram rasmi sahaja di pautan ini https://t.me/brofirdauswong & menafikan sebarang fitnah yang mengaitkan saya dengan penyebaran sebarang video & gambar lucah.
Saya akan memaafkan mereka yang memaki-hamun, menyindir, mengejek atau menghina saya tetapi saya tidak akan mendiamkan diri apabila saya difitnah.
Saya sayangkan sahabat semua maka saya tidak mahu sahabat semua melakukan dosa fitnah tanpa disedari akibat perbuatan tidak bertanggungjawab mereka yang menyebarkan fitnah tersebut.
Terdahulu, Firdaus bersumpah atas nama Allah yang beliau tidak mempunyai masalah peribadi atau menyimpan hasad dengki dengan pendakwah yang kini sedang disiasat berhubung kes video dan mesej lucah.
Sumber : Firdaus Wong Wai Hung