Tujuh individu berusia antara 19 hingga 30 tahun ditahan berkaitan pergaduhan sekumpulan lelaki di sebuah pasar raya di sini, malam tadi.

(Ada Video) Pergaduhan Sekumpulan Lelaki Di Pasar Raya. Ini Punca Sebenarnya..

Pergaduhan itu berpunca daripada isu berebut pelanggan antara dua pekerja premis perniagaan telefon bimbit dalam pasar raya itu yang berebut pelanggan dalam kejadian jam 9.30 malam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, mereka saling tidak puas hati dan bertelingkah sehingga mereka membawa rakan masing-masing dan berlaku pergaduhan di dalam dan luar pasar raya.

Jelasnya, mereka menerima dua laporan daripada kedua pihak berhubung kejadian dan tujuh individu yang berumur antara 19 hingga 30 tahun sudah ditahan.

Ujarnya, antara yang ditahan adalah bekerja sebagai pembantu kedai, buruh, pemandu lori dan petani dan ujian saringan yang dibuat mendapati semua negatif.

Katanya menerusi satu kenyataan, hasil semakan mendapati, lima daripada mereka mempunyai rekod lampau bersabit jenayah dan dadah.

Mohd Rosdi berkata, semua mereka dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut namun tiada kecederaan serius dilaporkan.

Beliau berkata, semua suspek akan ditahan reman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan (KK) yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama lima tahun atau denda atau keduanya sekali.

Beliau berkata, pihaknya masih mengesan beberapa lagi individu lain yang turut terbabit dalam insiden berkenaan.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri terhadap sesuatu perkara yang berlaku kerana ia menyalahi undang-undang.

Tambahnya, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply