(Ada Video) Tiga Penyesalan Orang Mati Dalam Kubur | Khalifah Media Network – Setiap makhluk yang bernyawa pastinya akan merasa kematian tetapi bagaimana pengakhiran kita nanti? Pengakhiran seseorang tersebut ditentukan dengan cara bagaimana kita hidup di dunia. Iaitu jika kita sering melakukan kebaikan serta sering beramal ibadah pastinya pengakhiran kita adalah baik dan sempurna.
Manusia yang hidup di akhir zaman ini dikatakan lebih mencintai dunia berbanding akhirat sehinggakan ada sesetengahnya dikatakan takut kepada mati. Ramai dalam kalangan kita pastinya belum sedar dan membuat persiapan sebelum mati kerana salah satu faktornya adalah kerana kehidupan dunia yang melena dan membuaikan.
Allah SWT berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:
Dan habiskan sebahagian dari apa yang Kami berikan kepada kamu sebelum kematian datang kepada salah seorang dari kamu.
Kemudian dia berkata, Wahai Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan kematianku hingga waktu dekat, sehingga aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang yang saleh? (Surah Al-Munafiqun: 10)
Beringatlah kita bahawa setelah meninggalnya seseorang anak adam dari muka bumi ini hanya tiga benda sahaja yang dibawa sebagai bekalan. Iaitu sedekah jariyah, pengetahuan berguna, atau doa seorang anak yang soleh. Namun begitu, sesetengah manusia yang sering lalai ketika hidup di dunia pasti akan dipenuhi dengan pelbagai penyesalan. Apakah penyesalan tersebut? Ikuti video dibawah untuk ketahui perkongsian ini dengan lebih lanjut.
Subuh Pertama Di Masjidil Haram Tanpa Penjarakan Fizikal | Khalifah Media Network – Dikhabarkan bahawa solat jemaah Subuh pada hari ini di Masjidil Haram di Makkah. Kini telah berlangsung dengan kapasiti penuh jemaah. Tanpa penjarakan fizikal selepas Arab Saudi melonggarkan sekatan Covid-19, baru-baru ini.
Menurut Setiausaha Agung Hal Ehwal Masjidil Haram, Dr. Saad Mohamed Al-Muhaimid, persediaan dibuat untuk pengoperasian penuh masjid itu. Dalam masa sama memastikan keselamatan semua jemaah terjamin.