(Ada Video) Wanita Ini Bertindak Goreng ‘Arwana’ Belaan Suami Gara-gara… | Tular satu video di media sosial mengenai aksi berani wanita ini selepas dia dikhabarkan dengan beraninya mengoreng ikan belaan jenis ‘Arwana’ yang dikatakan milik suaminya selepas dikhabarkan malas mencuci akuarium ikan tersebut, baru-baru ini.

(Ada Video) Wanita Ini Bertindak Goreng 'Arwana' Belaan Suami Dari Akuarium Gara-gara...

Gara-gara berasa berang dengan janji ‘manis’ suaminya, isteri ini sempat merekodkan detik-detik ikan tersebut digoreng dan memuatnaik video tersebut ke dalam akaun Tiktok peribadinya.

Menerusi video tersebut juga, dia menjelaskan asbab mengapa dia menggoreng ikan terbabit meskipun ia sangat disayangi oleh suaminya. Menurutnya, pada awal kejadian, dia telah beberapa kali meminta agar suaminya membersihkan akuarium tersebut namun suaminya hanya mengiakan dan permintaan itu sepertinya tidak diendahkan.

Kerana terlampau geram dengan permintaanya yang tidak didengari beserta keadaan akuarium yang agak ‘melemaskan’, wanita tersebut bertindak membersihkan akuarium tersebut sendiri namun, kerana dia tidak mempunyai pengalaman dalam membersihkan akuarium, ikan-ikan tersebut dikatakan mabuk dan tidak bermaya.

Melihat keadaan ikan tersebut, dia telah mengambil keputusan untuk mengoreng ikan tersebut.

Sehingga kini, video tersebut tular serta mendapat perhatia netizen dengan jumlah tontonan sebanyak 5 juta dan ia juga dikhabarkan dipenuhi pelbagai komen dari netizen yang rata-ratanya menjangkakan pelbagai ‘spekulasi’ mengenai reaksi suami wanita terbabit berhubung kejadian ini.

 

@miakurniawan01goreng arwana😁#fyp

♬ Singkong & Keju Cover – akhmal.dniel

Sumber: Tiktok 

Share.

Leave A Reply