Aku Introvert Dan Aku Bahagia | Hai, assalamualaikum. Harini aku nak cerita tentang introvert, kenapa? Mengapa? Dan bagaimana? Okay kita pergi ke fasa pertama, iaitu kenapa aku boleh jadi introvert? Dan apakah itu introvert?
Introvert dari segi bahasa ialah orang yang pemalu dan tidak terlalu
memperkenalkan diri di khalayak ramai, dari segi istilah pula introvert
merujuk kepada individu yang lebih gemar menghabiskan masa secara
bersendirian atau bergerak secara solo.
Tapi dari segi pemahaman realitinya, introvert ialah individu yang tak
bergantung kepada kumpulan, tidak ada rasa takut untuk hidup dalam
keadaan sunyi, dan lebih gemar berada dalam suasana aman damai
berbanding huru hara sana sini.
Adakah introvert ini tidak suka berkawan? Jawapannya tidak!
Introvert ni lebih suka buat hal sendiri dan dalam masa yang sama tidak
perlu susah payah sibuk hal orang lain dan ini menjadikan introvert
sangat mudah berkawan dengan semua orang.
Kenapa boleh jadi introvert?
Waktu aku sekolah dulukan, aku ni jenis muka comel, jadi kawan kawan
lelaki ni kutuk aku la cakap macam perempuan, pondan bagai, jadi aku
kena buli kena sisih.
Dari situ aku belajar hidup tanpa kawan dan kumpulan, mula mula sangat
down, yela kawan kawan semua ada gengs kau pula yang tegur pun pelajar
perempuan ja.
Jadi aku habiskan masa aku di perpustakaan, game, belajar software
Adobe, sampai aku form 4, masa tu tahun 2010.
Waktu tu aku dah pandai photoshop, after effects, mula dari situ aku
buat servis manipulasi visual dan sejak itulah ramai orang mula nak
kawan dengan aku, dan baru aku ada gengs dengan member lelaki, sebabnya
gengs2 ni minta aku editkan gambar dan video konvoi bagai.
Masa tu baru aku sedar, kau tak perlu jadi kacak, pakai rxz bagai, cukup
ada pengetahuan, orang akan respek kau.
Tapi sebab aku dah bertahun hidup sendiri, aku jadi selesa hidup sendiri
tapi dalam masa yang sama gengs2 huru hara ni selalu lepak rumah aku,
selalu jugak lah kena tegur sbb sifat aku yang memang suka lepak sorang
sorang ni.
Bermulalah kehidupan aku Introvert yang pelik dalam kumpulan extrovert.
Persoalan kedua mengapa masih nak jadi introvert sedangkan kau dah ada
gengs2.
Bila kau introvert kau akan ada masa kau sendiri untuk kau tingkatkan
kemahiran dalam diri kau.
Makin kau pandai, makin ramai orang yang nak berkawan dengan kau. Dan
kau pula tak perlu takut nak kawan dengan sesiapa sebab personaliti kau
diterima oleh semua orang.
Bila budak kelas belakang gaduh dengan budak kelas depan kau tak perlu
masuk campur, dalam masa yang sama kau boleh study dengan budak kelas
depan dan ajar kawan kawan budak kelas belakang.
Bila aku masuk universiti, ramai orang nak dekat dengan aku, mintak aku
ajarkan itu ini, bercerita masalah dari perempuan sampai lelaki.
Lama lama orang akan sebut nama kau, sebab introvert ni macam misteri
sikit, kemudian orang akan sentiasa tanya kau soalan “kau ni alone
betul” walhal dlm masa yang sama semua orang kenal kau sebab
1. Kau jenis tak bercampur dengan orang tertentu sahaja.
2. Macam aku, aku suka buat kelas free setiap minggu dekat taman,
(mula-mula aku lepak je, makin lama orang macam mark tempat aku lepak
sorang2 tu, dan datang untuk tanyakan soalan tentang subjek yang depa
tak faham, so aku ajar jela)
3. Aku bebas nak buat apa sahaja, macam rasa nak pergi pantai pergi jea,
nak makan tak perlu tunggu kawan, assignment buat part aku, kalau ahli
lain tak buat aku settelkn hantar direct ke pensyarah (markah penuh
untuk aku)
4. Introvert menjadikan aku manusia yang sangat pantas ambil peluang,
yela kau tak ada gengs yang kau rasa boleh bantu kau buat itu ini, jadi
kau akan jadi orang yang sangat berdikari, cepat bertindak dan tajam
pemikiran.
5. Aku tak update sangat isu isu viral ni, aku fokus kemahiran aku,
belajar banyak bidang, hasilnya sebelum grad lagi aku dapat tawaran
kerja gaji permulaan 3.5k as designer (syukur alhamdulillah).
Bila fikir balik kalau aku jadi huru hara, fikir soal kawan sana sini,
susah aku nak ada masa belajar banyak benda.
6. 2 bulan lepas grad aku dapat tawaran as UX Designer cum web
developer, starting RM8.5k (alhamdulillah, mahal sebab gaji dibayar
dalam Matawang usd).
So bagaimana kehidupan aku sekarang??
Sunyi la pulak, sebabnya aku dulu masa belajar ramai la kawan perempuan
nak kenal tapi sebab perangai aku Introvert, perempuan anggap aku ni tak
boleh commit dalam bab perasaan.
Bila kerja pun sama, sikap aku yang jenis wayang seorang seorang, makan
seorang2 buatkan orang rasa aku ni berlagak dan jenis layan orang yang
“high class”.
Padahal yang jenis “high class” ni ada yang spesis introvert gak, so mcm
masuk kepala la.
Kalau tanya aku, aku kalau boleh nak kahwin dengan perempuan yang huru
hara sikit, barulah feel hubungan tu, kalau dapat perangai macam aku ni
susah sikit la.
Dan sekarang aku dalam fasa berkenalan, so far okayyy la, first date
minah tu bawak aku jalan jalan dalam hutan (hiking), mula2 seram gak,
tapi alhamdulillah la aku balik dalam keadaan selamat.
Doakan aku ya.
Terima kasih kerana sudi membaca!
Xoxo
– MB (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confessions