Aku Perempuan Yang Hina

| July 7, 2020 | 0 Comments

Aku Perempuan Yang Hina | Thanks admin jika ceritaku ini tersiar di confession ini. Aku ingin meluahkan kerana buntu dengan kehidupanku yang sekarang.

Aku, Laila (bukan nama sebenar) berusia 24 tahun. Aku lahir dari
keluarga yang serba serbi lengkap dan juga ada pendidikan tinggi.

Pada zaman belajar aku, akhir tahun aku telah dikecewakan oleh bekas
teman lelaki. Selepas itu, aku mengalami d3pr3ssi yang cukup hebat
sampai terpaksa menerima rawatan.

Setelah setahun lepas itu, aku perlahan lahan bangun dari depresi ku
itu. Namun pelangi datang hanya sementara. Aku tidak tahu yang hidupku
akan kembali kelam.

Syukur pada usia 22 tahun setahun selepas pengajian aku ditawarkan
bekerja di sebuah syarikat. Inilah kelam yang bakal tiba itu.

Satu hari, aku bertemu dengan klien aku, Haris (bukan nama sebenar) umur
35 tahun yang aku fikir agak sempoi orangnya dan sangat mesra dan sopan.

Disebabkan kerja, kami banyak kali bertemu untuk membincangkan hal
kerja. Sadly, after dah tamat projek kami dah tak berhubung.

Tapi langkah yang aku ambil ini merupakan permulaan segalanya. Aku mula
bermesej dengannya kembali bertanya khabar dan hari ke hari makin rancak
kami berbual.

Sebulan kemudian, dia sudah berani memanggil aku dengan panggilan sayang
dan baby yang membuatku bahagia sementara.

Setelah dua bulan kami saling mengenali dengan lebih rapat, aku pun baru
terfikir nak stalk dia punya fb.

Sumpah demi Allah, aku tak tahu rupa rupanya dia sudah berkahwin. Dia
mempunyai seorang isteri yang agak sopan orangnya. Bertudung litup serta
mereka sudah mempunyai dua orang anak. Remuk hatiku.

Aku suruh dia berterus terang dan selepas itu dia memberitahu hal
sebenar dan malah menambah sakit hatiku dia boleh berkata seperti begini,

“Kita tak ada apa- apa pun kan. Kenapa nak gelabah sangat ni saya dah
kahwin?” Dah tu apa makna panggilan manja semua itu?

Sebulan lepas tu aku tidak menghubunginya. Namun semuanya berubah sejak
hari itu. Pada hari itu, aku dan dia bertemu semula atas urusan kerja.
Kerana rindu, kami bertegur semula dan bertemu janji pada malam itu.

Kami saling bertukar tukar perasaan malam itu dan dia juga berjanji akan
menjadikan aku isteri kedua tapi perlu melalui proses yang sukar bersama.

Aku dan dia menjalinkan hubungan yang aku kira sebagai curang. Aku
simpati kepada isterinya tetapi aku terlalu sayang kepada Haris.
Walaupun beza usia kami terlalu besar, aku tidak kisah semua itu asalkan
dia menjadi milikku.

Namun semua tidak indah seperti disangka, aku sudah berani menyerahkan
diri dan maruahku kepadanya kerana terlalu sayangkan dia dan juga tewas
dengan nafsu.

Haris selalu bekerja di luar kawasan dan aku juga mempunyai jadual kerja
yang sangat sibuk membuatkan kami jarang berjumpa.

Awan kehidupanku bertambah lagi kelam setelah aku dapat tahu yang bukan
akulah seorang yang ada title menjadi perempuan dia. Ada seorang lagi
yang menjadi pemuas nafsunya.

Aku mengamuk malam itu dan dia memberitahu segalanya. Rupanya perempuan
itu tidak tahu pun kewujudan aku. Dan aku adalah orang ketiga selama
ini. Betapa b***hnya aku kerana percaya dengan dia dan menyerahkan
segalanya.

Segalanya menjadi terlalu b***h bila dua hari selepas itu, aku bagai
dilanda sawan merayu supaya jangan ditinggalkan dan tak kisah dengan
kehidupan dia yang macam itu asalkan sanggup bersamanya.

Setahun selepas itu, hubungan kami masih seperti biasa seolah olah tiada
taufan yang melanda. Aku bagaikan tiada arah hidup dan aku sentiasa
memikirkan jika dia meninggalkan aku adakah aku akan kembali kepada
depresi aku ini.

Bulan januari, kami bertemu setelah lama tidak bersua dan menjalankan
hubungan yang terlarang bagaikan suami isteri yang baru berkahwin.

Selepas dari itu, dalam sebulan lepas itu badanku mula mengalami
perubahan. Aku disahkan mengandung. Lebih teruk, aku tidak
memberitahunya langsung tentang perkara itu. Dan aku cuba bertanya jika
aku mengandung suatu hari nanti kepadanya.

Jawab dia, “tiada cara lain kalau sayang tiba tiba mengandung. Sayang
kena jugak gugurkan sebab kita tiada masa depan”.

Remuk hatiku setelah mendengar jawapan itu dan aku sudah pasti dia tidak
mahu memperisterikan ku langsung. Aku hanyalah sebagai pemuas nafsunya.

Setelah itu, kami tidak lagi bertemu atas tuntutan kerja yang padat dan
hanya berhubung melalui telefon. Lebih menambah episod kesedihan ini,
disebabkan PKP yang dilaksanakan aku dan dia tidak bertemu sehingga ke
hari ini.

Walaupun sudah dibenarkan untuk bertemu tetapi aku selalu mengelak dan
memberi berbagai alasan. Tapi dari hari ke hari perut ini semakin
membesar. Due date aku pada bulan 10 ini.

Aku nekad untuk tinggalkannya dan memilih untuk lari dari kehidupan ini
serta memilih untuk melahirkan anak ini tanpa diketahuinya.

Namun menjadi masalah, aku tidak tahu ke mana yang aku boleh pergi jauh
dari orang tuaku dan juga dari dia yang tidak menginginkan kami berdua.

Aku buntu. Tolong aku. Aku bagaikan ada nyawa kembali bila dapat tahu
ada nyawa yang sedang membesar di dalam rahimku. Aku yang buntu.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Tags: , , ,

Category: Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *