Kenapa Ibuku Begitu?

| July 7, 2020 | 0 Comments

Kenapa Ibuku Begitu? | Mak, semua orang ada mak. Mak aku Pengarah di sebuah jabatan kerajaan. Biasa dengan menjadi boss, di rumah pun boss juga. Seingat aku sedari kecil abah sediakan mak pembantu rumah. Sampai aku besar mak ada pembantu rumah.

Tapi yang bagusnya mak aku tak benarnya pembantu masak, kerja-kerja rumah pun
aku dan abang-abang pun kena buat juga. Bukan mengharapkan pembantu rumah
semata-mata. Mak dulu hari-hari masak untuk kami sekeluarga.

Sejak mak jadi boss kat Putrajaya, aku amat jarang rasa masakan mak
kalau balik ke rumah dia. Mak awal-awal telefon tanya dah makan? Kalau belum
bawak suami dan anak2 makan dulu kat luar, mak tak masak. Rindu masakan mak.

Tapi aku syukur sebab mak mertua aku selalu masak makanan kegemaran anak
lelakinya setiap kali aku pulang ke Shah Alam. Boleh juga menumpang rasa
masakan mak walaupun bukan mak kandung aku.

Menantu2 mak memang sama lah juga, tak payah berangan nak makan masakan
mak sangat kalau balik ke rumah mak. Mak akan beli lauk-lauk dan biarkan
Kaklong, KakNgah dan aku kat dapur masak. Hanya hari raya je merasa
masakan mak.

Abahku memang dari dulu suka tolong mak. Abah layan mak macam tuan
puteri sebab kasih dan cintanya pada mak. Tapi sedih bila tengok mak
lepas pencen, dia tak layan makan minum abah sangat. Dia mantain masih
macam boss besar.

Mak macam tak boleh terima yang dia dah pencen. Bila kena masak atau
buat kerja rumah dia akan sakit badan, sakit kepala sakit lutut dan
sebagainya.

Tapi sangat bersemangat kalau dapat keluar bermeeting dengan
persatuan-persatuan di luar. Dan amat suka keluar berjalan lepak-lepak
minum teh di restoran.

Rumah bersepah, kain baju tak lipat dan kadang-kadang dibiarkan aje lauk
basi di bawah tudung saji, aku dan adik beradik bersabar, asal balik ke
Putrajaya aku akan kemas rumah mak betul-betil.

Nampak muka abah seolah-olah dah pasrah. Ya abahku dipencenkan awal
kerana masalah kesihatan, tapi tak bermakna mak kena layan abah mcm tu.

Pernah terfikir, abah ku sangat baik masih tunggu mak, kalau kena macam
lelaki lain dah lama abah tinggalkan mak tu.

Sekarang pun abah masih segak, tinggi, tegap dan macho lagi walau di
usia 70 an. Maklum lah bekas tentera udara. Kawan-kawan aku pun selalu puji
abahku segak dan nampak muda.

8 tahun aku berumah tangga, tahun ke 9 diuji Allah kena jaga mak dan
ayah kerana rumah mereka jual untuk buat rumah baru di kampung, ada lah
tanah 2 ekar pemberian arwah atuk.

Rumah abah masih dalam pembinaan dan aku bersyukur suamiku sangat baik,
sama2 jaga abah dan mak. Aku satu2nya anak perempuan , lagipun aku yang
paling dekat dengan Putrajaya.

4 bulan tinggal bersama, suami akhirnya bersuara betapa dia berasa
penat, seksa minda, tak tenteram hidup dalam rumah sendiri dan kasihan
melihat abah.

Mak hanya busy dengan handphone, hanya tau bertanya kan ada apa makanan
hari ni, apa masak? Dan hanya keluar bila untuk makan atau minum, gelas-gelas
berselerak atas meja tanpa dicuci. Suamiku banyak membantu mencuci
mengemas memasak dan sebagainya kerana aku selalu on call.

Aku sangat mengerti perasaan suamiku, dan aku sendiri baru aku benar-benar
faham kenapa kakak iparku ters3ksa dulu dan akhirnya menceraikan abangku
yang sulung. Mak selalu cakap Kaklong tu tak suka mak sebab tu dia
bercerai ngan Abanglong.

Tapi sebenarnya Kaklong dah penat melayan perangai mak. Aku risau kini
suamiku selalu marah2 dan dia nak keluar dari rumah tu dia dah bosan
dengan sikap mak.

Dulu Abanglong aku tersepit tanggunjawab anak sulung dan tanggunjawab
sebagai suami. Abang Ngah aku pula dan isterinya awal-awal lagi dah bagitau
diaorang tak mau jaga abah mak, lagipun Kak Ngah kena jaga bapak dia juga.

Kak Ngah pun pernah bersuara yang dia tak nak korbankan perkahwinan dia
ngan Abang Ngah sebab mak kami. Kak Ngah tak nak dia pun kena jadi hamba
abdi mak.

Kini suami aku pula menjadi mangsa seterusnya dan dah rasa sama seksanya
biras dia dulu (Kaklong) masa tinggal bersama mak.

Hari mahkamah jatuhkan talaq, Kaklong (kakak iparku) peluk erat aku, dia
cakap dia sayang Abanglong ku dunia akhirat, dia sayang abah tapi dia
tak sanggup untuk hidup jadi hamba mak mertua.

Mak aku ni jenis tak banyak cakap sangat, dia hanya biarkan semua
berselerak, bila masak mak akan biarkan semua kuali periuk belanga.

Itu belum kira kulit bawang yang bersepah sana sini bila mak masuk
dapur, dengan harapan Kaklong atau Abanglong akan mencuci dan mengemas
semua benda.

Aku kini dilema, suamiku sudah mula pulang lewat ke rumah dan awal pagi
sudah keluar, hujung mggu suamiku akan pulang ke Shah Alam rumah papa
mamanya.

Aku ditinggalkan sendirian dengan anak kecilku. Aku juga kena kemas,
masak dan sebagainya. Aku jadi sangat-sangat tertekan dan tak tau nak mengadu
pada siapa.

Abanglongku sejak ditinggalkan Kaklong dan anak-anak, dia membawa diri ke
Singapura bekerja di sana. Kenapa semua ini berlaku lagi teruk lepas mak
pencen?

Aku sayangkan suami ku sangat baik, aku tak akan jumpa mana-mana lelaki atau
menantu yang baik untuk mak lagi. Tapi mak aku pula begitu perangainya.
Aku rasa nak menjerit dan nak keluar dari rumah aku tu, tinggalkan mak
ngan abah biar diaorang survive sendiri.

– Laila (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

Tags: , , ,

Category: KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *