Anggota Polis Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Bertugas | Seorang anggota polis dilaporkan meninggal dunia ketika menjalankan tugas akibat serangan sakit jantung ketika melakukan rondaan pematuhan bersama pasukan, baru-baru ini. 

Anggota Polis Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Bertugas

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, Lans Koperal Mohd Nor Afiza Mohd, 36, telah dibawa ke Hospital Kemaman selepas rebah di sebuah stesen minyak di bandar Chukai.

Walau bagaimanapun, beliau disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9 malam setibanya di hospital terbabit.

Menurut Hanyan, Allahyarham meminta rakannya berhenti di sebuah stesen minyak. Sebaik keluar dari kenderaan pelbagai guna (MPV), arwah tiba-tiba rebah dan terus dikejarkan ke Hospital Kemaman, sebelum disahkan meninggal dunia.

Tambahnya, Mohd Nor Afiza merupakan anggota Balai Polis Chukai yang berkhidmat selama 15 tahun bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Beliau telah meninggalkan seorang balu serta empat anak berusia 15 bulan hingga 12 tahun.

Menurut isterinya, Norazilla Mohd Yusuff, 32, berkata, suaminya sebelum ini pernah mengadu sakit dada beberapa hari selain memberitahu bahawa mempunyai sejarah penyakit jantung dan darah tinggi tidak mengambil cuti sakit kerana mahu bertugas. Namun terkejut dan tidak menyangka menerima khabar duka bahawa suaminya meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Norazilla menceritakan bahawa sebelum pergi ke kerja pada hari kejadian, arwah suaminya itu sudah mengadu sakit dada dan penat namun selepas dia mengurut kaki dan badan, arwah memberitahu berasa agak lega dan ingin keluar bekerja.

Walaupun masih terkejut dengan pemergian arwah, isterinya meluahkan bahawa dia reda dan pasrah dengan ketentuan Ilahi.

Jenazah Mohd Nor Afiza akan dikebumikan di Kampung Bukit Besi, Dungun, pada Khamis.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply