Angkara Sihir

| July 22, 2020 | 0 Comments

Angkara Sihir | Aku tak pandai nak cerita macam buat novel or macam confessor yang lain. Cukup apa aku cerita kan ini jadikan pengajaran untuk semua since aku pun dah cecah umur 40 lebih memang tak reti nak karang ayat cantik-cantik. Tapi terima kasih untuk yang sudi baca.

20 tahun yang lalu aku berkahwin dengan lelaki, kira macam first love la
and kami bercinta for 7 years. Sejak sekolah menengah lagi bercinta dan
kami memang duduk daerah yang sama cuma berbeza kampung.

Konon sweet la kawen orang dekat tak perlu gaduh gaduh nak berebut balik
raya ikut turn sapa. Tapi apakan daya perkahwinan kami tak lama gara
gara sihir pemisah.

Laki aku, maksud aku bekas suami aku dulu kira berduit la jugak. Kami
kahwin dan sebelum tu dah dengar cerita dia ni kaki perempuan. Ada
scandal sana sini tapi aku tanya dia sendiri.

Dia nafikan dan cakap tu semua fitnah nak pisahkan kami. Jadi aku
percaya la cakap dia dan kami bertunang pastu terus kahwin.

Mula mula kahwin sweet la macam kapel yang lain tapi lama lama bekas
laki aku dingin. Selalu keluar malam balik pun petang.

Then selalu ada je isu antara kami. Macam pantang jumpa mesti bergaduh.
Macam cacing kepanasan. Dia macam benci sangat kat aku sampai mak mertua
aku pun turut sama benci aku.

Sampai la suatu hari ada yang menyampaikan selalu nampak bekas suami
selalu bergayut kat public phone. Zaman dulu takde facebook takde
internet jadi public phone tu memang dah cukup heaven bagi pasangan
bercinta zaman dulu dulu. Hahaha .

Allah nak tunjuk, ada jumpa kad kad ucapan yang dialamatkan kepada
office bekas suami. Zaman dulu takde internet jadi kad ucapan dan surat
la perantara kalau nak bercinta. Ada la pengirim ni seorang wanita.
Waktu ni aku dah tak mampu sabar lagi. Aku tanyakan pada bekas suami aku.

Bergaduh bertengkar dengan dia tengking aku, aku pun tengking dia. Biasa
la darah muda waktu tu baru umur 25 tahun kawen. Finally dia ceraikan
aku. Paling sedih bekas mak mertua aku sendiri halau aku dari rumah.

By the way waktu ni aku dah mengandung 3 bulan anak pertama kami. Aku
mintak dia pilih aku atau perempuan tu, dia pilih perempuan tu. Orang
dah tak sayang kita , siap kena halau lagi.

Aku angkat kaki balik rumah mak. Ambik masa jugak la naik turun makhamah
selesaikan hal kami dan akhirnya sah la cerai kami waktu kandungan aku 5
bulan.

Kesian anak aku waktu tu lahir tanpa seorang ayah di sisi. Tak habis
dengan kena halau dari rumah bekas suami dan mak mertua, bekas mak
mertua siap fitnah aku lagi kononnya aku isteri tak guna.

Tak pandai kemas rumah, tak pandai masak, tak pandai layan suami cakap
pun kasar. Sebab tu untuk pasangan muda, kalau boleh jangan la duduk
serumah dengan parents or mertua. Sewa sebelah taman dengan parents or
mertua pun takpe lah kalau tak jadi la macam aku ni.

Sewaktu mengandung aku selalu jugak sakit sakit. Ingatkan ini pembawaan
budak so aku kuatkan semangat demi anak aku. Aku cuma ada dia sekarang
dan bukan lagi bekas suami.

Tup tup a few months dah berlalu. Aku dapat full support dari adik
beradik dan mak abah aku.

Aku lahirkan anak sulung aku dengan ibu bapa aku di sisi dan bukan suami
yang mengazankan anak kami. Sedih tak usah cakap. Tapi aku tekad. Aku
tak akan cari dia lagi cukup dengan apa yang dia buat.

Pastu ada la relatives aku datang melawat anak aku a few months lepas
dia dilahirkan. Dia macam boleh agak ada benda lain yang berlaku yang
menyebabkan penceraian kami.

Dia ni macam boleh rawat orang sakit yang more to sihir-sihir and
walaupun kami tak rapat tapi dia datang untuk bagitahu aku pasal ni.
Then berubat la dengan dia .

Rupanya aku kena sihir pemisah. Dah lama kena rupanya sebab tu la kami
selalu bertengkar. Tengok muka masing masing pun naik benci. Sakit-sakit
macam selalu demam walaupun mengandung, selalu mimpi pelik-pelik.

Itu semua aku lalui dan banyak lagi la yang menunjukkan tanda tanda
sihir pemisah.

Pak cik aku ubatkan aku. Dan aku tahu bekas suami aku pun jadi camtu
sebab dia dah kena kunci hati dia dengan perempuan yang dia kahwin sekarang.

Si pengutus kad walaupun aku tak pernah jumpa dia. Aku langsung tak
ambik peduli walaupun aku dah tahu bekas suami dah kahwin.

Aku tak nak tahu rupa perempuan tu cukup aku tahu nama dia.
Alhamdulillah aku sembuh dan teruskan hidup macam biasa.

Bekas suami aku tu dah kena ilmu penunduk agaknya sampai tergamak
ceraikan aku. Tapi redha. Setiap hari aku sebut dalam doa aku untuk
Allah bela nasib aku. Aku tak mampu balas tapi Allah mampu.

Jadi moral of the story, kalau zaman aku yang takde social media ni pun
boleh buat sihir apatah lagi zaman sekarang. Gambar nak dapat senang je.
Hati hati la bila upload gambar laki bini. Hati hati la nak ambik
makanan kat office tu.

Walaupun zaman dah moden, tapiiiii pemikiran tak moden. Masih jahil.
Ingat kalau ada yang jumpa bomoh or ustaz yang buat ilmu pengasih , yang
buat ilmu pemisah or penunduk, kau kena tahu satu hal.

Dosa syirik tu Allah tak akan ampun. Kau dah la menyekutukan Allah,
pastu kau aniaya orang lagi. Anak aku membesar tanpa kasih sayang
seorang ayah, sebab bekas suami dah kena ikat dengan ilmu penunduk
sampai tak nak jumpa anak.

Jadi aku redha. Tapi ingat kau ada dosa dengan aku dan anak aku. Harapan
aku, kau tak akan m4ti dengan mudah selagi kau tak mendapat kemaafan aku
dan anak aku.

Untuk kita, berpada lah nak upload gambar di social media. Dalam yang
like dan komen gambar, takut ada yang cemburu akan bahagia kita. Semoga
Allah lindungi kita dari tukang sihir camni.

– Mia (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confesions

 

Tags: , , , , , , , ,

Category: AGAMA, KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *