Tips Kemas Bagasi Sebelum Travel | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Tidak ramai yang betul-betul membuat perancangan rapi ketika mengemas bagasi untuk bercuti contohnya berapa helai pakaian harus dibawa, jenis pakaian yang sesuai, barang keperluan lain dan sebagainya. Kalau wanita lagi banyak barang yang rasa hendak bawa, kalau boleh semua. Dari satu luggage jadi bertambah-tambah luggage. Jadi pentingnya untuk tahu bagamana nak kemas baju dan barang keperluan anda dengan teratur supaya tak membazir ruang.

Kemas

Untuk menjimatkan ruang, anda boleh suai padan pakaian dibawa dengan baju atau seluar lain agar tidak membazir pakaian. Berikut merupakan tips kemas bagasi untuk anda bercuti/travel:

1. Gulung

Tips ini paling banyak jimat ruang dan memudahkan anda menarik pakaian yang mahu dipakai. Semestinya pilih pakaian yang tidak terlalu tebal, susah kedut/renyuk untuk digulung seperti di atas.

2. Lipat

Ramai golongan berumur suka menggunakan tips kedua ini kerana ia mudah dan cepat, hanya bawa keluar dari wardrobe anda dan letak di dalam bagasi. Susun ikut jenis baju/seluar/kain atau ikut bila hari yang anda mahu pakai.

3. Guna beg kiub

Asingkan pakaian anda menggunakan beg kiub untuk menjimatkan ruang serta lebih teratur. Ia membantu anda untuk mencari barang tanpa menyepahkan pakaian lain.

4. Bungkus

Jika anda membawa banyak pakaian mudah renyuk, anda boleh cuba cara ini iaitu dengan bentangkan pakaian yang paling mudah renyuk di dalam bagasi dengan membiarkan bahagian yang berlebihan di luar beg.

Lapis dengan pakaian yang lain sehingga semua pakaian berada dalam beg, dengan pakaian paling susah renyuk berada paling atas. Kemudian lipatkan bahagian pakaian yang berada di luar beg ke dalam satu persatu seolah-olah membalut pakaian paling atas tadi.

5. Gabung semua cara

Untuk cara lebih efektif, anda boleh gabungkan semua cara di atas dalam satu bagasi. Ruang yang kosong di antara pakaian berlipat, boleh dipadatkan dengan pakaian bergulung. Barangan penjagaan diri boleh diletakkan dalam satu beg kiub bagi memudahkan anda untuk mencarinya.

Tapi diingatkan supaya jangan bawa barang yang tidak perlu. Agak-agak rasa tak pakai tu terus asingkan.

Sumber: Salaam

Share.

Leave A Reply