Arab Saudi Kini Dihujani Salji | Arab Saudi dikhabarkan sedang melalui musim sejuk selepas mereka dilaporkan sedang dilanda hujan renyai dan hujan ais dengan salji di beberapa kawasan di Arab Saudi minggu ini sehingga memberi kegembiraan untuk mereka yang jarang melihatnya.

Arab Saudi Kini Dihujani Salji

Menerusi laporan The National News, Hafar Al Batin merupakan sebuah kawasan di wilayah timur dilanda hujan pada Isnin selepas hujan ais dan hujan lebat di Riyadh pada Ahad.

Difahamkan berlakunya ribut petir, hujan dan hujan ais juga dilihat di Qurayyat berhampiran Turaif di wilayah sempadan utara.

Orang ramai mengambil kesempatan memuat naik gambar dan video hujan ais di padang pasir, di laman sosial, bagi berkongsi kegembiraan serta mengalukan cuaca musim sejuk.

Mereka juga dilaporkan sanggup memberhentikan kenderaan di bahu jalan untuk mandi hujan selain menadah hujan dan hujan ais di tangan mereka.

Menurut salah seorang orang awam di sini, ia merupakan kejutan yang menyenangkan selepas mengalami tempoh musim panas yang panjang.

Pusat Meteorologi Negara melaporkan suhu dijangka menurun di seluruh negara pada minggu akan datang berikutan cuaca buruk dan hujan berpanjangan.

Pusat itu juga meramalkan hujan untuk semua kawasan di seluruh negara terbabit.

Berikutan hujan yang melanda kawasan pesisir minggu lalu, angin sejuk dan hujan akan merebak ke kawasan utara dan timur negara, serta Riyadh dan Qassim, kata pusat berkenaan, menurut pakar cuaca, Dr Khaled Al Zaqaq.

Sumber: The National News 

Share.

Leave A Reply