Arak Timah: Tindakan Anggap ‘Timah’ Sebagai Singkatan Nama Puteri Rasulullah Sebagai Biadap- Dr Syed Ali Tawfik | Bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr Syed Ali Tawfik Al- Attas menyelarkan bahawa individu yang menggunakan nama “Timah” sebagai singkatan nama puteri Nabi Muhammad SAW adalah lebih biadap berbanding pihak yang menggunakan nama tersebut untuk jenama barangan.

Arak Timah: Tindakan Anggap 'Timah' Sebagai Singkatan Nama Puteri Rasulullah Sebagai Biadap- Dr Syed Ali Tawfik

Jelasnya menerusi awani, belum pernah nama puteri Rasulullah dipanggil dengan panggilan ringkas seperti “Timah” justeru beliau turut menambah bahawa Fatima itu bukan nama wanita Melayu seperti yang didakwa sesetengah pihak, sebaliknya ia adalah nama wanita Arab.

Beliau turut menambah bahawa mereka juga tidak pernah  merujuk Nabi Muhammad sebagai ‘Mat’ dan jika ada pihak yang menggelarkan puteri Rasullulah sebagai ‘Timah’, ia dianggap sebagai satu tindakan yang biadap.

Beliau mempersoalkan siapakah individu yang biadap? Ia adalah ‘individu’ biadap kerana menganggap nama di botol wiski sebagai singkatan nama puteri Nabi Muhammad, itu biadap.

Beliau memberitahu bahawa walaupun selepas syarikat tersebut telah memberi penjelasan mengenai nama itu dan masih ada individu yang tidak enggan menerimanya, beliau menyelar ,ereka sebagai angkuh.

Dr Syed Ali Taufik juga menjelaskan, syarikat pengeluar wiski itu tidak perlu melakukan promosi kerana banyak pihak terutama ahli politik telah membantu melariskan jenama tersebut.

Sebelumnya, timbul kontroversi nama wiski buatan tempatan yang menggunakan jenama “Timah” yang dianggap menghina dan biadap kerana menggunakan nama wanita Melayu dan nama anak puteri Nabi Muhammad SAW.

Biarpun telah dijelaskan nama “Timah” yang digunakan adalah merujuk bijih timah, namun banyak pihak enggan menerimanya.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply