Asalkan Sudah Vaksin, Pelancong Luar Boleh Ke Phuket Tanpa Kuarantin |Di kala pandemik yang sedang kita hadapi pada ketika ini banyak tempat-tempat pelancongan tidak kira dalam mahupun luar negara tidak dapat kita kunjungi. Namun, Khabar gembira dari Thailand menyatakan bahawa mereka akan membuka sektor pelancongan mereka terhadap pelancong luar.

Bangkok: Buat pengunjung asing yang bercuti di Phuket, Thailand mulai 1 Julai  depan mereka tidak perlu lagi menjalani kuarintin wajib dengan syarat mereka sudah menerima suntikan vaksin.

Bloomberg melaporkan kerajaan Thailand membuat keputusan itu hasil perbincangan panel yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Prayuth Chan-Ocha dalam usaha memulihkan semula sektor pelancongan yang terjejas akibat daripada pandemik covid-19.

Menteri Pelancongan, Phiphat Ratchakitprakarn berkata, Prayuth juga meluluskan cadangan sektor swasta dan perniagaan Phuket untuk menyuntik vaksin terhadap sekurang-kurangnya  70 peratus penduduk pulau itu.

Hal ini bagi mempersiapkan pembukaan pulau tersebut yang akan dibuka buat pelancong yang sudah mendapatkan suntikan vaksin.

Untuk permulaan,Thailand merancang membuka semula Phuket bagi menguji sejauh mana kesannya sebelum menerima kehadira pelancong ke destinasi lain di negara itu termasuk Koh Samui.

Inisiatif itu bertujuan membantu membangunkan semula industri pelancongan yang menyumbang kepada satu perlima untuk ekonomi negara itu sebelum berdepan dengan pandemik Covid-19.

Kelulusan kerajaan itu memberi isyarat bahawa Phuket akan dibuka tiga bulan lebih awal, berbanding seluruh negara yang akan dibuka sepenuhnya pada Oktober.

Presiden Persatuan Pelancongan Pulau Phuket, Bhummikitti Ruktaengam berkata, penduduk Phuket akan diberikan keutamaan dalam pemberian suntikan vaksin, dengan lebih 930,000  dos dijangka menerimanya, sebelum pulu itu dibuka kepada pelancong.

Sementara itu, Gabenor Lembaga Pelancongan Thailand Yuthasak Supasorn menyasarkan sekurang-kurangnya 100,000 pengunjung ke Phuket pada suku ketiga tahun ini meskipun  terdapat peningkatan jangkitan, pada awal tahun ini.

“Ada individu yang diberi vaksin sepenuhnya dan bersedia melakukan perjalanan namun mereka hanya memilih destinasi yang sudah memberikan suntikan vaksin kepada penduduknya serta tidak mewajibkan kuarintin,”katanya.

Sehingga kini, Thailand merekodkan 28,9447 kes Covid-19 dan 94 kematian.

Mulai 1 April lalu, kerajaan Thailand memendekkan tempoh kuarintin daripada tempoh dua minggu kepada 10 hari untuk pelancong asing yang tidak menerima suntikan vaksin.

Untuk destinasi selain Phuket, tempoh kuarintin menjadi lebih singkat iaitu seminggu bagi mereka yang memiliki bukti bahawa sudah menerima suntikan vaksin.

Sumber: Metro

Share.

Leave A Reply