Satu letupan di ibu negara Afghanistan hari ini, sebuah bas yang membawa kakitangan pentadbiran Taliban menyebabkan tujuh individu cedera. Jurucakap polis Kabul, Khalid Zadran, berkata letupan itu berpunca daripada periuk api yang dipasang di bahu jalan, namun setakat ini belum dapat dipastikan pihak yang menjadi dalang letupan berkenaan. Beliau berkata, akibat letupan yang mengenai sebuah bas mini daripada Kementerian Rehabilitasi dan Pembangunan Luar Bandar, tujuh individu cedera. Sejak beberapa bulan lalu, beberapa insiden serangan berlaku di kawasan bandar. Bulan lalu, satu serangan oleh individu bersenjata menyasarkan sebuah kenderaan di barat Afghanistan, yang didakwa didalangi DAESH. Serangan itu meragut nyawa lima…
Author: Aliff Mazlan
Berhampiran kawasan petempatan Projek Perumahan Rakyat (PPR), dua pemancing cemas terserempak seekor gajah betina liar mandi dan minum di Sungai Ketil, Gua Musang, di sini. Fahamie Qhodrad Sibaweh, 30, bersama adik iparnya, Wan Mohd Haikal Wan Mohd Zulkifli, 18, ke sungai terbabit untuk memancing sebelum mengesan hidupan liar itu, kira-kira jam 6 petang semalam. Fahamie berkata, dia sempat merakam aksi gajah betina terbabit sedang mandi selama 25 saat. Ini bukan kali pertama saya melihat gajah liar, tapi tetap terkejut kerana dia muncul di kawasan petempatan ramai penduduk, malah sungai ini jadi tumpuan kanak-kanak mandi-manda. Jadi, berbahaya kepada penduduk berhampiran yang…
Pemilik syarikat mengalami kerugian sebanyak RM100,000 bagi projek membekal bahan mentah dan kering di Negeri ini pada 2013 , namun seorang lelaki mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen harini atas pertuduhan menipu pemilik syarikat tersebut. Tertuduh, Fariz Fadila Ag Kamarudin, 35, yang bekerja sendiri membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat. Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan menawarkan untuk membuat usaha sama dengan syarikat terbabit bagi menjalankan projek itu hingga mendorong pemilik syarikat menyerahkan RM100,000 di daerah Penampang antara Januari hingga April 2013. Fariz Fadila didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh…
Akibat Taufan Sitrang jutaan penduduk terputus bekalan elektrik dan menyebabkan jumlah kematian sebanyak 28 . Ini kerana pasukan penyelamat Bangladesh baru sahaja menemukan empat mayat pelaut kapal korek. Penyelam daripada jabatan bomba menemukan mayat empat anak kapal itu selepas kapal korek berkenaan karam ketika ribut terbabit melanda Teluk Benggala. Kami menemukan satu mayat malam tadi dan tiga lagi pagi ini. Empat lagi anak kapal masih hilang,” kata jurucakap jabatan bomba, Abdullah Pasha kepada AFP. Taufan atau angin ribut kerap melanda rantau itu, namun saintis berpandangan perubahan iklim menjadikan fenomena itu lebih kuat dan kerap. Isnin lalu, Taufan Sitrang membadai selatan…
Seorang isteri ditendang pada bahagian peha dan pinggang oleh suaminya akibat berang apabila mangsa itu mengajaknya ke mahkamah syariah untuk memfailkan penceraian . Difahamkan suami mangsa adalah seorang jurujual dan sudah berjaya ditahan oleh pihak polis , semalam . Difahamkan, mangsa berusia 30 tahun yang bekerja sebagai guru tadika sudah meminta suami menceraikannya sejak Mei lalu akibat masalah kewangan. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata terdahulu wanita itu dikatakan ke rumah ibu mentua di Taman Uda Ampang, di sini, kira-kira jam 10.30 pagi untuk bertemu suspek berumur 29 tahun dan mengajaknya ke mahkamah bagi urusan…
25 individu yang menaiki tersebut terbabas sebelum jatuh ke dalam gaung di Uttarakhand, hasrat kesemua individu tersebut ingin meraikan majlis perkahwinan tidak kesampaian di utara India, hari ini. Menurut Pegawai Tinggi Polis negeri, Ashok Kumar, ketika kejadian bas yang membawa 45 tetamu itu sedang melalui lebuh raya di kawasan pergunungan sebelum terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam 500 meter. Beliau berkata, daripada jumlah itu, 20 berjaya diselamatkan. Sementara itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi, berkata kerajaan akan memberi bantuan kepada semua mangsa yang terselamat. Uttarakhand yang sering menjadi nahas maut jalan raya sering dikunjungi orang ramai yang ingin melawat…
Tiga anaknya termasuk pasangan kembar terperangkap di dalam kereta selepas kenderaan itu tiba-tiba terkunci dan ibunya turut cemas di Bandar Baru Kuala Selangor, di sini, semalam. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 6.23 petang sebelum sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian. Berdasarkan laporan awal, wanita itu berhenti sebentar di hadapan rumah kawannya untuk mengambil barang. Secara tiba-tiba, pintu kereta jenis Proton Preve itu terkunci. Beliau berkata, Ketiga-tiga mangsa masing-masing berusia setahun terperangkap dalam kereta itu hampir 15 minit,. Norazam berkata, ketika…
Menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini adalah tindakan dan langkah yang perlu diambil bagi membantu rakyat Malaysia yang ditipu dan diculik sindiket penipuan pekerjaan , teruama di rantau Asia, Tenggara. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang rasmi Parlimen, soalan itu dan pertanyaan mengenai tindakan pencegahan diambil oleh kementerian yang terbabit serta Kedutaan-kedutaan Malaysia bagi membanteras kegiatan penipuan pekerjaan berkenaan, diajukan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BERSATU-Sabak Bernam) kepada Menteri Luar pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri. Turut tersenarai ialah soalan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) yang meminta Menteri Kewangan menjawab sama ada satu krisis kewangan sedang terbentuk berikutan nilai…
29 penumpang dan dua orang pemandu bas persiaran mengalami kemalangan jalan raya dipercayai akibat jalan licin ketika hujan renyai pada kilometer 60.2 Lebuhraya Utara selatan . Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, bas persiaran itu dipercayai dalam perjalanan dari Hatyai, Thailand menuju ke Kampar Perak. Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, bas persiaran terbabit dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kiri jalan. Penumpang bas terbabit terdiri daripada 29 orang yang berusia antara 27 hingga 74 tahun yang kesemuanya warga tempatan. Selain itu, 11 mangsa sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar manakala 18…
Lagu Gangsta’s Paradise yang terkenal pada 1995 yang di nyanyikan oleh Coolio , 59 telah meninggal dunia . Pemergian anugerah Grammy itu di sahkan oleh pengurusnya, Jerel pesey kepada agensi . Beliau meninggal dunia pada jam 5 petang semalam dalam bilik air di rumah kawan lamanya Portal TMZ melaporkan, Coolio atau nama sebenarnya, Artis Leon Ivey Jr ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik air ketika mengunjungi rakan lamanya. Pasey berkongsi, Coolio pergi ke rumah rakannya sebelum masuk bilik air untuk membuang air. Bagaimanapun, katanya, penyanyi itu tidak muncul selepas agak lama berada dalam tandas. Bimbang keadaan Coolio, rakannya memanggilnya, namun…