KEJAM. Lelaki Tembak 3 Anak Teman Wanitanya Sehingga 2 Maut. | .COLUMBUS – Dua kanak-kanak lelaki maut sementara seorang lagi kritikal di Hospital Kanak-kanak University of Michigan Mott, setelah dipercayai ditembak teman lelaki ibunya di sebuah apartmen di Ohio pada Jumaat. Laporan Mirror.co.uk pada Isnin memaklumkan, kanak-kanak malang itu bernama Gabriel Phillips, 1, Ahmir, 5, manakala yang kritikal bernama Ashton, 4 tahun. Menurut polis, ketiga-tiga beradik itu cedera apabila berlakunya perselisihan faham antara teman lelaki dan ibu kandung mereka. Ketika polis tiba di lokasi kejadian, mereka menemukan tiga kanak-kanak di dalam apartmen yang kesemuanya ditembak dengan sekurang-kurangnya mengalami satu luka…
Author: Admin Soleh
Suami Meninggal Dunia Ketika Mengaji Disamping Jenazah Isteri. | Ramai pasangan yang berjanji setia untuk sehidup semati, tapi apakan daya, jodoh, rezeki, mati semua Allah yang tentukan. Di sini kami ingin kongsikan sepasang suami isteri meninggal dunia hanya selang lebih kurang tiga jam. Apa yang lebih memilukan, si suami meninggal dunia ketika sedang mengaji disamping jenazah isterinya. Surabaya: Impian pasangan di Indonesia ini untuk sehidup semati menjadi kenyataan apabila ajal mereka hanya berselang dalam tempoh kurang tiga jam, Jumaat lalu. Lebih memilukan, lelaki berkenaan meninggal dunia ketika mengaji di samping jenazah isterinya. Tribunnews melaporkan Umi Munawaroh meninggal dunia jam 1.30…
Lelaki Bunuh Bapa Saudara Kerana Tak Tahan Dibuli. | BUKIT MERTAJAM – Suspek kes pembunuhan lelaki warga Bangladesh yang mayatnya ditemukan dalam keadaan mereput di Taman Perindustrian Beringin, Juru pada Jumaat lalu mengakui melakukan jenayah tersebut kerana tidak tahan dibuli mangsa. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, suspek yang juga warga Bangladesh merupakan anak saudara kepada mangsa. Beliau berkata, selain dibuli, siasatan awal mendapati mangsa juga dikatakan sering memukul suspek menyebabkan dia tidak tahan dengan perbuatan mangsa. “Suspek yang berusia 21 tahun itu mengaku melakukan jenayah tersebut kerana tidak tahan dengan sikap mangsa…
Wanita Sorok Positif Covid Akhirnya Satu Keluarga Meninggal Dunia. | Virus Covid-19 amatlah bahaya, kerana ianya adalah satu musuh yang kita tak nampak dan senang merebak. Banyak juga kes di Malaysia merahsiakan bahawa dia positif Covid-19 dari pengetahuan orang dan dia menyebabkan tersebarnya virus tersebut kepada orang yang menjadi kontak rapat pada dirinya. Ini yang terjadi pada keluarga ini sehingga mengorbankan satu keluarga apabila puncanya si isteri tidak memberitahau bahawa dia positif Covid-19. Baca selanjutnya. Caracas: Sebuah keluarga terdiri daripada lima beranak meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19. Lebih menyedihkan kerana kematian mereka dikatakan berpunca daripada seorang daripada mereka, Veronica Garcia…
Kematian Yg Dicemburui. ‘Dijemput’ Lepas Imamkan Solat Zohor. | BATAM – Kematian yang dicemburui. Itu yang berlaku ke atas Hasan Basri Tandayong apabila disahkan meninggal dunia ketika selesai mengimamkan solat Zuhur di Masjid Al-Muttaqin, Batam Indonesia pada Isnin. Dalam kejadian itu, Allahyarham dikatakan menjadi imam ganti selepas imam bertugas ada urusan, lapor Tribunnews pada Khamis. Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan hingga menjadi bualan hangat penduduk Batam dan warga maya di laman sosial. Menerusi rakaman itu, Hasan dilihat sudah selesai memimpin solat Zuhur dan sedang berzikir namun secara tiba-tiba Allahyarham rebah ke belakang. Imam Masjid Al-Muttaqin, Jamal…
Seorang Kanak-Kanak Meninggal Dunia Disyaki Dibunuh Bapa Sendiri. | Seorang kanak-kanak ditemui meninggal dunia manakala bapanya ditemui mati akibat bunuh diri. Kanak-kanak berkenaan disyaki dibunuh oleh bapanya sendiri sebelum lelaki itu bertindak terjun bangunan kediaman milik mereka. Petaling Jaya: Kanak-kanak perempuan ditemukan meninggal dunia disyaki dibunuh bapa kandungnya di sebuah rumah di Ara Damansara di sini, kelmarin. Bapa kandung kanak-kanak berkenaan berusia 30-an yang juga warga Indonesia kemudiannya dipercayai membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas bangunan kediaman terbabit. Kejadian pada 6.30 petang itu disedari oleh jiran mangsa selepas mendengar jeritan ibu kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun berkenaan sebelum menghubungi…
Video Bapa Makan Nasi Tanpa Lauk. Lelaki Itu Jelaskan Perkara Sebenar.| Baru-baru ini tular satu video rakaman seorang kanak-kanak tanpa sengaja merakam bapnya yang sedang makan nasi kosong tanpa lauk. Video itu menjadi viral di atas kejadian tersebut. Bagaimanapun, Lelaki terbabit tampil menjelaskan keadaan sebenar. Baca Selanjutnya. Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat…
Lelaki Menangis Sambil Masak. Kisahnya Buat Ramai SEBAK.| Siapa yang tidak sedih dan kecewa apabila tempahan dibatal disaat akhir. Tambahan pula segala bahan-bahan untuk memasak telah dibeli dengan jumlah yang banyak. Ini yang terjadi kepada seorang lelaki apabila tempahan yang dia dapat telah dibatalkan secara tiba-tiba, apa yang lebih menyedihkan, dia meminjam duit untuk membeli barang-barang bagi menyediakan tempahan tersebut. Satu video yang memaparkan seorang lelaki menangis ketika memasak menjadi tular di media sosial. Cerita mengenai nasib yang menimpa lelaki ini agak menyedihkan. Video yang dimuat naik oleh akaun TikTok bernama @heppy08 itu memaparkan seorang lelaki menangis kerana didakwa tempahan…
Ini Jawapan Polis Sabah Berkenaan Isu Ustaz Ebit Lew.| Hari ini dalam satu posting di media sosial Ustaz Ebit Lew ada memuat naikkan satu luahan dan mohon maaf kerana tidak dapat lagi membantu penduduk di pulau-pulau di Semporna. Ustaz diberitahu bahawa antara hukuman boleh dikenakan didenda 100 ribu atau penjara 3 tahun jika meneruskan misi bantuan berkenaan. Petang ini, Pesuruhjaya Polis Sabah menjelaskan bahawa tiada halangan kepada sesiapa untuk menjalankan aktiviti bantuan atau sebagainya. Baca selanjutnya. Kota Kinabalu: “Polis atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) tidak pernah menghalang atau mengeluarkan sebarang arahan untuk menghentikan program Ustad Ebit Lew…
Seorang Jururawat Meninggal Dunia Kerana Covid-19. Al-Fatihah. | Kuala Lumpur: Seorang jururawat yang bertugas di Jabatan Perubatan Pemulihan Pusat, Pakar Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh, Artini Dzolkarnaini meninggal dunia, awal pagi tadi dipercayai akibat komplikasi Covid-19. Berita pemergian petugas barisan hadapan itu dikongsi Fakulti Perubatan UiTM menerusi Facebook (FB), hari ini. “Dukacita dimaklumkan Sr Artini Dzolkarnaini telah meninggal dunia, di Hospital UiTM pada 5.30 pagi tadi. “Seluruh warga Fakulti Perubatan UiTM ingin merakamkan ucapan salam takziah. Kami mendoakan semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” kata kenyataan itu. Dalam pada itu, carian wartawan di FB mendapati…