Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

KEJAM. Wanita Seperti Dirasuk Bunuh 2 Anak Gadisnya. | Hyderabad: Seolah-olah dirasuk syaitan, seorang ibu sanggup menghentak mati dua anak gadisnya atas nasihat pengamal ilmu hitam. Lebih menyayat hati, bapa gadis berusia 20-an itu hanya menyaksikan anaknya dibunuh di depan mata. Gulf News melaporkan, kejadian mengejutkan itu berlaku di kampung Ankieshettypalle di daerah Chittoor di Andhra Pradesh, Ahad lalu. Polis tiba ke lokasi kejadian selepas mendapat maklumat orang ramai. Polis mengenal pasti mangsa sebagai Alekhya, 27, dan adiknya, Sai Divya, 22. Polis mengatakan selepas pembunuhan, bapa gadis itu memberitahu rakannya melalui telefon mengenai kejadian sebelum melaporkan kepada polis. Polis menahan…

Read More

Doktor Ini Tergamam Dengar Cerita Seorang Pelajar Perempuan. | Seorang doktor dikenali sebagai Redza Zainol di laman Twitter, berkongsi satu kisah sedih di mana seorang pelajar perempuan dipercayai telah dirogol dan dicabul oleh bapa kandungnya sendiri. Kejam! Dicabul dan dirogol bapa sendiri Menerusi thread tersebut, doktor ini menceritakan pengalamannya menerima satu laporan polis yang telah dibuat oleh seorang guru kepada pelajar perempuan ini. Laporan tersebut dibuat kerana gurunya, mengesyaki bapa kepada pelajarnya itu telah melakukan salah laku jenayah seksual terhadap anaknya. Namun, pelajar itu pada mulanya hanya berdiam diri dan tidak mahu menceritakan perkara yang sebenar. Tetapi atas pujukan demi…

Read More

Seorang Wanita Sudah Meninggal Dunia Pulang Ke Rumah. | MADRID: Seorang wanita berusia 85 tahun yang sebelum ini dikatakan sudah meninggal dunia akibat COVID-19 mengejutkan ahli keluarga dan sanak saudaranya apabila dia kembali semula ke rumah jagaan orang tua yang didiaminya, lapor Reuters. Khabar itu sangat tidak disangka, memandangkan seluruh ahli keluarga Rogelia Blanco telahpun difahamkan bahawa wanita itu telah selamat dikebumi. Mereka telah diberitahu pihak hospital bahawa wanita itu meninggal dunia akibat COVID-19 pada 13 Januari lalu dan dikebumi pada keesokan harinya, lapor akhbar tempatan La Voz de Galicia. Disebabkan protokol yang ditetapkan pemerintah, mereka semua tidak boleh menghadiri…

Read More

Anak, Bapa Meninggal Dunia Selang Beberapa Jam. | TAPAH – Seorang warga emas meninggal dunia selang beberapa jam selepas anak lelakinya ditemui mati di sebuah rumah di Kampung Baru Temoh Stesen, Temoh di sini pada Ahad. Hasbollah Ahmad, 75, yang mengalami strok dan beberapa penyakit lain seperti darah tinggi dan kencing manis sempat dimandikan anaknya yang meninggal dunia itu. Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, dalam kejadian sekitar jam 10.50 pagi itu, anak lelaki mangsa, Zulfahmi Hasbollah, 46, ditemui tidak sedarkan diri di luar bilik mandi rumahnya. “Mangsa dikatakan terjatuh ketika kejadian dan meninggal dunia di…

Read More

Lelaki Simbah Air Panas Pada Anggota Penguat Kuasa. | MUAR: Suami kepada seorang pemilik kedai makan didakwa menyimbah air panas bercampur minyak pada anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Muar (MPM) di Jalan Omar, Parit Jawa, di sini, malam kelmarin. Lelaki itu didakwa bertindak sedemikian kerana berang ketika anggota penguat kuasa melakukan pemantauan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) peraturan operasi perniagaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Yang Dipertua MPM, Mustaffa Kamal Shamsudin, berkata dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, anggota penguat kuasa mendapati pemilik kedai makan terbabit melanggar peraturan ditetapkan bagi mengawal penularan COVID-19. “Ketika anggota penguat kuasa berada…

Read More

Barang Selalu Hilang Dlm Rumah.Rupa-rupanya Ada Sesuatu Atas Loteng Rumah. | Seorang wanita berasa pelik apabila barangan milik anaknya selalu hilang dan sistem CCTV juga tidak berfungsi. Lagi mengejutkan, pada suatu hari ketika pulang ke rumah, dia mendapati penyaman udara berfungsi dan makanan di masak separuh. Baca selanjutnya. Sydney: Seorang ibu berdepan situasi menyeramkan selepas mendapati ada individu tidak dikenali tinggal di atas loteng rumahnya selama tiga minggu . Kejadian berlaku ketika Monica Green dari Rockhampton, Queensland, menyedari sesuatu yang tidak kena di rumahnya. Ia selepas dia mendapati sistem keselamatan rumahnya tidak berfungsi seperti biasa dan barangan anaknya hilang. Awalnya…

Read More

Wanita Terdesak Curi Di Pasar Raya. Ini Tindakkan Polis. SYABAS!.| Kuala Lumpur: Terdesak hingga sanggup mencuri makanan dan cecair penyejuk untuk mengubati demam anaknya. Itu kesusahan hidup seorang wanita hingga sanggup mencuri di pasar raya di Petaling Jaya, semalam. Bagaimanapun, sebaik menerima laporan polis dibuat pasar raya berkenaan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal tampil membantu wanita itu termasuk tidak meneruskan tindakan (NFA) atas jenayah dilakukan wanita berusia 30-an itu. Nik Ezanee berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada pihak pasar raya yang menangkap ibu tiga anak itu mencuri pelekat penyejuk badan, kek dan sosej kira-kira…

Read More

Seorang Lelaki Disaman Oleh Anaknya Sendiri Berjumlah RM800k. | Bandung: Seorang wanita di daerah Cinambo, di sini, sanggup memfailkan saman terhadap bapa kandungnya sendiri sebanyak tiga bilion rupiah (RM864,000) di Mahkamah Daerah Khas Bandung. Kompas.com, melaporkan, Koswara, 85, disaman anak ketiganya, Masitoh yang merupakan seorang peguam. Masitoh dikatakan bersama abangnya, Deden mengemukakan saman terhadap harta peninggalan bapanya itu. Wanita itu bagaimanapun meninggal dunia sehari sebelum sesi perbicaraan berlangsung di mahkamah. Masitoh dilaporkan maut akibat serangan jantung dan dikebumikan semalam iaitu tarikh sama bagi perbicaraan kes di mahkamah berkenaan. Untuk rekod, Koswara memiliki enam anak iaitu yang pertama bernama Imas diikuti…

Read More

Pembantu Perubatan Maut Terjun Bangunan Hospital. | Ipoh: Seorang pembantu perubatan berusia 32 tahun meninggal dunia selepas terjun dari tingkat tiga bangunan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam. Difahamkan, lelaki berasal dari Chemor itu menderita masalah kesihatan. Dia dilapor meninggalkan nota yang mengatakan tidak lagi dapat menangani masalah kesihatannya dan tidak dapat berfikir dengan jelas selain meminta maaf kepada keluarga dan rakan-rakannya. Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pengawal keselamatan terjumpa mayat lelaki itu, berpakaian seragam hospital biru, di parkir motosikal hospital jam 6.45 petang. Menurutnya, mangsa disahkan mati di tempat kejadian akibat parah…

Read More

Seorang Siak Masjid Ditemui Meninggal Dunia Dalam Longkang. Alfatihah. | Dungun: Seorang siak ditemukan mati di dalam longkang di kawasan Masjid Hadhari Paka, di sini, hari ini. Mangsa, Abdul Hamid Mat Zahari, 45, ditemukan bilal masjid terbabit, Che Ku Mohd Fauzi Che Engku Mohd Razali, pada 12.50 tengah hari. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. Menurutnya, bilal terbabit yang tinggal di Kampung Batu 7, dikatakan terkejut sebaik menemui mangsa di dalam longkang terbabit sebaik keluar dari tandas masjid. “Bilal terbabit yang terkejut dengan kejadian itu beberapa kali mengejutkan mangsa dan mendapati…

Read More