Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Bunuh Diri. Wanita Terjun Bangunan Sambil Memeluk Bayinya. | Hong Kong: Seorang wanita kaya kacukan China-Amerika ditemukan maut dalam keadaan berbogel selepas terjun dari pangsapuri sambil memeluk bayinya berusia lima bulan. Dilaporkan, mangsa, Luo Lili, 34, mengambil keputusan itu selepas kecewa dengan kekasihnya yang enggan mengahwininya selepas mengandungkan bayinya. Media tempatan Hong Kong melaporkan keadaan sangat menyedihkan apabila mangsa terjun dari pangsapuri berkenaan sambil mendukung bayinya. Beberapa laporan mengatakan mangsa mengalami kemurungan selepas melahirkan bayi. Bayi perempuannya, Aier yang baru berusia lima bulan juga meninggal dunia di sisi ibunya. Polis Hong Kong mengatakan kejadian berlaku di sebuah blok pangsapuri di…

Read More

Jumpa Mayat Reput Ketika Kemas Rumah.| Alor Gajah: Mayat lelaki ditemukan di sebuah rumah tidak berpenghuni di Taman Kuala Permai, Kuala Sungai Baru, di sini, pagi semalam. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mayat itu ditemukan adik kepada pemilik rumah berkenaan. Menurutnya, siasatan awal mendapati rumah teres itu sudah tidak berpenghuni sejak 2005. “Adik kepada pemilik rumah berkenaan datang semalam untuk mengemas. Semasa sedang mengemas, pengadu tidak menghidu sebarang bau busuk. “Namun ketika hendak mengemas sebuah bilik, pengadu menjumpai mayat dalam keadaan terlentang. Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)…

Read More

Tak Dapat Bayar Hutang. Ini Balasan Yang Lelaki Ini Dapat. | Hanoi: Gambar seorang lelaki dibalut plastik dan diikat di sebatang pokok di Hanoi kerana didakwa gagal membayar tatu dibuatnya, tular di media sosial Vietnam. Lebih malang, kejadian itu berlaku ketika negara itu sedang berdepan ‘musim sejuk’ dengan suhu di bawah 10 darjah Celsius. Oddity Central melaporkan ketika kejadian, beberapa individu melihat seorang lelaki muda, tidak memakai baju dan hanya memakai topi keledar basikal. Tubuhnya dibalut dengan plastik dan diikat pada pokok dengan kertas yang bertulis ‘saya benci membayar tatu.’ Gambar lelaki itu disiarkan di media sosial dan menjadi viral.…

Read More

Terpaksa Usung Mayat Ke Bank Untuk Keluarkan Duit. | New Delhi: Beberapa individu di India mengejutkan kakitangan sebuah bank apabila membawa mayat jiran mereka ke premis berkenaan. Mereka bertindak sedemikian bagi menuntut untuk mengeluarkan wang simpanan si mati untuk diguna menguruskan upacara pembakaran mayatnya. Gulf News melaporkan Mahesh Yadav, 55, meninggal dunia di kampung di timur Bihar, selepas sekian lama menanggung penyakit dan dia tidak mempunyai ahli keluarga. Mayatnya ditemui jiran beberapa jam selepas lelaki itu meninggal dunia, kata pegawai kepada AFP. Penduduk kampung kemudian menggeledah rumahnya bagi mendapatkan barang berharga untuk membayar upacara pengebumiannya, tetapi tidak menemui apa-apa. Mereka…

Read More

Covid-19. Hari Ini Mencatatkan Kes Tertinggi Harian. | Putrajaya, 12 Jan – Sebanyak 3,309 kes baru COVID-19 dicatatkan hari ini, sekaligus menjadi jumlah harian tertinggi dicatatkan setakat ini. Angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia sebanyak 141,533 kes, tulis Kementerian Kesihatan (KKM) sebentar tadi. Menurut kemaskini KKM, kira-kira 78 peratus kes baharu datang dari negeri-negeri yang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bakal dilaksanakan Rabu ini. Antara negeri tersebut adalah Selangor, 1,007 kes, Johor, 442 kes dan Sabah, 409 kes. Sementara itu, sebanyak 1,469 kes sembuh telah direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyal 78.1 peratus, bersamaan…

Read More

Seorang Lelaki Terkejut Ada Kuku Tajam Menembusi Siling Rumahnya. | CANBERRA, Australia – Seorang lelaki di Australia menarik perhatian netizen apabila memuat naik gambar kuku tajam seakan-akan milik serigala jadian yang menembusi siling sebuah kediaman di laman Reddit. Menurut laporan akhbar The Sun UK kelmarin, rata-rata pengguna Reddit yang melihat gambar itu menyatakan mereka kini berasa bimbang sehingga tidak mampu tidur lena. Ada juga yang menyifatkan misteri cakar tajam dengan tapak kaki berbulu itu menyebabkan mereka mimpi buruk. “Saya rasa seperti ada satu pembunuhan akan berlaku,” tulis seorang pengguna. “Adakah itu serigala jadian?” komen netizen lain. Bagaimanapun, pemilik gambar…

Read More

Saluran Pernafasan Seorang Lelaki Pecah Kerana Tahan Bersin. | Seorang lelaki berusia 34 tahun di England telah dimasukkan ke wad kecemasan di Leceister Royal Infirmary Hospital selepas dia tanpa sedar, telah memecahkan saluran pernafasan sendiri. Puncanya? Hanya kerana lelaki malang itu cuba menahan bersin. Media antarabangsa melaporkan, lelaki itu seperti terasa letupan kecil di bahagian tekaknya, disusuli dengan rasa kesakitan yang mendalam, selepas dia menahan bersin. Ekoran situasi itu, lelaki berkenaan mengadu mengalami kesukaran untuk menelan atau bercakap. Pemeriksaan lanjut doktor mendapati terdapat kesan bengkak yang ketara di bahagian tekak dan leher. Imbasan X-ray menunjukkan tekaknya telah pecah dan angin…

Read More

Isteri Terkejut Suami Pulang Lepas 4 Hari Dikebumikan. | Seorang wanita yang menyangka telah mengebumikan suaminya terkejut apabila suaminya itu pulang dalam keadaan masih bernyawa. Lebih mengejutkan, suaminya dilaporkan pulang ke rumah selepas empat hari pengebumian dilakukan. Sebelum kejadian itu, Victoria Sarmiento menghabiskan masa beberapa hari mencari suaminya Julio, 65, yang tidak pulang ke rumah. Bimbang dengan keadaan itu, Victoria yang berasal dari El Carmen, Honduras, membawa dokumen pengenalan suaminya ke sebuah hospital pada 30 Disember, di mana kakitangan memberitahu bahawa suaminya itu meninggal dunia kerana kritikal akibat Covid-19, baru-baru ini. Dia dilaporkan melihat jasad suaminya di bilik mayat Hospital…

Read More

Wanita Maut Terjun Bangunan Kerana Cemburu. | Melaka: Gara-gara cemburu, seorang pelajar wanita sebuah universiti swasta di sini maut selepas dipercayai terjun dari tingkat 18 sebuah pangsapuri di Bukit Beruang di sini, awal pagi kelmarin. Tindakan `nekad’ gadis berusia 21 tahun itu selepas dikatakan teman lelakinya menjalinkan hubungan percintaan dengan seorang wanita lain menyebabkan mangsa mengambil keputusan terjun dari kediaman berkenaan. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, dalam kejadian 1.30 pagi itu, mayat pelajar terbabit ditemui beberapa rakannya di atas tanah di belakang blok kediaman asrama mereka. Beliau berkata, mangsa dipercayai terjun dari tingkat 18 pangsapuri…

Read More

Perselisihan Faham Urusan Jual Beli Tayar Kereta Punca Dibunuh. | Puchong: Perselisihan faham dalam urusan jual beli tayar kereta dipercayai menjadi motif pembunuhan seorang ahli perniagaan yang dilaporkan hilang pada 31 Disember lalu. Mangsa yang berusia 70 tahun dilaporkan hilang selepas keluar menaiki kereta milik pelanggannya di sebuah pusat servis kenderaan di Kampung Kayu Ara, Damansara di Petaling Jaya. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima laporan dibuat anak mangsa berusia 44 tahun selepas mendapati ayahnya masih tidak pulang ke rumah pada 9 malam. “Pengadu dimaklumkan oleh adiknya yang menerima mesej daripada sebuah…

Read More