16 Kluster Baharu Covid-19 Dikesan Hari Ini. | Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 16 kluster baharu Covid-19, hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 11 daripadanya membabitkan kluster tempat kerja, manakala lima kluster komuniti. “Kluster Tapak Bina Jalan Abdul Aziz di Seksyen 19, Petaling Jaya, mengesan 56 individu positif Covid-19 dan Kluster Bestari Rantau di Taman Bestari, Rantau Panjang, Klang sudah menjangkiti 16 orang. “Kedua-dua kluster ini dikesan hasil saringan bersasar di tapak binaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Dr Noor Hisham berkata, Kluster Jalan Sejahtera membabitkan daerah Titiwangsa dikesan hasil…
Author: Admin Soleh
Covid-19. Ahli Keluarga Terpaksa Beratur Panjang Isi Tabung Oksigen. | Menyayat Hati, Foto-foto Ahli Keluarga Pesakit COVID-19 Dilapor Terpaksa Beratur Panjang Isi Tabung Oksigen Untuk Orang Tersayang Demi insan tersayang, ahli keluarga dan saudara mara pesakit COVID-19 di Brazil dilaporkan beratur selama berjam-jam untuk mengisi tangki oksigen, lapor Daily Mail. Negara itu kini sedang bergelut dengan kes varian COVID-19 baharu dan doktor di hospital di Manaus terpaksa untuk memilih pesakit mana yang perlu mendapatkan oksigen terlebih dahulu. Dari subuh sehingga senja, ahli keluarga beratur di luar loji oksigen Carboxi semasa hujan lebat pada Selasa. Mereka hadir dengan tangki hijau berat…
Imam Abdul Karim Omar Kongsi Keperitan COVID-19. Allahu. | Virus Covid-19 kini makin mengganas kerana setiap hari kita akan dikejutkan dengan kes baharu dengan tiga angka. Baru-baru ini juga, ramai dikalangan ahli politik dan Menteri Kabinet dijangkiti Covid-19 ini. Imam Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki juga disahkan positif Covid-19 ini. Di bawah merupakan perkongsian daripada beliau tentang keperitan dijangkiti Covid-19. “Kali pertama saya berada di wad kecemasan Hospital Sungai Buloh, saya sudah nampak katil putih di depan saya. “Kemungkinan inilah hari terakhir saya di alam dunia ini..” Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz…
KKM Dedah Punca Doktor Ali Meninggal Dunia. Alfatihah. | Semalam Kita dikejutkan dengan pemergian seorang Doktor yang bertugas melawan Covid-19. Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesahkan punca Doktor berkenaan meninggal dunia bukan sebab penat tetapi disebabkan pendarahan di dalam otak. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan Dr Ali Noor Hassan meninggal dunia disebabkan pendarahan dalam otak dan bukan akibat terlampau penat dengan beban tugas. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, arwah yang bertugas di sebuah klinik kesihatan di Cheras mengalami penyakit ‘aneurysm’ dalam otak dan disahkan meninggal dunia pada 18 Januari lalu. “Beliau dikesan mempunyai penyakit lain…
Menteri Perpaduan Negara Disahkan Positif Covid-19. | Makin hari ramai Ahli Parlimen dan menteri disahkan positif Covid-19. Yang terbaru, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique diuji positif Covid-19 pada Selasa. Menerusi satu kenyataan, beliau membuat saringan pada Isnin sebelum disahkan positif pada hari ini. “Datuk Halimah akan menjalani rawatan dan tempoh kuarantin sebagaimana yang telah diarahkan. “Beliau akan dipantau serta mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh Kementerian Kesihatan (KKM). “Datuk Halimah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan beliau dan memohon maaf di atas segala kesulitan dan masalah yang timbul akibat perkembangan ini,” ujar kenyataan itu.…
Imam Masjid Negeri Selangor Positif Covid-19. | Shah Alam: Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) Shah Alam yang juga qari terkenal, Abdul Karim Omar disahkan positif Covid-19 dan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh. Menurutnya, ahli keluarga beliau yang turut positif dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). Dalam perkongsian menerusi sesi siaran langsung Instagram bersama selebriti dan aktivis kemanusiaan Nur Heliza Helmi dan adiknya Nur Hazwani Afiqah semalam, imam itu berkata beliau menjalani ujian saringan selepas seorang rakan yang ditemuinya sebelum ini disahkan positif jangkitan. Katanya,…
Lelaki Curi Kereta Patah Balik Pada Owner Sebab Ada Sesuatu Dalam Kereta. | Seorang wanita di Oregon bernasib baik apabila anaknya yang ‘dilarikan’ bersama kereta yang dicuri dipulangkan semula ke pangkuannya. Malah, menurut Fox32, suspek yang mencuri kenderaan itu sempat memarahi wanita berkenaan kerana meninggalkan si anak di dalam kereta bersendirian. Suspek kemudiannya dikatakan beredar dari situ selepas menghantar kanak-kanak lelaki berusia empat tahun berkenaan. Kejadian itu dikatakan berlaku pada 9 pagi Sabtu di luar sebuah pasaraya di Beaverton ketika si ibu pergi membeli barang keperluan, lapor portal berkenaan. Wanita itu dikatakan meninggalkan anaknya di dalam kereta yang masih hidup…
Puluhan Penduduk Tahan Ambulan Ambil Mayat Pesakit Covid. | Puluhan penduduk di sebuah desa di Jatirogo, Jawa Timur bertindak menahan sebuah ambulan dan mengambil secara paksa jenazah seorang pesakit Covid-19 untuk dikuburkan sendiri tanpa mengikut protokol pengebumian oleh petugas kesihatan. Di dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini di Desa Karangtengah, penduduk dikatakan tidak percaya bahawa jenazah yang juga seorang tokoh masyarakat di kawasan tersebut telah disolatkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan. Ketika kejadian, petugas kesihatan yang mengiringi jenazah di dalam ambulan telah menunjukkan kepada penduduk video rakaman solat jenazah yang telah dilakukan ke atas arwah oleh petugas. Selain itu, petugas…
TERHARU.Ibu Bapa Selamatkan Anak Daripada Banjir Dengan Peti Ais Dan Kuali. | Beberapa gambar ibu bapa mangsa banjir yang berlaku di Kalimantan Selatan (Kalsel) baru-baru ini telah beredar di media sosial. Usaha mereka untuk menyelamatkan anak-anak mereka dari banjir ini telah menyentuh ramai hati warganet. Seperti yang diketahui, kerana hujan yang turun secara berterusan dan air sungai yang melimpah, telah terjadi banjir besar di Kalimantan Selatan. Hingga kini, puluhan ribu rumah dilaporkan telah dinaiki air sehingga menyebabkan ratusan ribu penduduk kehilangan tempat tinggal. Malah ada yang difahamkan masih lagi terperangkap akibat daripada banjir itu. Disebabkan itu, ada yang sedang berusaha…
Virus Covid Pada Aiskrim Di China. 65 Telah Dijual Pada Orang Awam. | VIRUS COVID-19 dikesan pada ais krim di China selepas tiga sampel diuji positif. Pihak berkuasa di Perbandaran Tianjin, utara China kini sedang mengesan individu yang mempunyai kontak dengan bekalan ais krim yang dikeluarkan The Daqiaodao Food Company. Kesemua produk yang dikeluarkan syarikat itu telah diasingkan selepas sampel-sampel yang dihantar ke pusat kawalan penyakit perbandaran itu diuji positif minggu ini, menurut laporan Sky News. Hasil siasatan epidemiologi awal menunjukkan syarikat itu mengeluarkan stok ais krim berkenaan menggunakan bahan mentah termasuk serbuk susu yang diimport dari New Zealand…
