Covid – 19. Kumpulan Pelajar Ini Diarahkan Kuarantin. Ustaz Ebit Lew Dedahkan Apa Yg Jadi Waktu Kuarantin Tu Buat Ramai Terharu. | Penularan Covid-19 di Malaysia semakin meruncing apabila laporan terbaharu mencatatkan kes meningkat kepada 428 kes. Keadaan ini menyebabkan pihak berkuasa mengambil langkah berjaga-jaga termasuk melakukan pemeriksaan terhadap ribuan individu dari beberapa negeri yang menyertai program keagamaan di Masjid Sri Petaling kerana dibimbangi dijangkiti wabak koronavirus. Penceramah bebas, Ebit Lew, menerusi laman Facebook miliknya berkongsi foto sekumpulan pelajar Miftahul Ulum Sri Petaling Masjid Sri Petaling yang sedang dikuarantin atas arahan KKM. Menurutnya, kesemua pelajar menghabiskan 30 juzuk Al-quran berulang-ulang…
Author: Admin Soleh
Covid – 19 .Penduduk Sepanyol Keluar Tepuk Tangan Di Balkoni Rumah. Ini Puncanya. |Penduduk Sepanyol keluar bertepuk tangan di balkoni rumah. Beberapa penduduk menceritakan mereka bertepuk tangan selepas pengumuman perdana menteri. Sepanyol antara negara yang terjejas kerana Covid-19 dengan 5, 753 kes sehingga kerajaan negara itu mengambil keputusan untuk ‘menutup’ bandar-bandar di negara itu. Penduduk Sepanyol juga diarah untuk tidak keluar dan duduk di dalam rumah. Namun, tular beberapa video di laman sosial yang menunjukkan mereka bersama-sama memberikan tepukan yang gemuruh dari tingkap dan balkoni rumah masing-masing. Tepukan itu adalah sebagai tanda terima kasih kepada petugas kesihatan barisan hadapan…
Seram. Terakam Entiti Manusia Lintas Jalan Menembusi Kereta. Ada Video. | Pasti ramai di antara kita yang pernah mempunyai pengalaman mistik. Walaupun keadaan itu sukar dipercayai, namun apa yang dilihat pastinya boleh menganggu fikiran seseorang. Perkara sebegini telah dilaporkan beberapa kali di media sosial terutamanya. Bahkan, ianya telah menimbulkan ketakutan dalam diri yang melihatnya. Menerusi perkongsian di Twitter The Sun, satu video yang memaparkan kejadian mistik ini telah tular dan mungkin tidak boleh diterima akal. Video yang berdurasi selama 1.02 minit ini memaparkan kelibat sosok seperti manusia yang sedang melintasi jalan. Yang peliknya, entiti ini dilihat melintasi satu jalan yang…
Pemilihan Bersatu. Ini Cabaran Tun Mahathir Terhadap PM 8. | Ramai mengetahui status hubungan Tun M dengan PM 8 selepas PPBM keluar dari PH. Tak sangka ini cabaran Tun Mahathir kepada PM 8. Baca selanjutnya. Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) adalah medan terbaik untuk ahli memilih sama ada beliau atau Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sambil mengakui BERSATU kini sudah berpecah dua kumpulan, bekas Perdana Menteri bagaimanapun berkata, situasi itu adalah suatu kelaziman yang dialami semua parti politik. “Tidak lama lagi ada pemilihan BERSATU, mungkin dia akan bertanding dan saya juga akan tanding. Kita tengoklah…
Subhanallah. Laut Terbelah Di Pulau Langkawi. Ini Puncanya. | Hampir 200 pengunjung di Pantai Tanjung Rhu, pagi ini teruja apabila berpeluang berjalan kaki sejauh 600 meter di atas beting pasir yang menghubungkan pantai itu ke tiga pulau kecil berhampiran susulan fenomena ‘laut terbelah’ akibat air surut. Pakar Alam Semulajadi Tanjung Rhu Resort Langkawi, Zoher Mustan berkata, aktiviti berjalan menyusuri beting pasir yang berlaku selama dua jam itu dapat dirasai para pengunjung pantai dan resort itu setahun sekali. “Beting pasir ini boleh berlaku di banyak tempat di Malaysia termasuk di Langkawi. Setiap kali bulan penuh, fenomena air surut (akan berlaku) hingga…
Pertikai Jumlah Menteri Ramai. Ini Jawapan PM Buat Ramai Setuju.| Selepas PM melantik Menteri Kabinet yang baru, ada suara-suara yg mempertikaikan jumlah besar dilantik menjadi menteri. Tak sangka ni Jawapan PM. Baca selanjutnya. “Saya bersedia untuk mengambil cabaran tersebut. Saya mahu gaji saya dipotong, mungkin lima atau 10 peratus,” kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata demikian ketika ditanya apakah kerajaan mempertimbangkan pemotongan gaji jemaah menteri memandangkan barisan Kabinet kali ini adalah lebih besar berbanding sebelumnya. Bagaimanapun menurut Muhyiddin, cadangan tersebut tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikannya buat pertama kalinya pagi tadi. Namun beliau percaya, kebanyakan menteri…
Didakwa Tidak Punya Sokongan Majoriti. Ini Jawapan TEGAS PM. |Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, pilihan raya mengejut tidak akan diadakan, sambil menegaskan kerajaan Perikatan Nasional yang baru dibentuk akan berkhidmat kepada rakyat sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). “Jika anda mahu diadakan pilihan raya mengejut, saya tidak mahu itu (pilihan raya mengejut). Ini bukan masa yang sesuai…kami berada di sini untuk berkhidmat,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet beliau di Perdana Putra, di sini hari ini. Muhyiddin berkata, kerajaan baharu sudah dibentuk untuk berkhidmat kepada rakyat. “Rakyat berharap bahawa kerajaan ini akan berkhidmat…
Kerajaan tanpa Manifesto. Ini Permintaan PM Kepada Semua Kementerian.| Kita mengetahui kerajaan Malaysia hari ini ditubuhkan oleh gabungan baru iaitu Perikatan Nasional selepas Tun Mahathir letak jawatan. Kerajaan ini tiada manifesto yang khusus kerana ia dibentuk selepas PRU. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setiap kementerian dan jabatan diarah mengemukakan cadangan mengenai perkara dan dasar pembangunan untuk manfaat rakyat dan kumpulan tertentu termasuk pelabur. Perdana Menteri berkata, langkah itu perlu kerana kerajaan yang ada hari ini terbentuk dalam keadaan luar biasa tanpa manifesto khusus. “Banyak perkara disentuh dalam mesyuarat hari ini, umpama kita kerajaan baharu dibentuk, rakyat dan mungkin pelabur asing…
Ini Keputusan Muktamad Pakatan Harapan Jika Kembali Berkuasa.| Pakatan Harapan (PH) akan menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukannya Tun Dr Mahathir Mohamad, bagi menerajui pentadbiran negara jika parti itu kembali berkuasa. Perancangan itu dinyatakan Presiden PH, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, sambil menegaskan parti itu bersedia untuk menghadapi apa saja kemungkinan termasuk jika pilihan raya umum diadakan secara mengejut. “Saya akan mengadakan perbincangan, dan saya fikir mungkin ia (jawatan Perdana Menteri) akan menjadi milik Anwar,” kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu dalam temu bual bersama Haslinda Amin di saluran televisyen Bloomberg hari ini. Wan Azizah yang juga…
Ini Janji Hishammudin Lepas Dilantik Sebagai Menteri Luar. | Agenda utama Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang baru dilantik ialah memperkasakan hubungan antarabangsa bukan hanya dalam kalangan negara-negara serantau, tetapi juga dengan lebih banyak negara di seluruh dunia. Ahli Parlimen Sembrong itu juga berjanji akan menggandakan usaha dengan sedaya upaya saya bagi melonjakkan lagi nama baik negara sekali gus memastikan Malaysia semakin disegani dan dihormati di peringkat antarabangsa. Menurut beliau, agenda berkenaan menjadi keutamaan beliau seiring dengan harapan rakyat Malaysia yang berhasrat melihat nama negara kembali gemilang di mata dunia. “Justeru, saya berjanji akan berusaha dengan sedaya upaya…