Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Berang Tak Dapat Beli Arak. Abang Pukul Adik. | Butterworth: Berang ditegur kerana kerap meminta wang daripada ibu mereka untuk membeli minuman keras menyebabkan seorang penganggur memukul adiknya dengan kerusi plastik di sebuah rumah di Taman Desa Murni di sini, petang semalam. Dalam kejadian pada 6 petang itu, adik lelaki itu berusia 31 tahun yang tinggal di Paya Terubong ke rumah itu untuk melawat ibu bapanya tetapi dikejutkan dengan perbuatan abang sulungnya berusia 34 tahun mendesak ibu mereka untuk memberikan wang. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, adiknya menegur supaya menghentikan perbuatan itu namun…

Read More

Kecut Perut Lihat Seorang Kanak-Kanak Atas Bumbung Apartmen.| SHAH ALAM – Satu klip video yang memaparkan seorang kanak-kanak sedang berjalan di atas bumbung sebuah apartmen tular di media sosial sejak beberapa hari lalu. Menerusi perkongsian di laman Facebook Rizal Hakimm, klip video berdurasi 0:26 saat itu memaparkan kelibat kanak-kanak berkenaan berada seorang diri di atas bumbung apartmen terbabit yang dipercayai terletak sekitar Kajang. Sehingga jam 6 petang tadi, video tersebut yang dimuat naik sejak 26 November lalu telah mendapat sebanyak 146 perkongsian dan 178 komen daripada netizen yang rata-ratanya menyatakan kebimbangan risiko bahaya berikutan tindakan kanak-kanak itu. Seorang netizen dikenali…

Read More

Meninggal Dunia Lepas Selesai Solat Maghrib Berjemaah. | Kluang: “Saya lihat mulutnya terkumat-kamit ketika diajarkan mengucap dua kalimah syahadah,” kata saksi kejadian seorang noja Masjid Jamek Al-Yahya, Taman Kluang Barat di sini, yang meninggal dunia sebaik selesai solat Maghrib berjemaah malam tadi. Dalam kejadian kira-kira 7.20 malam itu, Ibrahim Yasir, 70, menghembuskan nafas di pangkuan seorang jemaah, Kapten (B) Harun Othman, 59. Menurut Harun, sebaik selesai solat Maghrib, dia melihat arwah melambai sebanyak empat kali kepadanya sebelum dia menghampirinya untuk mendapatkan kepastian. “Ketika itu jemaah baharu sahaja habis mengaminkan doa dibaca imam dan sebaik menghampiri arwah, dia minta urut badan…

Read More

Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Dicampak Dari Tingkat Empat. | Kuala Lumpur: Kanak-kanak berusia empat tahun maut dipercayai dicampak dari tingkat empat apartment di Danau Kota, di sini, hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 8 pagi. “Siasatan mendapati, suspek warga Nigeria berusia 42 tahun cuba merogol salah seorang anak tirinya yang sedang tidur di ruang tamu namun cuba dihalang oleh isteri dan anak-anak yang lain. “Anak tiri mangsa berusia 19 hingga 29 tahun itu cuba menghalang suspek berang dengan kejadian itu, suspek mengamuk…

Read More

Seorang Lelaki Tak Sedarkan Diri Dalam Kereta. | Kuala Selangor: Seorang lelaki tidak sedarkan diri terperangkap dalam kereta akibat mabuk di hadapan sebuah restoran di Bandar Baru Kuala Selangor, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, orang ramai yang melalui lokasi itu berasa curiga melihat kereta yang diparkir di hadapan restoran terbabit. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8.11 malam. “Sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian. “Sejurus tiba, terdapat seorang lelaki berada dalam kereta…

Read More

Doktor Maut Ditetak Perompak Di Rumah Miliknya. | Kuala Lumpur: Doktor maut dipercayai ditetak dalam kejadian rompakan di rumahnya di Bangsar di sini, pagi ini. Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, mangsa bersama isterinya berada di rumah sebelum diserang dua lelaki yang memecah masuk mereka. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika bekalan elektrik di kawasan perumahan berkenaan terputus. “Berdasarkan maklumat awal, dua lelaki bersenjata tajam memecah masuk rumah mangsa. “Mangsa cedera ditetak suspek di bahagian leher dan badan manakala isteri ditetak di bahagian tangan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini. Beliau berkata,…

Read More

Selsema Burung Dikesan Di Jepun. |TOKYO, 26 Nov (Bernama) — Sejumlah 146,000 ekor ayam akan dihapuskan di Hyogo, yang menjadi wilayah ketiga dijangkiti virus selesema burung, lapor agensi berita Sputnik, memetik media Jepun pada Khamis. Pihak berkuasa juga telah melaksanakan kuarantin pada jarak 10 kilometer (lebih enam batu), yang melarang semua pergerakan melibatkan ternakan dan telur ayam, lapor agensi berita Kyodo. Selsema H5 yang sangat patogenik pertama kali dikesan di sebuah ladang ternakan di wilayah Kagawa, dengan hampir 4,000 ayam mati antara 1 dan 4 November. Sejak itu, tujuh lagi wabak dikesan di wilayah ini, dan pihak berkuasa memerintahkan pembasmian…

Read More

Seorang Lelaki Cedera Parah Ditetak 2 Lelaki. | Teluk Intan: Lelaki parah selepas diserang dan ditetak dua lelaki tidak dikenali yang dipercayai bersenjatakan parang dalam kejadian di sebuah pasar mini di Jalan Kampung Banjar di sini, semalam. Sebelum kejadian, mangsa berusia 46 tahun itu datang ke premis itu untuk membeli barang pada 8.30 pagi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, sebaik selesai membuat bayaran, mangsa yang keluar dari premis mendapati sebuah kereta Honda City berwarna kelabu berhenti berhampiran dengannya. Menurutnya, kemudian dua lelaki yang memakai pakaian berwarna gelap berserta topeng muka keluar daripada kereta itu…

Read More

KEJAM. Pasangan Suami Isteri Guna Pisau, Gunting, Periuk Dera Amah. | Kuala Lumpur: Hanya kerana tidak puas hati dengan prestasi kerja, suami isteri dipercayai mendera pembantu rumahnya sehingga mangsa cedera di seluruh badan. Bagaimanapun, perbuatan itu terbongkar selepas orang awam membuat laporan polis pada 11 pagi semalam. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya bersama sepasukan anggota dari Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Bukit Aman membuat pemeriksaan di rumah pasangan itu di Taman Batu Jinjang, di sini, pada 3 petang, semalam. “Dalam serbuan itu, kami menyelamatkan seorang wanita warga Indonesia berusia 26 tahun yang…

Read More

Sedih Jumpa Mayat Sahabat Dlm Rumah Lepas 4 Hari Tak Jumpa. | KUALA PILAH: Rasa tidak sedap hati susulan empat hari tidak bertemu sahabat karibnya membawa kepada penemuan mayat di sebuah rumah di Kampung Kabong, Inas, dekat sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, Jamaluddin Arifin, 58, terkejut apabila meninjau ke dalam rumah dan mendapati rakannya, Zainal Abidin Salleh, 52, terbaring kaku di atas lantai rumah. Menurut Jamaluddin, kali terakhir dia bertemu dengan rakannya itu adalah pada hari Jumaat lalu dan kebiasaannya pada siang hari sahabatnya itu akan membuka pintu rumah. “Pagi ini bila saya menunggang motosikal…

Read More