TERKINI. 6 Individu Disyaki Serang Anggota PGA Ditahan.| PADANG BESAR: Enam daripada 13 individu yang disyaki mendalangi serangan bersenjata api terhadap dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) hingga menyebabkan seorang terkorban awal pagi tadi, sudah ditahan pihak berkuasa. Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, berkata dua daripada suspek terbabit ditahan oleh pasukan keselamatan Malaysia, manakala empat lagi ditahan pihak berkuasa Thailand. Beliau berkata, usaha memburu baki tujuh lagi anggota kumpulan penyerang itu sedang dijalankan pihak berkuasa kedua-dua negara. Sumber : BH KUALA LUMPUR: Insiden tembakan yang mengorbankan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand…
Author: Admin Soleh
Anggota PGA Maut Ditembak. Ini Arahan Terkini Menteri Dalam Negeri. | KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti penjenayah yang melakukan serangan ke atas dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika bertugas di sempadan Malaysia-Thailand, awal pagi Selasa. Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kerajaan memandang serius kejadian itu dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terutamanya kumpulan penyeludup yang melakukan aktiviti jenayah rentas sempadan. Dalam satu kenyataan yang dikongsi di Facebook Kementerian Dalam Negeri, beliau berkata berdasarkan siasatan awal, kumpulan penjenayah itu terdiri daripada rakyat tempatan dan warga asing.…
Lelaki ‘Salah Langkah’ Ceroboh Rumah Pegawai Polis. | KUCHING: Lelaki berusia 22 tahun yang dipercayai di bawah pengaruh dadah ditahan selepas memecah masuk kediaman seorang pegawai polis di Taman Sourabaya Indah, di sini jam 3.30 pagi tadi. Suspek ditahan sendiri oleh pegawai polis berkenaan yang terjaga daripada tidur susulan bunyi mencurigakan dari arah pintu utama rumahnya. Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani, berkata, pegawai polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak itu kemudiannya mendapati suspek sudah berada di dalam rumahnya. “Pegawai polis itu bertindak pantas dan berjaya menangkap suspek sebelum menghantarnya ke balai polis…
Akhirnya 2 Lelaki Diburu Polis Kes Samun Berjaya Ditahan. | KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang diburu polis sebelum ini selepas disyaki terbabit kes samun rantai emas di sebuah farmasi di Jalan Gombak, Setapak kelmarin, berjaya ditahan hari ini. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail, berkata sepasukan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju dan Cawangan Risikan Jenayah (D4) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menangkap dua suspek berusia 31 dan 40 tahun itu di lobi sebuah hotel di Jalan Pudu, di sini jam 2 pagi tadi. “Kami merampas pakaian yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian…
Sindiket Penyuludupan Disyaki Tembak Anggota PGA. | PADANG BESAR: Sindiket penyeludupan disyaki dalang serangan dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, dekat sini, awal pagi tadi. Seorang Anggota PGA Maut Ditembak Di Pos Sempadan. Al-fatihah. Sumber memaklumkan, tindakan pihak berkuasa Malaysia mengetatkan kawalan sempadan terutama di Perlis dan Kedah, menyebabkan kegiatan penyeludupan sukar dilakukan. Katanya, sindiket sama turut dipercayai melepaskan tembakan amaran ke arah anggota PGA yang sedang melakukan rondaan sempadan di Bukit Kayu Hitam, Kedah, 13 November lalu. “Kes (tembakan) ini ada kaitan kumpulan penyeludup, ada yang tidak puas hati kita (pasukan keselamatan) ketatkan…
Seorang Anggota PGA Maut Ditembak Di Pos Sempadan. | PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand dekat sini, maut dipercayai akibat ditembak awal pagi tadi. Dalam kejadian pada jam 3.10 pagi itu, mangsa, Koperal Baharuddin Ramli, 54, sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, 39, yang mengalami kecederaan parah. Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar dengan mangsa yang cedera sedang dirawat dan dilaporkan kritikal. Komander PGA Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji yang dihubungi, mengesahkan kejadian dan maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa…
Seorang Wanita Warga Emas Ditemui Meninggal Dunia Di Sebuah Kondominium. | Georgetown: Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah kondominium di Jalan Kelawai di sini, hari ini. Wanita berusia 72 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang memberi rawatan awal selepas dipanggil ke lokasi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenainya pada 8.10 pagi. Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat. “Ketika di lokasi, didapati pintu utama dan jeriji di rumah berkenaan berkunci daripada dalam. “Berikutan mendapat maklumat…
Tegur Buang Air Besar Merata Jadi Punca Pembunuhan. | Palembang: Hanya kerana tidak dapat menerima teguran akibat membuang air besar merata-rata, menjadi punca pembunuhan seorang pemuda di Indonesia. Dua beradik Candra, 23, dan Calvin, 19, mengaku membunuh rakan mereka itu, Fran, 22, akibat dendam selepas mangsa tidak meminta maaf akibat keterlanjurannya menikam Candra. Dalam pengakuannya kepada polis, Candra berkata, masalah perselisihan itu timbul ketika dia dan mangsa melepak di sebuah pondok berhampiran rumah mereka di Jalan Meranti Sungai Buaya, daerah Kertapati. Katanya, dia menegur Fran yang membuang air besar sembarangan di kawasan itu, namun tegurannya itu tidak diterima mangsa. “Teguran…
Pencari Ketam Temui Mayat Terapung Di Celah Pokok Nipah. | TUMPAT: Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui terapung dalam sungai di Kampung Mentua, di sini tengah hari tadi. Mayat lelaki itu ditemui seorang pencari ketam yang hanya mahu dikenali sebagai Amir, 20, ketika turun ke sungai untuk memeriksa bubu ketam. Amir berkata, ketika berada di jeti untuk turun ke sungai kira-kira jam 12.45 tengah hari, beliau ternampak satu objek terapung di celah pokok nipah. “Objek itu kelihatan seperti badan manusia namun saya tidak begitu mengendahkannya dan naik bot menuju ke lokasi bubu ketam yang terletak kira-kira satu kilometer. “Selepas mengambil…
Berang Lembu Makan Rumput Yang Ditanam. Serang Pemilik Lembu dengan Parang. | Dungun: Seorang lelaki menyerang seorang peneroka menggunakan parang gara-gara tidak berpuas hati apabila lembu milik mangsa dikatakan memasuki kawasan tanaman rumputnya di Ketengah Jaya, di sini, semalam. Dalam kejadian 5 petang itu, mangsa berusia 62 tahun cedera di muka dan menerima lapan jahitan akibat diserang suspek berusia 60 tahun. Menurut sumber, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke kandang lembunya dengan menunggang motosikal sebelum ditahan suspek yang juga seorang peneroka. Katanya, suspek memaklumkan lembu mangsa memasuki kawasan tanaman rumput miliknya sebelum berlaku pertengkaran mulut antara mereka. “Suspek yang…
