Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Mulai 15 November Kuala Lumpur Jadi ‘Wilayah Bebas Berniaga’. | KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini memberi kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya, mulai Ahad ini. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, bagaimanapun peniaga perlu memohon lesen perniagaan sementara yang sah selama enam bulan di laman web DBKL yang ditawarkan secara percuma. “Mulai Ahad 15 November ini, Kuala Lumpur akan menjadi ‘wilayah bebas berniaga’ … sesiapa yang ingin berniaga tidak kira sepenuh masa atau separuh masa boleh memilih tempat yang sesuai, misalnya…

Read More

Rela Badan Dipukul Orang Sebagai Sumber Pendapatan. |Tokyo: Merelakan badan menjadi karung tinju sebagai tempat pekerja melepaskan tekanan menjadi antara pekerjaan popular di Jepun. Ia juga memberi pendapatan lumayan buat bekas petinju kickboxing, Akira Hareruya, 50. Lelaki ini mengenakan bayaran 1,000 yen atau RM39 bagi tempoh seminit, untuk setiap orang yang mahu ‘memukulnya’. Tribun News melaporkan, Akira yang bersara daripada gelanggang tinju terpaksa mengambil inisiatif itu selepas dibebani hutang 200 juta yen (RM7.8 juta). Trend terbaru di Jepun itu dinamakan Nagurareya iaitu aktiviti yang membolehkan pelanggan dengan bebas memukul seseorang untuk menghilangkan tekanan. Aktiviti itu popular sejak 10 tahun lalu…

Read More

Seorang Lelaki Ugut Bunuh Ibu Dan Adik Perempuan. | Kulim: Lelaki tergamak mengugut mahu membunuh adik perempuan dan ibunya hanya kerana mereka tidak mengucap kalimah syahadah. Kejadian berlaku 12.45 tengahari semalam ketika mangsa berusia 29 tahun berada di dapur rumah mereka di Kampung Padang Ubi, di sini. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, suspek dikatakan pergi ke dapur sambil membawa sebilah pisau dan mengacu ke arah adiknya lalu menyuruh mangsa mengucap syahadah. Beliau berkata, lelaki itu kemudian mengugut mahu membunuh adiknya jika gagal berbuat demikian menyebabkan mangsa lari untuk menyelamatkan dirinya. “Suspek kemudian pergi mendapatkan ibunya berusia 60…

Read More

Adik Dalam Video Tular Serah Diri Di IPD Kubang Pasu. | Jitra: Kanak-kanak lelaki yang menunggang motosikal dalam video tular di laman sosial tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, di sini, hari ini. Difahamkan, kanak-kanak dipercayai berusia 10 tahun itu datang bersama bapanya berusia 50-an pada 2.40 petang tadi. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, video yang ditularkan di Facebook (FB) dan WhatsApp selama 18 saat itu memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang menunggang motosikal Honda EX-5 hitam dan nombor pendaftarannya kabur. “Dalam video itu, kelihatan kanak-kanak terbabit berada di satu simpang…

Read More

7 Kluster Aktif Di Pulau Pinang. | Georgetown: Pulau Pinang merekodkan tujuh kluster aktif Covid-19 sekali gus memerlukan perhatian di kalangan penduduk untuk sentiasa berwaspada supaya tidak merebak. Ketua Menteri Chow Kon Yeow, berkata Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) memaklumkan tujuh kes aktif itu membabitkan Kluster Penjara Reman; Kluster Penjara Seberang Perai; Kluster Bayan; Kluster Tembaga; Kluster Permatang; Kluster Alma dan terbaharu adalah Kluster Intan. “Selain itu beberapa kawasan di daerah Barat Daya iaitu Mukim 12 dan Mukim 13 kini bertukar menjadi zon merah, selain Mukim Georgetown bagi Kluster Penjara Reman dan Mukim 6 bagi Kluster Penjara Seberang Perai.…

Read More

Video Tular. JPJ Berjaya Kenal Pasti Pemilik Motor. | Alor Setar: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mengenal pasti pemilik motosikal yang ditunggangi kanak-kanak lelaki di negeri ini yang tular di laman sosial sejak semalam. Video berdurasi 18 saat itu menunjukkan gelagat kanak-kanak bersaiz kecil menunggang Honda EX5 dan ditegur seorang pemandu kenderaan di simpang Kampung Paya Cegar, Jitra. Kanak-kanak dipercayai berusia 12 tahun itu turut didakwa cuba mengangkat tayar motosikal dan gelagatnya dirakam orang awam sebelum tersebar di media sosial. Pengarah JPJ Kedah, Ismasuhaimi Shariff berkata, pihaknya sudah menyemak video berkenaan dan berjaya mengenal pasti pemilik motosikal yang ditunggangi kanak-kanak…

Read More

Pakai Gelang Hijau Untuk Tugas Rasmi Di Kelantan. | Kota Bharu: Kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) memperkenalkan gelang hijau pengawasan Covid-19 untuk dipakai oleh individu tertentu yang perlu menjalani pemantauan, berkuat kuasa semalam. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin berkata, gelang hijau itu akan dipakai oleh pegawai termasuk golongan orang kenamaan (VIP) dari zon merah yang bertugas ke negeri ini atas urusan rasmi. Menurutnya, jika sebelum ini gelang berwarna pink dipakai kepada individu dari zon merah yang masuk ke negeri ini atas tujuan umum untuk pulang ke kampung dan mereka perlu dikuarantin…

Read More

Mak Ayah Suspek Datang Melawat Kelurga Arwah. | KUALA TERENGGANU- “Ya, memang mereka (keluarga suspek) ada ziarah kami di rumah keluarga di Beladau Kepong, Serada di sini pagi tadi,” demikian kata Ismail Muda, 58, bapa mangsa pembunuhan kejam, Allahyarham Siti Nur Surya Ismail. Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai tujuan dan apa yang dibualkan dengan keluarga suspek sepanjang tempoh ziarah itu dan hanya berkata, beliau serahkan semuanya kepada pihak berkuasa bagi menyelesaikan kes tersebut. “Ya, memang mak dengan ayah dia ada datang jumpa kami, tetapi cukup saya mengesahkan kedatangan mereka ke rumah. “Saya tidak mahu ulas panjang-panjang, sebab kes ini…

Read More

Ini Keadaan Terkini Keluarga Arwah Nur Surya. | KUALA TERENGGANU: Keluarga Allahyarham Siti Nur Surya Ismail, 19, menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia di atas sokongan moral dan mendoakan kesihatan ibu remaja terbabit yang menghidap kanser otak tahap tiga. Bapa Allahyarhamah mangsa pembunuhan kejam, Ismail Muda, 58, berkata sokongan moral dan doa rakyat Malaysia sama ada yang dizahirkan secara terus atau media sosial membuatkan keluarga berkenaan terharu di atas keprihatinan masyarakat terhadap keluarga mereka. “Berkat doa pelbagai pihak, keluarga saya kini semakin kuat untuk menerima ketentuan yang sudah ditetapkan Allah terhadap arwah anaknya walaupun ia pahit untuk ditelan.…

Read More

Ini Luahan Ibu Suspek Kes Bunuh Arwah Nur Surya. | HULU TERENGGANU – “Saya akan terus berdoa kakak tidak salah dan naluri ibu tetap menyatakan kakak tidak salah walaupun satu dunia kata dia salah” demikian luah ibu kepada suspek bunuh Siti Nur Surya Ismail, 19, yang ditemui mati dengan kesan tetakan di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu Ahad lalu. Ibu kepada dua anak ini berkata, anak sulung yang mesra dipanggil kakak merupakan anak harapannya dan sangat memahami kemiskinan hidup yang dihadapi mereka sekeluarga selama ini. Beliau yang bekerja sebagai tukang cuci berkata, kakak memang anak yang sangat baik kerana…

Read More