Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Kes Bunuh : Tak Sanggup Cerita Hal Sebenar Kepada Isteri. | KUALA TERENGGANU – Walaupun pemergian Siti Nur Surya Ismail, 19, yang ditemui mati dengan kesan tetakan di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu sudah lima hari berlalu, namun keluarga mangsa masih tidak mampu menceritakan hal sebenar kepada ibunya, Zaini Muda, 54. Ismail Muda, 58, berkata, beliau memang tidak sanggup lagi hendak menceritakan kejadian sebenar menimpa anaknya kepada isteri setiap kali ditanya ke mana Allahyarham. “Memang isteri melihat jenazah arwah buat kali terakhir sebelum dikebumikan tetapi disebabkan faktor kesihatannya, dia cepat lupa dan selalu bertanya di mana kakak (arwah). “Jadi,…

Read More

Masih Ingat Kubur Berdarah Di Alor Setar? Ini Puncanya. | ALOR SETAR: Polis mengesahkan cecair merah ditemui di Tanah Perkuburan Masjid Al Irfan, Derga di sini, September lalu, ialah cecair campuran dan bukannya darah. Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan, berkata hasil ujian mendapati cecair itu dicampur dengan bahan berminyak seolah-olah darah. Hasanuddin berkata, perbuatan meletak cecair seperti darah itu berkemungkinan dilakukan individu nakal. “Bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan kerana ini kerja mereka yang nakal. “Kes ini dianggap selesai dan kebetulan tanah perkuburan itu masih baharu menyebabkan ia mendap,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Kedah…

Read More

Jumpa Bayi Bertali Pusat Dihurung Semut Dalam Semak. | Seorang bayi lelaki yang masih berdarah ditemui di kawasan semak di Jalan Sidang Hassan Bukit Katil. Bayi lelaki yang dipercayai dibuang dan dihurung semut dan masih berdarah itu ditemui oleh seorang wanita di kawasan semak di Jalan Sidang Hassan Bukit Katil. Yuszida Hashim, 40, berkata, bayi yang masih bertali pusat ditemui sekumpulan kanak-kanak berbasikal di kawasan berhampiran semak terbabit sebelum dia kebetulan melalui jalan itu dengan menunggang motosikal kira-kira jam 3 petang. Menurutnya, dia segera mengangkat bayi yang dibalut dengan sehelai baju berwarna hitam yang hampir menutup mukanya, lalu memeluk bayi…

Read More

Pulang Ke Kampung Mengakibatkan 4 Positif Covid-19. | Kota Bharu: Kepulangan seorang wanita dari Selangor ke kampung halaman baru-baru ini mengakibatkan empat jangkitan baru kes Covid-19 di Kelantan termasuk bayi perempuan berusia 22 hari. Selain bayi yang juga anak saudara wanita berkenaan, tiga mangsa lain adalah neneknya berusia 75 tahun, ibu serta adik kepada wanita berkenaan. Difahamkan,  wanita itu pulang ke kampung di Kuala Balah, Jeli bersama seorang rakannya pada Oktober lalu sebelum kembali ke Selangor sebelum disahkan positif Covid-19. Sepanjang di kampung, wanita berkenaan sempat bertemu neneknya sebelum pulang ke Selangor. Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Dr Zaini…

Read More

Wanita Pakai Gelang Kuarantin Ke Pasar Pagi. | GEORGETOWN: Suasana di pekarangan pasar Sri Aman, Relau di sini pagi tadi kecoh dengan kehadiran seorang wanita yang memakai gelang merah jambu Covid-19 memasuki ke kawasan itu. Kelibat wanita memakai baju lengan panjang berwarna hitam itu dipercayai disedari anggota pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut yang bertugas menjalankan pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, pasar berkenaan. Tindakan pantas anggota terbabit berjaya menghalang wanita yang datang seorang diri itu daripada memasuki ke kawasan perniagaan tersebut. Difahamkan, wanita tersebut kini dalam tempoh kuarantin oleh Kementerian Kesihatan (KKM) selama dua minggu membabitkan kes Kluster…

Read More

Lepas 1 Tahun Sakit Tekak Akhirnya Terjawab Bila Doktor Temui Lintah Dalam Kerongkong. | Sakit tekak dialami seorang budak lelaki dari Yunnan, China sejak lebih setahun yang lalu akhirnya terjawab apabila seekor lintah ditemui di dalam kerongkongnya. Daily Star melaporkan haiwan berukuran 2.8 inci (kira-kira 5.3 sentimeter (sm) itu berjaya dikeluarkan menerusi pembedahan di sebuah hospital. Rakaman di bilik pembedahan menunjukkan doktor dan kakitangan perubatan memasukkan alat khas ke tekak mangsa yang berusia lima tahun. Kejayaan itu sekali gus menghilangkan masalah budak lelaki itu yang sebelum ini sering mengalami sakit tekak, sukar bernafas dan kuat berdengkur ketika tidur. Doktor bertugas…

Read More

Suspek Dedah Punca Dia Bunuh Kawan Baiknya Kepada Polis. | HULU TERENGGANU – Tidak berpuas hati disebabkan kata mengata dan sindir menyindir sebelum ini dipercayai menjadi punca suspek nekad membunuh rakan sekolahnya dalam kejadian di Kampung Lubok Batu, Telemong di sini. Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, suspek membuat pendedahan motif kejadian itu semasa tampil ke Balai Polis Telemong di sini bagi membantu siasatan pada peringkat awal dengan ditemani ibunya, kira-kira jam 7.30 pagi semalam. Beliau berkata, suspek memaklumkan kononnya mangsa sering mengejek tentang kehidupan keluarganya yang miskin kerana ibunya hanya seorang tukang cuci dan…

Read More

3 Hari Kucing Ini Hilang. Akhirnya Pulang Dengan Sekeping Nota Yang Mengejutkan. | Kucing sememangnya haiwan peliharaan yang mempunyai pelbagai karenah yang juga boleh menghiburkan hati manusia. Pun begitu, ada juga gelagatnya yang akan membuatkan tuannya menjadi susah. Seperti yang berlaku di Thailand, seekor kucing berwarna kelabu hitam yang hilang telah kembali kepada pemiliknya tiga hari kemudian dengan satu kejutan tentang satu catatan semasa hilang. Kemunculan kucing peliharaan yang hilang itu dikongsi oleh pemiliknya di dalam Facebook pada 27 Oktober 2020 dan berkapsyen “hilang selama tiga hari dan kembali dengan hutang. #catslaves” Kucing itu kelihatan malu dan berasa lega kerana…

Read More

Seorang Wanita Berang Dan Menetak Kepala Ibu Mertua. | Berang dituduh mempunyai hubungan sulit dengan bapa mertua, seorang wanita bertindak menetak kepala ibu mertuanya sehingga mati selepas dipercayai berlaku perang mulut. Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, suspek, Nikita Agrawal, 29, menggunakan sebatang besi sehingga menyebabkan kepala mangsa, Rekha Agrawal. 52, pecah dan otak terburai. Pegawai Polis Sola berkata, suspek bertindak di luar kawalan apabila mangsa menuduh kehamilannya hasil daripada hubungan haram dengan bapa mertuanya. “Ketika kejadian, Nikita dan Rekha tinggal sendirian kerana bapa mertuanya, Ramniwas dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19. “Suami suspek, Dipak, pula berada di…

Read More

Seorang Doktor Rugi RM170k Beli ‘Lampu Aladdin’. | Seorang doktor di India rugi lebih RM170,000 setelah membayar wang pendahuluan untuk membeli “lampu Aladdin” yang didakwa mampu memberi kekayaan dan kesihatan. Suspek merupakan dua lelaki yang mendakwa lampu yang dijual mereka mampu mengeluarkan ‘roh’ sama seperti dalam hikayat dongeng Aladdin. Dua lelaki berkenaan dilaporkan menjual lampu ‘ajaib’ itu pada harga AS$200,000 (RM430,000) dengan wang pendahuluan sebanyak AS$41,600 (RM172,766). Lapor NDTV, mangsa yang menyedari dirinya ditipu telah membuat aduan di Meerut, barat Uttar Pradesh. Menurut mangsa, dia bertemu suspek ketika sedang merawat seorang wanita yang didakwa ibu kepada dua lelaki terbabit. “Mereka…

Read More