Polis Temui Mayat Rentung Dalam Sebuah Kereta. | SEPANG: Polis menemui mayat rentung di dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terbakar di kawasan pinggir hutan berhampiran Airport City Business Centre, Sepang pada pagi Rabu. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai sebuah kenderaan terbakar di kawasan itu jam 3.30 pagi. “Pengadu yang tinggal berhampiran lokasi kejadian menghubungi talian kecemasan selepas terdengar bunyi letupan sebelum melihat kenderaan itu terbakar. “Pasukan bomba kemudian menghantar pasukan untuk memadamkan kebakaran itu. “Pemeriksaan kemudian menemui mayat rentung 90 peratus bahagian badan di tempat duduk…
Author: Admin Soleh
Pengemis Wanita Ini Mempunyai 5 Aset. | Kaherah: Sanggup menipu dirinya kudung kaki dan berkerusi roda untuk menagih simpati dan mengaburi mata orang ramai. Itu taktik licik seorang wanita di Mesir yang aktif melakukan aktiviti mengemis meminta sedekah di beberapa wilayah di negara itu Namun, sandiwara wanita berusia 57 tahun itu terbongkar apabila dia ditahan pihak berkuasa negara itu. Apa yang mengejutkan, siasatan mendapati ‘pengemis’ itu sebenarnya memiliki lima bangunan kediaman di Gharbia dan Qaliubia Selain itu, dia didapati memiliki wang berjumlah tiga juta pound Mesir (RM793,700) dalam dua akaun banknya. Akhbar tempatan, Al Masry Al Youm melaporkan selama ini,…
Covid-19. 3 Kluster Baharu Direkodkan Hari Ini. | Kuala Lumpur: Tiga lagi kluster baharu dikenal pasti hari ini iaitu Kluster Kapor, Kluster Hampar dan Kluster Penjara Tapah. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Kapor membabitkan daerah Kudat, Sabah yang dikenal pasti melalui hasil saringan komuniti pelaut yang menetap di Kampung Tanjung Kapor. “Sebanyak 46 kes positif pada 22 Oktober lalu dan mereka dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Kota Belud, Sabah. “Bagi Kluster Hampar pula membabitkan daerah di Rembau, Negeri Sembilan dikenal pasti hasil saringan individu bergejala pada 21 Oktober lalu…
Jumpa Bayi Dalam Kotak Bersama Nota Minta Maaf. | Tanjung Karang: Seorang bayi lelaki ditemui dalam kotak bersama nota meminta maaf dipercayai tulisan penjaganya, di pintu pagar utama Surau Nurul Huda, Kampung Sungai Kajang Baru di sini, hari ini. Bayi yang cukup sifat dan sihat itu ditemui Ketua Guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kafa Integrasi Nurul Huda, Kampung Sungai Kajang Baru, Mohd Maidin Abdul Rahim ketika dalam perjalanan ke sekolah pada 7.15 pagi. Mohd Maidin, 38, berkata, di dalam kotak itu turut disertakan lampin pakai buang, bedak dan tisu basah. “Saya ketika itu mahu ke sekolah untuk meninjau kerja pembersihan…
Jururawat Dari Perak Positif Covid-19 Ketika Bertugas Di Sabah. |Kuala Lumpur: “Tiada apa saya fikirkan selepas disahkan positif Covid-19, melainkan mati,” luah jururawat, Siti Nurjannah Abu Bakar. Siti Nurjannah, 36, adalah jururuwat Klinik Kesihatan (KK) Sitiawan, Perak yang dihantar bertugas di KK Lahad Datu, Sabah secara sukarela. Demi tuntutan tugas, Siti Nurjannah sanggup berjauhan dengan suami, Mohd Hishamudin Ismail, 36, dan lima anaknya berusia lima hingga 10 tahun yang berada di Seri Manjung, Perak. Namun, kecekalan wanita itu diuji apabila disahkan positif Covid-19 , Ahad lalu selepas menjalani ujian calitan pada 13 Oktober. Berikutan itu, Siti Nurjannah tidak dapat meneruskan…
KEJAM. Isteri Rancang Bunuh Suami OKU Untuk Dapat Harta. | Seorang wanita tergamak merancang pembunuhan suaminya yang juga orang kurang upaya (OKU) dengan kecacatan buta untuk mendapatkan harta. Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, pembunuhan itu dirancang bersama adik lelaki wanita terbabit yang berusia 42 tahun. Katanya, suspek wanita yang berusia 45 tahun itu pada awalnya membuat laporan polis mendakwa suaminya disamun semasa mangsa berada di rumah mereka di Jalan Jati, Kampung Baru Sungai Chua, Kajang, pada 1 Oktober lalu. “Hasil siasatan mendapati, suspek dikatakan mengupah adik lelakinya untuk datang ke rumah mereka untuk membunuh suaminya…
Belasah Isteri Sebab Tegur Bawa Anak Bawah Umur Keluar Minum Minuman Keras. | Kepala Batas: Seorang wanita dibelasah suaminya yang tidak dapat menerima teguran apabila membawa anak perempuan mereka berusia enam tahun keluar minum minuman keras dalam kejadian di Taman Mesra, Bagan Lalang, di sini, kelmarin. Dalam kejadian 8 malam itu, wanita berusia 38 tahun itu menegur suaminya berusia 40 tahun kerana sering membawa anak perempuan mereka yang di bawah umur keluar minum minuman keras hingga berlakunya perselisihan faham. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, lelaki itu tidak dapat menerima teguran itu sebelum…
Banduan Yg Dirawat Covid-19 Ganggu Petugas Kesihatan Wanita.| Alor Setar: Banduan positif Covid-19 yang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan Penjara Alor Setar akan dipindahkan ke Pusat Rawatan Sementara (MTC) Penjara Pokok Sena mulai esok. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, MTC Penjara Pokok Sena yang dibuka Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat mampu menampung pesakit berkenaan. Katanya, keputusan memindahkan semua banduan ke pusat berkenaan dibuat berikutan berlaku kes gangguan seksual terhadap petugas kesihatan wanita yang merawat mereka di HSB sebelum ini. “Jadi mereka akan dipindahkan ke MTC…
Pesara Polis Dibunuh Oleh Sahabat Baik Kerana Tuntut Hutang. | Johor Bahru: Menuntut hutang dipercayai menjadi punca seorang pesara polis dibunuh sebelum mayatnya ditemui di sebuah ‘kubur’ sedalam 0.9 meter di kebun kelapa sawit di Batu 26, Kahang, kelmarin. Selepas 47 Hari Hilang Akhirnya Terjawab Apabila Penemuan Sebuah Kubur. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Maydin Pitchay berkata, hasil soal siasat awal terhadap dua suspek berusia 37 dan 41 tahun, mangsa dipercayai memberi sejumlah wang kepada suspek untuk perniagaan. Beliau berkata, hubungan dua suspek dengan mangsa, Su Kim Chiang, 54, adalah kawan lama dan bersahabat baik, malah mangsa juga sudah…
Seorang Wanita Maut Kerana Mahu Cantik. | Kuala Lumpur: Hasrat seorang wanita untuk kelihatan cantik bertukar tragedi apabila dia meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan proses sedut lemak di sebuah pusat kecantikan di sebuah pusat beli-belah di Cheras, semalam. Difahamkan mangsa berusia 23 tahun itu melakukan prosedur sedut lemak sebagai persediaan untuk melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya yang juga warga Afrika Selatan pada tahun hadapan. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly berkata, mangsa dikatakan berkunjung ke pusat kecantikan itu jam 2.30 petang semalam. “Siasatan awal mendapati pusat kecantikan itu berdaftar secara sah, namun tidak mempunyai kepakaran untuk melakukan proses sedut lemak.…
