Lelaki Disangka Mati Akhirnya Mati . | Seorang lelaki berusia 74 tahun yang disangka mati dan diletakkan dalam peti sejuk mayat di sebuah hospital di sini meninggal dunia selepas diselamatkan. Balasubramanyam diisytiharkan meninggal dunia Isnin lalu selepas dibawa ke hospital, namun punca kematiannya tidak diketahui. Dia kemudian diletakkan dalam peti sejuk mayat sehingga keesokan hari sebelum pekerja hospital datang mengambilnya untuk melakukan upacara pengebumian. Bagaimanapun, salah seorang pekerja menyedari badan Balasubramanyam menggigil kesejukan dan mendapati dia masih lagi hidup. Balasubramanyam diselamatkan dan dimasukkan ke hospital, namun selepas beberapa hari dia dilaporkan meninggal dunia. Pengarah hospital kerajaan di selatan bandar Salem,…
Author: Admin Soleh
Selepas 47 Hari Hilang Akhirnya Terjawab Apabila Penemuan Sebuah Kubur. | Kluang: Selepas 47 hari hilang akhirnya misteri kehilangan seorang pesara polis sejak 31 Ogos lalu terungkai dengan penemuan sebuah ‘kubur’ sedalam 0.9 meter di dalam kebun kelapa sawit di Batu 26, Kahang awal pagi semalam. Anak mangsa, Jacky Su Kai Lun, 32, ketika ditemui berkata keluarganya kini berada di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk pengecaman mayat bapanya Su Kim Chiang, 57, yang sudah reput ketika ditemui. Katanya, semalam pihak polis ada memaklumkan kepada keluarganya mengenai penemuan jasad dipercayai ayahnya yang dilaporkan hilang di sebuah kebun kelapa sawit…
Datuk Seri Sindiket Macau Scam Lari. Ini Penjelasan SPRM. | Kuala Lumpur : Bukan melarikan diri bersendirian sebaliknya Datuk Seri yang dikaitkan dengan sindiket Macau Scam didapati dibantu dua pengawal peribadi ketika memanjat pagar belakang bangunan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini. Sumber SPRM berkata, pada 11 Oktober lalu, sembilan suspek yang dilepas reman, dibawa balik ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk proses dokumentasi jaminan. Sumber itu berkata, apabila tiba di pejabat SPRM, kelihatan ramai pegawai polis berkumpul di lobi utama. “Ini menyebabkan kesemua suspek tidak mahu keluar dari kenderaan masing-masing. Ada di kalangan ahli…
KEJAM. Kanak-Kanak 9 Tahun Ditetak Sehingga Mati. | ACEH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun ditetak sehingga mati apabila cuba melawan seorang suspek mahu memperkosa ibunya yang berusia 28 tahun di Birem Bayeun, Aceh Timur di Indonesia. Ketua Unit Siasatan Jenayah, Arife S Sukmo, mengesahkan bahawa suspek yang dikenali sebagai Samsul, 36, ditemui bersembunyi dalam kawasan semak berhampiran kediamannya dan ditahan pada pagi Ahad lalu. Beliau menjelaskan, pembunuhan berlaku pada Sabtu lalu ketika mangsa, Rangga, dan ibunya sedang tidur di rumah, sementara bapanya pula keluar mencari ikan. “Suspek (Samsul) yang datang secara tiba-tiba, memasuki rumah mangsa lalu menutup mulut ibu…
Alhamdulillah Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri Pulih Daripada Covid-19. | Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dibenarkan keluar dari wad di sebuah hospital di Seremban hari ini. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh beliau menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya hari ini. Menurutnya, buat masa ini dia sedang berehat di rumah atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). “Saya sudah dibenarkan untuk keluar dari wad pada petang ini kerana disahkan pulih sepenuhnya daripada Covid-19. “Terima kasih kepada Perdana Menteri, ahli jemaah menteri, ulama di seluruh dunia yang menghantar…
Ketua Kampung Ditahan Curi Lembu. | TAMPIN: Enam lelaki termasuk ketua kampung ditahan kerana disyaki mencuri seekor lembu jantan di Kampung Sungai Dua, Gemencheh dekat sini Isnin lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintenden Ahmad Pilus Zainal berkata, kejadian pukul 2.20 petang disedari pemiliknya berusia 70 tahun apabila terserempak dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda mencurigakan. Menurut beliau, ketika itu pemilik lembu dan anak lelakinya ingin melihat ternakannya di kawasan belukar berhampiran ladang ayam namun terserempak dengan kenderaan pacuan empat roda warna merah. “Kenderaan itu dinaiki empat lelaki termasuk ketua kampung berkenaan. Penternak menghalang kenderaan itu untuk diperiksa. “Sebaik…
Dengar Suara Malaikat Sebelum Bunuh Anak Berusia 8 Bulan. | Kota Bharu: Polis tidak menolak kemungkinan suspek yang dipercayai membunuh anak berusia lapan bulan di Kampung Sungai Dua, Bachok, pagi semalam ada kaitan dengan ajaran sesat. Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, berkata ia berdasarkan cara bayi lelaki berkenaan dibunuh dengan seluruh badan dilumur garam serta halusinasi yang dialami suspek. Artikel Berkaitan : KEJAM. Bayi 8 Bulan Ditemui Mati Dalam Keadaan Menyayat Hati. Katanya, sehingga kini suspek berusia 40 tahun itu tidak bercakap untuk diambil keterangan, sebaliknya hanya berzikir dan mendakwa dia mendengar suara malaikat sebelum membunuh anaknya. “Selain…
6 Kluster Baharu Covid-19 Dilaporkan Hari Ini. | PUTRAJAYA, 13 Okt – Sebanyak enam kluster baharu penularan COVID-19 dikesan pada hari ini, umum Kementerian Kesihatan (KKM). Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham berkata, daripada enam kluster tersebut, empat dikesan di Sabah, satu di Pulau Pinang dan satu di Selangor. Kluster Semarak dikesan di Tawau, kes indeks iaitu kes ke-12,200 adalah hasil saringan individu bergejala pada 3 Oktober lalu. Kes telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Seterusnya Kluster Bena di Beaufort, Sabah. Kes indeks iaitu kes ke-15,575 dikesan positif hasil saringan di Hospital Sipitang pada 10 Oktober dan…
Pesakit Covid-19 Miang. Jururawat Buat Laporan Polis. | Melaka: Seorang jururawat di Hospital Melaka mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang lelaki warga emas yang sedang mendapatkan rawatan Covid-19 di hospital itu, Sabtu lalu. Mangsa berusia 29 tahun itu, dikatakan diganggu lelaki ‘miang’ berusia 60 tahun itu ketika sedang menguruskan pesakit terbabit di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 5.45 petang. Warga emas terbabit dikatakan mengeluarkan perkataan berbaur lucah ketika jururawat berkenaan sedang melakukan prosedur rawatan terhadapnya. Susulan itu, jururawat wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku ke atas dirinya. Salinan laporan polis…
KEJAM. Bayi 8 Bulan Ditemui Mati Dalam Keadaan Menyayat Hati. | Bachok: Bayi lelaki berusia lapan bulan ditemui mati dalam keadaan menyayat hati termasuk badan dilumur garam dipercayai dibunuh bapa kandung menggunakan objek tumpul dalam kejadian di Kampung Sungai Dua, Bachok, pagi tadi. Kematian Wan Mohamad Afiq Wan Roslan dipercayai dilakukan bapa mangsa yang mengalami masalah gangguan mental. Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Samsulmuddin Sulaiman berkata, pihaknya mengetahui kejadian selepas sepupu suspek berusia 50-an datang membuat aduan berhubung kematian bayi itu pada jam 11.30 pagi tadi. Katanya, pengadu memaklumkan suspek menghubunginya supaya melihat keadaan anak tunggalnya dan sebaik tiba…

