Gadis Ini Terperangkap 24 Jam Dalam Tandas Hotel Ketika Tempoh Kuarantin. | Di Twitter, seorang gadis yang dikenali sebagai Atieqah Roslan, berkongsi detik cemas apabila dirinya terperangkap di dalam tandas selama 24 jam. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah bilik hotel ketika gadis itu sedang menjalani tempoh kuarantin ekoran wabak Covid-19. Rempuh pintu pun tak terbuka Menurut Atieqah, dia telah terperangkap di dalam tandas tersebut setelah selesai mandi pada pukul 10 malam. Meskipun telah puas menolak dan mengumpil pintu berkenaan menggunakan barangan dalam tandas tersebut termasuk sebatang besi, usahanya itu ternyata gagal juga. Tidur macam duduk atas kerusi…
Author: Admin Soleh
Bawa Mayat Dengan Motosikal Selama 6 Jam.| BANGKOK – Ia sememangnya kejadian yang pelik apabila mayat seorang wanita di Thailand terpaksa dibawa dengan menaiki motosikal. Wanita berusia 70 tahun itu ditemui oleh para petani kerana dipercayai mati lemas ketika bersembunyi di sebuah pondok simpanan pada Selasa lalu. Menurut petani, mangsa cuba untuk mencuri makanan disimpan mereka, namun terperangkap di bawah papan lantai. “Berdasarkan pakaiannya, wanita itu dipercayai berasal daripada puak bukit Mlabri. Pondok itu terletak kira-kira 80 kilometer di utara bandar berhampiran puncak gunung yang menjadi perkampungan puak tersebut,” ujarnya. Difahamkan, mereka terpaksa menggunakan motosikal untuk mengangkut mayat wanita terbabit…
Anak Terkejut Penemuan Mayat Bapa selepas Hilang Lebih 24 Jam. | Butterworth: Lebih 24 jam menjejaki bapanya yang tidak pulang ke rumah sejak kelmarin, seorang anak terkejut apabila dimaklumkan penemuan mayat bapanya di perairan laut Pulau Pinang di sini, tadi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata, polis menerima laporan dibuat anak lelaki mangsa tengah hari tadi, memaklumkan bapanya berusia 57 tahun tidak pulang ke rumah sejak keluar jam 2.30 petang semalam. Menurutnya, anak lelaki mangsa beberapa kali cuba menghubungi telefon bimbit bapanya namun tidak dijawab. “Berikutan itu, dia dan ahli keluarganya dari Lunas, Kedah,…
Terima Kasih Payungkan Nenek Saya. | Kuala Lumpur: “Saya amat terharu apabila masih ada individu berhati mulia membantu insan lemah seperti nenek saya walaupun berlainan bangsa,” kata jururawat sebuah klinik swasta, M Privitha, 21. Terdahulu, Privitha memuat naik status berserta gambar seorang wanita Melayu ‘memayungi’ neneknya, A Letchumi, 78, menggunakan fail ketika berbaris untuk memasuki sebuah bank di Menglembu, Perak, semalam. Status itu tular di media sosial dan mendapat banyak reaksi positif warganet dengan lebih 1,800 komen serta 23,000 perkongsian, hari ini. Menceritakan semula peristiwa itu, Privitha berkata, neneknya ditemani sepupunya ke bank berkenaan untuk mengambil wang pencen pada 11…
Doktor Temui Sesuatu Yang Tak Dijangka Di Dalam Perut Pesakit. | Dipercayai melakukan prank bersama rakan-rakan, seorang lelaki Mesir dipercayai telah menelan telefon bimbit dan ia kekal di dalam perutnya selama tujuh bulan, lapor Gulf News. Peranti tersebut dikesan di dalam perut lelaki berusia 28 tahun itu selepas dia menjalani ultrasound di sebuah hospital negeri di wilayah Benha, utara Kaherah. Seorang perunding pulmonary tumours dan pakar bedah jantung, Dr Mohammed Al Jazar, berkata bahawa ultrasound tersebut menunjukkan kewujudan telefon bimbit di dalam lelaki itu. “Pesakit telah dirujuk ke jabatan pembedahan umum di hospital untuk menjalani pembedahan kecemasan,” ujarnya. Memetik laporan…
Doktor Keluarkan Rambut Yg Bergerak-Gerak Dalam Kaki Kanak-Kanak. | Slim River: Seorang doktor mengalami pengalaman pelik sepanjang karier selama 12 tahun apabila terpaksa melakukan pembedahan kecil bagi mengeluarkan sehelai rambut pada tapak kaki kanan seorang kanak-kanak, dekat sini. Pengasas Perkhidmatan Klinik Doktor Bergerak (DOCMOVE), Dr Hanafi Yahya berkata, pada 11 September lalu, beliau didatangi sebuah keluarga dari Sungai Siput, Perak bersama kanak-kanak yang berusia lapan tahun untuk menerima rawatan. Katanya, kejadian yang berlaku kepada kanak-kanak terbabit bermula pada malam pertama ketika keluarga kanak-kanak itu berpindah ke rumah baharu. “Selama dua minggu kanak-kanak itu mengadu sakit pada tapak kaki kanan menyebabkan…
Mayat Lelaki Terjun Jambatan Semalam Ditemui. | Mayat seorang lelaki yang bertindak terjun dari Jambatan Sultan Ismail 1, di sini, semalam, sudah ditemui selepas ia tersangkut di sebatang pokok, berhampiran Jambatan Kedua Muar, hari ini. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, kira-kira 5.30 petang, pihak bomba menerima maklumat daripada orang awam menemukan mayat mangsa tersangkut di sebatang pokok nipah berhampiran Jambatan Kedua Muar. “Pihak bomba kemudiannya ke lokasi kejadian yang dilaporkan sebelum mayat mangsa dibawa ke Jeti Pangkalan Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Muar dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. “Semalam, kejadian…
Kes Kubur Berdarah. Ini Penjelasan Imam Masjid Al Irfan . | Alor Setar: “Kami harap siapa yang menular berkaitan kisah kubur berdarah atau menyebarkan berita tidak sahih itu supaya memadam atau menghentikan komen perkara belum tentu kesahihannya. “Kami sudah membuat laporan polis malam tadi dan biarlah polis siasat semuanya, ” kata Imam Masjid Al Irfan, Derga, Abdul Hadi Awang. Menurutnya, beliau dan jemaah masjid itu terkilan dengan penyebaran berita berkaitan ‘kubur berdarah’ itu disebar di Facebook (FB) yang boleh mengundang pelbagai andaian dan mengaibkan jenazah. Katanya, dia juga berharap keluarga arwah bersabar dan bertenang kerana ia sudah menjadi kes polis.…
Ustaz Don DEDAH Nasihat Arwah Ustaz Haron Din Yang Boleh Dipegang Seumur Hidup. | Semalam pada tarikh 16 September, semua rakyat di negara ini menyambut ulang tahun Hari Malaysia ke-57, bersempena pembentukan negara Malaysia pada 1963 lalu. Namun, mungkin ada antara kita yang terlupa bahawa pada tarikh yang sama ketika 2016 dulu, ilmuan dan agamawan terulung, Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din telah kembali ke Rahmatullah pada usia 76 tahun atas masalah komplikasi jantung. Beliau yang menerima rawatan dan meninggal dunia di Hospital Stanford, San Fransisco, Amerika Syarikat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, California.…
VIDEO : Detik-Detik Mendebarkan Kanak-Kanak Jatuh Dari Bangunan 3 Tingkat. | Seorang kanak-kanak perempuan telah diselamatkan oleh orang ramai setelah terjatuh dari bangunan tiga tingkat ketika dipercayai ditinggalkan di rumah bersendirian di China, lapor Daily Mail. Melalui satu rakaman video, kanak-kanak berusia empat tahun itu dilihat tergantung di tingkap yang kira-kira 30 kaki di atas tanah. Berpuluh orang penduduk tempatan bergegas untuk menyelamatkan kanak-kanak itu ketika dengan menggunakan selimut. Kejadian pada Khamis lalu itu dipercayai berlaku setelah kanak-kanak tersebut ‘dikurung’ di rumah sendiri oleh datuk dan neneknya yang keluar untuk menguruskan kedai keluarga. Kedua ibu bapa kanak-kanak itu merupakan pekerja…



