Inilah Keadaan Sungai Kim kim Yang Menjadi Tempat Bahan Pembuangan Sisa Toksik. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Kes keracunan gas kimia di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang sejak Khamis lalu membuka mata semua pihak bahawa pencemaran dari pembuangan sisa toksik bukan hanya boleh menjejaskan alam sekitar, bahkan berbahaya kepada manusia. Hanya dalam tempoh kurang seminggu dari tarikh kejadian pertama pada 7 Mac lalu, lebih 300 mangsa terutamanya dalam kalangan pelajar di beberapa sekolah berhampiran Sungai Kim Kim terkesan. Sehubungan itu, pihak berkuasa mengarahkan penutupan 13 buah sekolah bermula Rabu bagi memastikan tiada mangsa baharu terkena tempias pencemaran bahan kimia tersebut.…
Author: Admin Soleh
Wanita Ini Hairan Apabila Perompak Ini Pulang Semula Duit Yang Dirompak. Rupa²nya sebab…| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Siapa yang pernah dirompak, memang tak boleh bayangkan betapa takutnya pengalaman tersebut kerana kita tak tahu apa yang akan terjadi kepada kita walaupun kita ikut cakap perompak tu. Tapi lain pula jadi pada wanita ini, dia telah dirompak semasa dia mengeluarkan duit dari ATM tapi perompak ini pulangkan semula duitnya lepas dia sedar baki akaun wanita ini kosong. Menurut NextShark, ketika mangsa, Li, tengah keluarkan duit berseorangan di sebuah mesin ATM di Heyuan, China dia telah didatangi oleh seorang lelaki bersenjatakan pisau dari…
Nahas Pesawat Ethiopian. Gara-gara Lambat 2 Minit, Lelaki Ini Terselamat Daripada Nahas Tersebut.| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – ATHENS – GREECE. Gara-gara tiba lewat dua minit untuk menaiki penerbangannya, seorang lelaki warga Greece terselamat daripada menjadi penumpang ke-150 yang maut susulan nahas pesawat Ethiopian Airlines, semalam. Antonis Mavropoulos, Presiden Persatuan Sisa Pepejal Antarabangsa dijadual pergi ke Nairobi untuk menghadiri Perhimpunan Tahunan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bermula hari ini. “Saya berasa marah kerana tiada sesiapa menolong saya untuk tiba di pintu berlepas tepat pada waktunya,” tulis Mavropoulos di Facebook beserta kapsyen ‘Hari Bertuah Saya’ beserta gambar tiket penerbangannya.…
Inilah 10 Cara Mendidik Anak Perempuan.| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Anda ada anak perempuan? Pastinya anda berminat untuk tahu bagaimana cara mendidik anak perempuan cara Rasulullah sehingga semuanya menjadi wanita hebat ahli syurga. Anda teringin melihat anak perempuan menjadi sehebat anak Rasulullah? Jom amalkan cara mendidik anak perempuan cara Rasulullah yang kami senaraikan ini. 1. Kenalkan anak perempuan anda dengan Allah sejak bayi lagi Jika anda inginkan anak perempuan yang berjaya di dunia dan akhirat, wajib perkenalkan Allah kepada anak anda seawal bayi lagi. Bagaimana caranya? Apabila ingin menidurkan anak, dodoikan anak perempuan anda dengan zikir, selawat, dan lagu-lagu nasyid…
Inilah 10 Punca Gusi Bengkak Yang Ramai Orang Tak Tahu. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Orang kata, selepas bersalin, sakit gigi dan bengkak gusi adalah kesakitan kedua yang paling teruk di dunia. Gusi bengkak bukan sahaja akan menyebabkan kerja anda tergendala, malah kalau dibiarkan, ia akan menjadi semakin teruk dan jangkitan kuman mungkin berlaku lalu terbentuknya nanah. Gusi anda sedang bengkak? Jom kami kongsikan punca gusi bengkak sebagai panduan anda. 1. Perubahan hormon Tahukah anda, perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh badan boleh menjadi ounca gusi anda bengkak. Perubahan hormon mungkin berlaku disebabkan oleh kehamilan, menyusukan anak, mengambil pil perancang, malah…
Alhamdulillah.. Selepas Tular Akhirnya Ada Insan Yang Murah Hati.| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – “SAYA tiada apa-apa, hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas kebaikannya,” kata Muhammad Taufik Sulaiman, 44, yang menerima sumbangan kereta Perodua Kancil daripada individu enggan dikenali, semalam. Sebelum ini, kisah mengenai Muhammad Taufik tular di media sosial sehingga mengundang simpati netizen apabila dia dilihat membawa ibunya yang uzur dengan menggunakan motosikal. Muhammad Taufik berkata, selepas kisahnya disiarkan di akhbar, seorang individu enggan dikenali menyatakan hasrat menyediakan motosikal roda tiga untuk memudahkannya membawa ibu ke hospital. Bagaimanapun, katanya, lelaki itu sekali lagi menghubunginya memaklumkan akan menggantikan motosikal roda…
Selalu Terpanggil Nama Arwah Walaupun Sudah Dua Minggu Arwah Meninggalkan Kami. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Sudah dua minggu Allahyarham Abdul Bari Asyraf Mohd menghadap Illahi, namun ahli keluarganya masih merasakan kehadiran lelaki itu di kediaman mereka di Kuala Terengganu. Adiknya, Siti Hairunnisa, 29, berkata, mereka masih merasakan arwah tidur di dalam biliknya dan beberapa kali terpanggil namanya (ketika di rumah), walaupun hakikat sebenar arwah sudah menemui Pencipta. Katanya, bukan menidakkan qada dan qadar Allah SWT, tetapi sikap arwah yang mesra dengan keluarga dan sentiasa ceria menyebabkan mereka sunyi serta kerap teringatkan Abdul Bari Asyraf. “Sebab itu kami sukar sikit menerima…
Pesawat Boeing 737 Ethiopian Airlines Terhempas, Nasib 157 Penumpang Dan Anak Kapal Tidak Diketahui.|NAIROBI: Sebuah pesawat Boeing 737 milik Ethiopian Airlines terhempas pagi ini ketika dalam perjalanan dari ibu kota Addis Ababa ke Nairobi, Kenya bersama 149 penumpang dan lapan kru, kata syarikat penerbangan itu. Pejabat Perdana Menteri Abiy Ahmed menulis tweet mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. “Kami mengesahkan penerbangan berjadual kami ET 302 dari Addis Ababa ke Nairobi terbabit dalam nahas hari ini. “Dipercayai ada 149 penumpang dan lapan kru berada di dalamnya namun kami sedang mengesahkan butiran penumpang penerbangan itu,” kata syarikat dalam satu kenyataan. Syarikat penerbangan itu…
Kisah Si Penjaga ‘Parking’ Buka Sekolah Untuk Golongan Miskin Buat Ramai Orang KAGUM. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Yani Novitasari, 37, duduk di lantai di tengah-tengah kelas yang kosong, sedang cuba untuk mengimbangkan akaun menggunakan cara lama. Ketika itu kanak-kanak yang hadir ke sekolah bagi sesi pagi sudah pulang dan tiba masanya untuk waktu pembelajaran bagi sesi petang pula. Di sebelahnya, suaminya, Undung Suryaman, 42, kelihatan senyap. Pasangan ini membuka tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak bersama-sama. “Untuk bulan Oktober, kami terima Rp 420,000 (sekitar RM 124.00). Kami membelanjakan Rp 175,000 (sekitar RM 52.00) untuk buku, Rp 110,000 (RM32.00) untuk elektrik dan…
Inilah Khasiat Buah Badam Yang Kita Perlu Tahu. Boleh Amal! | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Diakui buah badam menjadi pilihan dan kegemaran orang ramai. Rasanya yang agak berlemak dan sering dijadikan makanan kudapan antara waktu makan. Biasanya, kita makan badam yang telah dipanggang sebagai kudapan. Apa kata, ubah cara pemakanan ini dan mula mengambil badam yang telah direndam. Pengambilan badam yang telah direndam dalam pemakanan anda dikatakan mampu mengeluarkan segala zat dan bahan aktif kacang popular ini. Badam amat menyihatkan dan boleh dimakan begitu sahaja. Tetapi dengan merendamnya, anda boleh mendapat lebih banyak vitamin dan mineral daripada kacang yang dikenali…