Seorang Pelajar Perempuan Maut Jatuh Bangunan Sekolah Di Alor Setar. | Alor Setar: Pelajar perempuan tingkatan tiga ditemukan meninggal dunia dipercayai terjatuh dari bangunan sebuah sekolah menengah di Simpang Empat di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 7.30 pagi. Menurutnya, Ketua Balai Polis Simpang Empat yang menerima maklumat berhubung pelajar perempuan sekolah terbabit dipercayai terjatuh bangunan sekolah itu melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian. “Siasatan awal mendapati tempat kejadian mempunyai bangunan empat tingkat yang mana bahagian bawah adalah perpustakaan, manakala tingkat dua dan empat pula…
Author: Admin Soleh
Video Tular Halang Petugas Kesihatan. 3 Lelaki Ditahan Polis. | Satu video menjadi tular di media sosial. Di dalam video tersebut menunjukkan beberapa petugas kesihatan dihalang oleh beberapa orang lelaki ketika melanjalankan tugas mengambil seorang wanita untuk dihantar ke hospital.Dilaporkan, ketika membawa pesakit ke dalam ambulans, tiba-tiba terdapat seorang individu menyerang pemandu ambulans kenderaa. baca selanjutnya. KUALA SELANGOR – Polis menahan tiga lelaki disyaki menghalang penjawat awam menjalankan tugas semasa melakukan bantuan kecemasan terhadap seorang wanita yang mengalami kecederaan di hadapan sebuah pasar raya di sini pada Isnin. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, lelaki berusia 17,…
5 Marsyal Iring Konvoi Parti Politik Dicari Polis. | Seremban: Polis sedang mengesan lima individu yang bertindak sebagai marsyal dengan menahan kenderaan lain bagi memberi laluan kepada lapan kenderaan sebuah parti di lampu isyarat Taman Desa Dahlia, Senawang, di sini, kelmarin. Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Yusoff berkata, rakaman video yang tular itu memaparkan sekumpulan penunggang motosikal membawa bendera parti politik sama dan menghalang laluan di lokasi berkenaan dikesan pada 6.47 petang. “Tindakan mereka sebagai marsyal dengan menahan dan mengawal kenderaan yang melalui lampu isyarat itu adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 21(1) Akta Polis 1967. “Tindakan undang-undang…
Bumbung Asarama Runtuh. 3 Orang Penghuni Rumah Anak Yatim Cedera. | GEORGETOWN: Sekurang-kurangnya tiga penghuni Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang Jalan Scotland, di sini, cedera selepas struktur bumbung asrama mereka runtuh dalam kejadian hari ini. Mangsa sudah dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut. Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Jamil Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 9.42 malam. Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Jalan Perak dan BBP Paya Terubong ke lokasi sejurus menerima panggilan. “Ketika di lokasi didapati kejadian membabitkan runtuhan bumbung bangunan asrama berkenaan. “Terdapat seramai…
Seorang ‘Influencer’ Terima Lebih 100 Bungkusan Misteri. | Seorang usahawan berasa tidak senang apabila menerima banyak bungkusan misteri. Bungkusan itu hanya kosong dan ada di antaranya hanya mempunyai sedikit serbuk berwarna putih. Baca selanjutnya. Seorang usahawan yang juga pempengaruh media sosial atau influencer tertekan apabila setakat hari ini telah menerima lebih 100 bungkusan atau parcel daripada pengirim misteri sejak Mac lalu. Menerusi suatu perkongsian di Twitter, @marinadndy memberitahu, bungkusan yang diterima itu semuanya kosong dan ada antaranya berisi habuk putih. “Sebelum ini, saya pernah menerima parcel yang mengandungi hanya satu pelitup muka dan di parcel dan tiada maklumat lain seperti…
Lelaki Pijak Kolam Deepavali Di Hospital Dipanggil Polis. | KLANG – Polis akan memanggil lelaki tular memijak dan berjalan di atas hiasan perayaan Deepavali atau kolam di Hospital KPJ Healthcare, di sini baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu berkata, lelaki terbabit yang dipercayai kakitangan hospital berkenaan akan dipanggil pada Isnin. Pada Sabtu sekitar jam 7.45 malam, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara mengesan video tular berdurasi 37 di TikTok menunjukkan seorang lelaki sedang berjalan dengan kasut di atas (perhiasan) kolam. “Sehubungan itu, Ketua Balai Polis Bandar Baru Klang telah membuat satu laporan…
2 Lelaki Yg Didakwa Buat Perlakuan Sumbang Adalah Adik Beradik. | Kuala Langat: Dua lelaki yang didakwa membuat perlakuan sumbang dalam sebuah surau di Banting yang tular baru-baru ini adalah adik-beradik. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata, kedua beradik berusia 21 dan 14 tahun itu tinggal di Seremban, Negeri Sembilan. “Kedua individu berkenaan datang ke Banting bersama ibu bapa serta seorang adik perempuan untuk bercuti dan makan di sebuah restoran di pekan Banting. “Kira-kira jam 4.30 petang, pada Selasa lalu, keluarga berkenaan singgah di sebuah surau di pekan Banting untuk menunaikan solat. “Selepas selesai solat,…
Abang Viva Dan Keluarga Akhirnya Berdamai Kembali. Alhamdulillah. | “Alhamdullillah segala perselisihan faham telah diselesaikan dan kami menjadi seperti dahulu kembali.” Demikian catatan terkini Azwan Omar atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Viva yang melegakan seluruh netizen yang mengikuti kisah perselisihan antara dia dan keluarga. Menerusi hantaran di Facebook itu Azwan turut memohon maaf di atas kekecohan yang timbul dan mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan. “Saya wakil dari seluruh keluarga memohon maaf atas segala yang telah terjadi dan berharap tiada lagi kecaman atau isu yang akan dikeluarkan. “Biarlah apa yang berlaku dan dibincangkan menjadi rahsia antara keluarga kami,” katanya.…
Pengarah Mydin Minta Caprice Hantar Surat Saman. | PETALING JAYA – “Kami (Mydin) tak ada sebut nama Caprice atau ‘tag’ Caprice dalam hantaran kami, kenapa dia nak terasa”. Demikian maklum balas diberikan oleh Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin berhubung tindakan penyanyi rap sensasi, Ariz Ramli atau Caprice yang bakal menyaman pasar raya tersebut sebanyak RM30 juta. Katanya, pihaknya tidak membuat sebarang kesalahan dalam mana-mana ciapan dan hantaran yang dimuat naik di platform media sosial Mydin serta tiada sebarang unsur perlian atau menghina individu tertentu. “Siapa makan cili, dia yang rasa pedas. “Kalau betul Caprice nak saman,…
Caprice Bakal Saman Mydin 30juta. Ini PUNCANYA. | Caprice Nama penyanyi rap sensasi, Caprice tidak perlu diperkenalkan lagi kerana figura ini seringkali prihatin dengan nasib menimpa sesuatu individu atau situasi. Malah, pemilik nama Ariz Ramli menjadi sorotan netizen kerana tidak pernah ketinggalan turun padang sehingga sanggup bersengkang mata bersama tim miliknya bagi merungkaikan sesuatu isu. Nama ‘cap’ ‘rice’ dijadikan bahan jenaka Mydin? Terbaharu, muncul pula isu berbangkit di mana salah sebuah pasaraya tersohor, Mydin memuat naik ciapan dikatakan berbaur sindiran terhadap nama penyanyi berusia 34 tahun dengan mempromosikan barangan. Menerusi ciapan tersebut, pihak sosial media pasaraya tersebut hanyalah menulis ‘Mula-mula…