PRU Di Musim Tengkujuh. “Kalau Hujan Pakailah Payung”. Di tengah-tengah kebimbangan PRU15 akan diadakan pada musim tengkujuh, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata pengundi masih perlu keluar mengundi meskipun cuaca mendung. Menjawab soalan mengenai kesan iklim terhadap peratusan keluar mengundi, Ahmad berkata hujan tidak sepatutnya menjadi alasan untuk tidak mengundi. “Bukan ada rusuhan pun, tak pernah ada rusuhan sepanjang 14 kali PRU diadakan di Malaysia, aman damai sahaja. “Kalau hujan, pakailah payung. Jadi pada saya, mereka perlu keluar mengundi,” katanya. Ahmad juga berkata dia menjangkakan jumlah keluar mengundi pada PRU15 boleh mencapai 75 peratus, anggaran lebih rendah daripada 82.32 peratusan…
Author: Admin Soleh
Bayi 4 Bulan Terima Skrol. Puncanya Buat Ramai SEBAK. | Tiada yang lebih membanggakan bila kejayaan dikongsi bersama dengan orang tersayang. Terima skrol di hari konveskyen adalah puncak kejayaan tertinggi buat seorang pelajar. Dapat membanggakan orang tua. Namun, sedihnya bila kejayaan itu tak dapt dikongsi dengan orang tersayang. Tak dapat bayangkan kesedihan bila ada berita-berita yang memaparkan ibu ayah, adik beradik jadi pengganti diri untuk terima skrol mewakili diri yang telah tiada. Inilah juga yang berlaku buat bayi yang beru berusia 4 bulan. Pengganti diri ibunya yang telah meninggal dunia untuk terima skrol di hari konvokesyen. Dalam video tiktok yang…
ADUN Umno Letak Jawatan Exco Kerajaan Negeri Kedah. | Satu-satunya wakil Umno dalam kerajaan Kedah, Suraya Yaacob, mengumumkan peletakan jawatannya sebagai exco kerajaan negeri itu hari ini “Saya Suraya Yaacob dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim dan rela hati meletakkan jawatan sebagai exco kerajaan negeri Kedah berkuat kuasa serta-merta” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Adun Sungai Tiang itu berkata, dia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sultan Kedah Sultan Salehuddin Sultan Badlishah atas perkenan melantiknya ke jawatan berkenaan sebelum ini. “Antara pengalaman berharga saya pada penggal ini adalah membantu menyediakan sumber air tambahan buat rakyat Kedah melibatkan dua takungan air pinggiran sungai (Taps) dibangunkan…
Tun M Buka Tawaran Lawan UMNO. Ini Jwpn BALAS Anwar Ibrahim Yg Ramai SETUJU. | Siapa tidak mengenali Tun Doktor Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia. Beliau juga merupakan bekas presiden UMNO, Parti Bersatu Malaysia dan sekarang parti Pejuang. Sebelum ini, beliau meletakkan jawatan sebagai Perdan Menteri Malayisa selepas 22 bulan memerintah Malaysia selepas memenangi pilihan raya umum yang ke 14. Selepas beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia, maka wujudlah kerajaan di bawah Perikatan nasional. Selepas pembubaran parlimen yang ke 14 ini, Tun Doktor Mahathir membuat tawaran untuk bekerjasama dengan parti yang ingin melawan UMNO dalam pilihanraya umum yang…
Seorang Guru Ditemui Meninggal Dunia Atas Kerusi Di Sekolah. | SUNGAI PETANI: Seorang guru lelaki meninggal dunia dalam keadaan tersandar di kerusi kayu tepi surau Darul Furqan, Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Ismail, di sini pagi tadi. Mangsa, Khairul Izad Ismail berusia 47 tahun ditemukan rakan setugasnya pada pukul 10.45 pagi yang kebetulan melalui kawasan itu sebelum bertindak menghubungi guru lain untuk membantu. Mangsa yang sudah berkahwin dan mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah itu kemudiannya dibawa ke surau. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan yang tiba ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah…
NGERI. Kanak-Kanak Usia 2 Tahun Maut Digilis Traktor Bapa. | Seorang kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia dalam kemalangan ngeri. Kemalangan itu berlaku akibat bapanya secara tidak sengaja menggilis mangsa dengan sebuah traktor. Nasihat kepada semua, jika ingin untuk mengundurkan kenderaan anda, pastikan tiada anak-anak yang bermain berdekatan. Kerana risau berlakunya kemalangan sebegini. Baca berita penuh di bawah. BANGKOK – Seorang lelaki di wilayah Chon Buri, Thailand secara tidak sengaja menggilis anak perempuannya menggunakan sebuah traktor yang mengakibatkan mangsa meninggal dunia, lapor laman berita Thaiger semalam. Kemalangan ngeri itu berlaku di sebuah ladang di daerah Bowin, Khamis lalu. Polis segera…
Bapa KEJAM. Bunuh Anak Dan Hantar Gambar Mayat Pada Bekas Isteri. | BOGOTA – Seorang lelaki di Colombia ditahan polis kerana mencekik anak lelakinya sehingga mati sebelum menghantar gambar mayat mangsa kepada bekas isterinya, lapor akhbar Mirror UK baru-baru ini. Gabriel Enrique Gonzales Cubillos, 50, meninggalkan mayat anaknya, Gabriel Esteban, 5, di sebuah bilik hotel di Cundinamarca selepas membunuh mangsa. Lelaki itu ditahan semasa pemeriksaan lalu lintas, manakala media tempatan melaporkan bahawa suspek cuba merasuah polis supaya membiarkannya melarikan diri. Polis percaya suspek melakukan pembunuhan tersebut kerana bekas isterinya menemui pasangan baharu. Cubillos didakwa menculik anaknya pada 2 Oktober lalu…
Seorang Lelaki Akhirnya Temui Jodoh Di Usia 78 Tahun. | Pasangan pengantin baharu di Filipina menjadi tular di media sosial kerana perbezaan jarak usia kedua pasangan itu sebanyak 60 tahun, lapor Suara.com. Menurut SaoStar, lelaki tersebut merupakan seorang pesara petani bernama Rashed Mangacop, 78 tahun dan telah berkahwin dengan seorang gadis iaitu cinta pertamanya pada perbezaan jarak umur 60 tahun. Dilaporkan nama gadis itu ialah Halima Abdullah yang kini berusia 18 tahun. Rashed pertama kali bertemu dengan Halima pada tiga tahun lalu di majlis makan malam di wilayah Cagayan. Menurut anak saudara Rashed, lelaki itu belum pernah berkahwin atau mempunyai…
Akhirnya Pemandu Alza Berjaya Dikesan. Ini Tindakkan PDRM. | REMBAU – Tindakan saman telah dikeluarkan terhadap pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang dirakam melakukan kesalahan trafik di persimpangan lampu isyarat Kompleks Pentadbiran Daerah Rembau, di Jalan Seremban-Tampin, di sini pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, pemandu lelaki berusia 24 tahun itu berjaya dikesan pada hari sama di Seremban. “Polis mengesan video tular berhubung kejadian itu kira-kira jam 8.30 pagi Jumaat dan menerusi video itu mendapati kenderaan MPV tersebut datang dari arah Seremban menghala ke Tampin. “Sebaik sampai di tempat kejadian, MPV berkenaan telah…
KEJAM. Lelaki Tembak 23 Orang Kanak-Kanak Di Pusat Jagaan. | BANGKOK – Seorang bekas anggota polis yang bersenjatakan senapang, pistol dan pisau menyerang sebuah pusat jagaan kanak-kanak di timur laut Thailand hari ini, dan menembak mati sekurang-kurangnya 30 orang termasuk kanak-kanak sebelum membunuh diri serta keluarganya. Penyerang tersebut dilaporkan melepaskan tembakan di pusat jagaan di wilayah Nong Bua Lam Phu sekitar pukul 12.30 petang (waktu tempatan) sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan. “Angka kematian dalam insiden tembakan tersebut adalah sekurang-kurangnya 30 orang,” kata jurucakap Pejabat Perdana Menteri Thailand, Anucha Burapachaisri. Sementara itu, Kolonel Polis Jakkapat Vijitraithaya dari wilayah Nong Bua…