Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Kes Wanita Curi Milo. Tindakkan Jutawan Ini Buat Ramai Orang RESPEK. | Baru-baru ini kita dikejutkan dengan seorang wanita dikenakan hukuman penjara selama 14 bulan selepas dia mengaku bersalah di mahkamah di atas mencuri barangan di sebuah pasaraya. Ini merupakan kali ketiga dia melakukan kesalahan tersebut. Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda memerintahkan hukuman demikian selepas tertuduh, Suhaini Mohd, 43, yang juga penagih dadah membuat pengakuan bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri dua paket minuman coklat jenama Milo di sebuah pasar raya di daerah ini. Perbuatan berkenaan didakwa dilakukan tertuduh pada pukul 11.20 pagi pada 25…

Read More

Tak Sempat Tunaikan Permintaan Arwah Isteri. | Baling: “Saya bersyukur apabila jasad ketiga-tiga orang yang saya sayang ditemukan tak sampai 24 jam dalam keadaan sempurna oleh pasukan penyelamat hari ini. “Walaupun terkilan kerana tak sempat tunaikan permintaan arwah isteri (Nurul Anis Abu Hassan, 28) untuk membawanya keluar makan hari ini, saya reda dengan apa yang berlaku,” kata Mohd Khairul Asyraf Nor Azman, 24. Menurut Mohd Khairul Asyraf, isterinya yang hamil empat bulan sepatutnya melakukan pemeriksaan kandungan hari ini malah dia tidak sabar untuk melihat jantina anak sulung mereka. Katanya, dia yang bekerja di Pulau Pinang berjanji akan pulang ke rumah…

Read More

Mayat Wanita Hamil Dan Ibu Mentuanya Ditemui Berpelukan. Allahu. | BALING – Mayat seorang wanita hamil empat bulan dan ibu mentuanya yang dihanyutkan kepala air dalam kejadian di Kampung Iboi di sini semalam ditemui dalam keadaan berpelukan pada pagi ini. Mayat Nurul Anis Abu Hassan, 23, dan ibu mertuanya, Salmah Mat Akib, 53, ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi tadi. Kedua-dua mangsa ditemui anggota bomba di bawah timbunan batang pokok berhampiran Sungai Iboi. Tempat mangsa dijumpai dengan lokasi rumah mereka sejauh kira-kira 100 meter. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, mayat ditemui…

Read More

Dilaporkan Seorang Jemaah Haji Meninggal Dunia. | MAKKAH, 4 Julai (Bernama) — Seorang jemaah haji lelaki berusia 62 tahun telah meninggal dunia di sini, minggu lepas. Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad dan menurut beliau kematian warga emas tersebut disebabkan oleh jangkitan kuman yang teruk. Warga emas berasal dari Kuala Nerang, Kedah itu meninggal dunia pada 25 Jun di Hospital King Faisal setelah dirujuk pakar kesihatan Lembaga Tabung Haji (TH). Selain itu, Idris berkata setakat Sabtu (2 Julai) lepas seramai 13 jemaah haji Malaysia sedang dirawat di Pusat Rawatan TH di Makkah…

Read More

Kerajaan Tidak Peduli Harga Barang Naik. Ini Jawapan BALAS PM. | Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata kerajaan menjadi mangsa fitnah pembangkang apabila didakwa tidak mengambil peduli soal kenaikan harga barangan yang membelenggu orang ramai ketika ini. Mengulas mengenai demonstrasi yang diadakan Amanah di Masjid Jamek Kampung Baru di Kuala Lumpur, Jumaat lalu perdana menteri berkata, bantahan tersebut sebenarnya gagal kerana ia tidak mendapat sambutan. Ismail Sabri berkata, isu kenaikan harga barangan adalah fenomena yang melanda seluruh dunia dan kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan bagi memastikan harga barangan tidak melambung tinggi. “Isu yang terbesar hari ini adalah isu kos sara…

Read More

KEJAM. Seorang Bapa TERGAMAK Gilis Anak Hingga Maut. | Seorang gadis, Lauren Malt berusia 19 tahun dilaporkan maut selepas didakwa digilis oleh bapanya sendiri ketika dia cuba menghentikan suspek daripada menyerang kekasihnya pada 23 Januari lalu. Suspek dikenali sebagai Nigel Malt berusia 44 tahun dari Norfolk, England dipercayai berada dalam keadaan marah ketika merempuh dan menggilis mangsa. Pendakwa raya Mahkamah Diraja Norwich, Andrew Jackson menerusi laporan antarabangsa menjelaskan suspek mengundurkan kenderaannya sebelum merempuh mangsa sebanyak dua kali. Selepas merempuh mangsa sehingga terjatuh, Nigel mengundur kenderaannya sebelum berhenti seketika lalu sekali lagi merempuh dan menggilis Lauren. Tindakan itu menyebabkan Lauren mati…

Read More

Zahid Hamidi Minta Kerajaan Bubarkan Majlis Pemulihan Negara (MPN). | KUALA LUMPUR: Majlis Pemulihan Negara (MPN) kini sudah tidak berkesan dan bercanggah dengan usaha-usaha terkini kerajaan untuk menangani masalah-masalah rakyat dengan wujudnya Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi. Menurut Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kewujudan MPN yang dipengerusikan bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dari awal lagi tidak membuahkan hasil dan berfungsi hanya sebagai penasihat kepada kerajaan. “Bagi saya, Kerajaan Persekutuan perlu sedar bahawa dengan penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi ini, MPN yang dipengerusikan Muhyiddin tidak lagi berkesan, tidak perlu dan bercanggah dengan usaha-usaha terkini…

Read More

Seorang Kanak² Usia 8 Tahun Tembak Bayi Hingga Mati. | WASHINGTON: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun menembak mati seorang bayi dan mencederakan adik perempuannya ketika bermain dengan pistol bapanya di Florida. Bapa kanak-kanak itu, Roderick Randall, 45, ditahan dan didakwa atas tuduhan cuai, bersalah memiliki senjata api yang menyalahi undang-undang serta menyembunyikan bukti, kata Syerif Daerah, Escambia Chip Simmons. Tragedi itu berlaku di sebuah motel di mana Randall yang mempunyai rekod jenayah yang melarangnya daripada memiliki senjata api bertemu dengan teman wanitanya. Randall membawa anaknya, manakala teman wanitanya membawa dua anak perempuannya berusia dua tahun dan setahun. “Pada satu…

Read More

Isu Pulau Batu Puteh. Ini Kritikan Najib Razak Pada Tun M. | Ahli Parlimen Pekan Najib Razak hari ini mengkritik Dr Mahathir Mohamad dengan menyamakannya dengan bekas peguam negara Tommy Thomas, yang enggan memberikan kerjasama terhadap kerajaan berhubung siasatan isu tuntutan Pulau Batu Puteh. Najib merujuk kepada tindakan ahli parlimen Langkawi itu yang meninggalkan inkuiri yang dipengerusikan oleh bekas peguam negara Apandi Ali semalam dengan tindakan Tommy pada Jan lalu yang memaklumkan bahawa dia tidak akan bekerjasama dengan pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan yang dibuat dalam bukunya “My Story: Justice in the Wilderness”. “Seperti laporan polis yang…

Read More

Seorang Penuntut Universiti Ditemui Meninggal Dunia Dalam Bilik Kolej. | PETALING JAYA: Seorang penuntut tahun akhir sebuah institusi pengajian tinggi Awam (IPTA) ditemukan maut di dalam bilik kolej kediamannya semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 petang itu, mayat pelajar jurusan sarjana Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi berusia 29 tahun ditemukan dalam keadaan baring terlentang di atas lantai tepi katilnya Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A. Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada pusat kawalan universiti berkenaan selepas mendapati bau busuk dalam bilik berkenaan. Kata beliau, ketika ditemukan, mangsa berada dalam keadaan tidak memakai baju dan berseluar panjang. Ujarnya,…

Read More