Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Tampar Pemain Bola Tampar. Akhirnya Jurulatih Tampil Mohon Maaf. | Melaka: “Saya sesungguhnya kesal dengan apa yang berlaku dan memohon maaf kepada semua pemain terutamanya kedua pemain yang terbabit serta ibu bapa mereka. “Pemain-pemain adalah keluarga dan kekuatan saya, tanpa mereka saya tidak boleh menjadi jurulatih,” itu luah jurulatih bola tampar yang mencetuskan kontroversi susulan menampar dua pemainnya ketika membuat permohonan maaf lewat petang, Rabu. Saiful Hadee Amar, 44, yang juga seorang guru kesal dengan tindakannya dan bersedia menerima sebarang tindakan yang akan dikenakan terhadap dirinya. Katanya, dalam insiden yang berlaku pada 16 Disember lalu di kejohanan di Kota Tinggi,…

Read More

Jurulatih Tampar Pemain Pasukan Bola Tampar. Ini Tindakkan Menteri. | SATU video memaparkan tindakan jurulatih sebuah pasukan bola tampar menampar pemainnya tular di laman media sosial. Kejadian dipercayai berlaku semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja (Bawah 14 tahun) B-14 2022 bagi kategori perempuan pada 16 Disember lalu. Perlawanan penentuan tempat ketiga itu membabitkan pasukan Melaka menentang Johor di sebuah sekolah di Johor. Dalam video yang disiarkan secara penstriman langsung di Facebook itu, jurulatih pasukan Melaka dilihat menampar dua pemainnya yang menyebabkan pasukan kehilangan mata sebelum tempoh rehat permainan. Kedua-dua pemain itu seperti tergamam namun tetap meneruskan permainan yang menyaksikan Melaka tewas…

Read More

Kena Serang Netizen Malaysia. Akhirnya Pengadil Jepun Ini Mohon Maaf. | Pengadil Jepun, Ryuji Sato merayu kepada peminat bola sepak Malaysia supaya tidak menyerang akaun media sosial miliknya kerana ia dibaca oleh ahli keluarganya. Ryuji dalam satu hantaran di akaun media sosialnya turut memohon maaf kepada peminat bola sepak Malaysia. “Saya menerima banyak mesej daripada peminat bola sepak Malaysia mengenai keputusan (memberikan penalti kepada Vietnam dan kad merah kepada Azam Azmi) dalam perlawanan malam tadi. “Presiden FIFA telah menghubungi saya dan mereka akan membuat penilaian mengenai cara pengadilan saya ketika perlawanan berlangsung,” katanya. Ryuji turut memohon supaya peminat tidak menyerang…

Read More

Lelaki Ini Batal Perkahwinannya Sehari Sebelum Majlis. Puncanya Buat Ramai SETUJU. | PALEMBANG: Seorang lelaki di Palembang, Sumatera Selatan membatalkan perkahwinannya dengan seorang gadis selepas wanita itu didakwa berkasar dengan ibunya gara-gara duit majlis pernikahan tidak mencukupi. Lelaki yang dikenali sebagai Anjas itu memberitahu, dia dan gadis pilihannya sepatutnya berkahwin pada 18 Disember lalu, namun dia membatalkannya sehari sebelum majlis. Hal itu kerana keluarga pengantin perempuan meminta wang tambahan sebanyak 700,000 rupiah (RM198) bagi upacara nikah. Terdahulu, keluarga tersebut juga meminta wang majlis resepsi sebanyak tujuh juta rupiah (RM1,981) dan Anjas sudah pun memberikannya. “Saya membatalkan perkahwinan kerana persiapan yang…

Read More

Pegawai Bomba Ini Kongsi Cerita Temui Mangsa Terakhir. |BATANG KALI – Iltizam untuk menemukan keseluruhan mayat mangsa yang hilang antara tekad salah seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam tugas mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Jalan Genting-Batang Kali di sini pada Sabtu. Berbekalkan usaha dan tawakal, Pegawai Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Juyana @ Azlan Musa merupakan individu terakhir berjaya menemui kanak-kanak lelaki yang merupakan mangsa terakhir tragedi tersebut. Juyana berkata, pencarian ditumpukan di kawasan sektor A yang mana menjadi lokasi…

Read More

Allahuakbar. Al-Quran & Tempat Imam Sedikit Tak Kena Air Banjir. | Kuala Lumpur: “Keadaan al-Quran itu sedikit pun tak kena lumpur dan tak terbalik sedangkan air sangat deras hingga mesin basuh dan tong gas terbalik,” kata Zumigawati Mat Adam, 49. Zumigawati yang tinggal di Kampung Tengkawang Kuala Berang, Terengganu berkata, rumahnya mulai dinaiki air kelmarin sebelum dia terkejut melihat al-Quran yang sering dibaca dan diletakkan atas tilam dalam bilik itu tidak terjejas. “Setiap kali selepas solat, saya akan membaca al-Quran dan letak atas ‘toto’. Selalu tengok orang kongsi al-Quran selamat tak kena banjir, tapi kali ini terjadi kepada saya. “Ketika…

Read More

Lelaki Sanggup Meredah Banjir Demi Selamatkan Bapa Mertua Yg Lumpuh. | Marang: Meskipun bahaya, pengawal keselamatan Ibni Dauda Arifin sanggup meredah banjir bagi menyelamatkan bapa mentuanya, Ramli Awang Kechik yang lumpuh seluruh badan akibat diserang strok hemorrhagic iaitu pendarahan dalam kepala. Kesungguhan Ibni Dauda, 44, dapat dilihat menerusi video dimuat naik video salah seorang ahli keluarga di TikTok. Dalam rakaman video itu, Ibni Dauda dilihat bersungguh-sungguh menarik bapa mentuanya berusia 64 tahun yang baring di atas kayu di alas dengan kain walaupun air sudah berada pada paras dada. Berkongsi kisah itu, Ibni Dauda berkata, dia menyelamatkan bapa mentuanya semalam sebelum…

Read More

Allahu…Hilang 3 Anak Serentak. Ini Luahan Bapa.| TUMPAT: Hilang tiga anak serentak apatah lagi dalam kejadian cukup menyayat hati benar-benar sukar untuk ditanggung. Tidak hairanlah Mohd Nadzir Mohamad, 67, gagal menahan sebak mengenangkan nasib menimpa tiga anak perempuannya yang maut akibat terkena renjatan elektrik ketika banjir di Kampung Bendang Surau, dekat Morak, di sini. Meskipun mengakui reda dengan pemergian tiga anaknya iaitu Nurul Syazwani, 33; Sakinah, 29 dan Noor Fathiah, 27; air mata yang tidak pernah kering di pipi Mohd Nadzir menggambarkan betapa besar kehilangan dirasai bapa kepada lapan anak itu. Malah, Mohd Nadzir sambil menangis di sisi jenazah, berkali-kali…

Read More

Tiga Beradik M@ut Terkena Renjatan Elektrik Di Kelantan. | TUMPAT: Tiga beradik perempuan maut, dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di luar rumah mereka yang dilanda banjir di Kampung Bendang Surau dekat Morak, di sini, pagi tadi. Kesemua mangsa berusia di antara 20 hingga 27 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian itu, kira-kira 11.45 pagi. Difahamkan, seorang daripada mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah sebelum terkena pula kepada dua adiknya turut berada di hadapan rumah. Ahli keluarga mangsa, Mohd Amin Mohd Nazir, 25, ketika ditemui mengesahkan kejadian itu. Berita lanjut bakal menyusul.. Sumber : BH ARTIKEL LAIN…

Read More

“Tolong Hidupkan Anak Saya.! Tolonglah Selamatkan Dia!”. | Hulu Selangor: “Tolong hidupkan anak saya…! Tolonglah selamatkan dia!” Itu antara rintihan menyayat hati mangsa yang juga ibu kepada salah seorang kanak-kanak tertimbus mati. Anggota Pasukan Khas Pertahanan Awam (Paspa) Angkatan Pertahanan Awam (APM) ditemui berkata, rayuan berulang kali wanita malang itu cukup meruntun jiwanya dan anggota penyelamat yang melakukan operasi menyelamat mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali di sini, sejak awal pagi Jumaat lalu. Menurutnya, anggota APM serta pasukan Bomba dan Penyelamat memulakan operasi mencari mangsa sekitar jam 3.30 pagi Jumaat lalu sejurus menerima panggilan kecemasan.…

Read More